You are on page 1of 8

ANALISIS SITUASI

Berdasarkan analisa situasi imaginasi saya, saya dapati seseorang pendidik itu
seharusnya bijak dalam membuat perancangan yang teliti sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar perjalanan pembelajaran tersebut
menjadi lancar dan berkesan. Sebagai seorang guru matematik, kita haruslah
melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dalam matematik dengan lebih
mendalam dan cuba mengaplikasikan teori-teori pengajaran dan pembelajaran (P&P)
semasa membuat perancangan pengajaran.
Kes yang pertama, apabila saya memasuki kelas !a"ar untuk subjek
matematik. Semasa mengajar, kelas tersebut sangat bising dan sukar dika"al
"alaupun saya telah mempraktikkan segala teori psikologi pendidikan yang telah diajar
di #P$. !alah ada murid yang sengaja mengajuk percakapan saya semasa mengajar.
Saya telah memberi amaran kepada mereka tetapi mereka langsung tidak mendengar.
Saya berasa sangat geram kerana mereka seolah-olah tidak menghormati saya.
!ungkin kerana saya terlampau berlembut dengan mereka pada pengajaran yang
lepas.
Saya berpendapat kemungkinan saya patut cuba menggunakan pendapat yang
disarankan oleh Karno"aski (%&&') yang berpendapat baha"a teknik soal ja"ab yang
mencabar merupakan cara yang berkesan untuk merangsang pemikiran dan
perbincangan serta membolehkan pelajar terlibat dengan komunikasi di dalam kelas.
(orak interaksi di dalam bilik darjah boleh digunakan untuk meningkatkan lagi tahap
kemahiran sosial murid-murid seperti interaksi murid dengan murid melalui akti)iti
berkumpulan, interasi murid dengan guru yang mana melibatkan akti)iti penyoalan dan
perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas, dan yang ketiga interaksi
murid dengan menggunakan alat bantu mengajar semasa mereka menjalankan kerja
secara amali. *al ini kerana, murid-murid di kelas !a"ar boleh dikatakan tahap
pemahaman mereka di peringkat sederhana "alau bagaimanapun, murid-murid ini
perlu sentiasa diberi latihan pengukuhan agar dapat mengekalkan konsep
pembelajaran sesuatu tajuk dalam tempoh yang lama.
!anakala, bagi analisis kes pula, murid-murid di dalam kelas +eratai lebih
sukakan akti)iti yang melibatkan penglibatan mereka dalam pengajaran. Saya
berpendapat, baha"a guru matematik seharusnya mempelbagaikan lagi akti)iti yang
melibatkan penglibatan mereka dalam P&P. ,pa yang saya perhatikan, di -asa set
induksi apabila saya menayangkan slaid yang mengandungi gambar yang menarik,
mereka akan lebih teruja untuk mempelajari sesuatu topik dalam matematik. !enurut
.dgar /ale (%&0&), murid-murid dapat meman-aatkan akti)iti pembelajaran yang
abstrak, iaitu dengan penggunaan media simbolik )erbal sekiranya mereka sudah
memiliki maklumat konkrit untuk menta-sir maklumat yang abstrak berkenaan. /alam
teori pembelajaran beliau menegaskan reka bentuk mesej adalah penting kerana ia
penerimaan dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran sama ada disampaikan melalui pelbagai media.
Pada pendapat saya juga. menjadi seorang guru matematik ini perlulah bijak
memilih strategi dan teknik pengajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar (BB!)
yang sesuai dalam mata pelajaran matematik. Strategi pengajaran am ini melibatkan
beberapa aspek yang perlu ditekankan iaitu penyelenggaraan bilik darjah, permulaan
pelajaran, perkembangan konsep dan kemahiran, penutup pelajaran serta pemberian
dan pemeriksaan kerja bertulis. $uru boleh menetapkan teknik pengajaran secara kelas
atau pengajaran secara berkumpulan yang mana pengajaran secara kelas ini
melibatkan keseluruhan akti)iti P&P di dalam kelas. Kaedah ini sesuai digunakan pada
peringkat permulaan pelajaran yang disebut sebagai set induksi, perkembangan konsep
dan kemahiran atau kesimpulan di akhir pembelajaran. Kaedah ini berkesan kepada
guru matematik ketika memberikan penjelasan akti)iti secara terperinci kepada murid-
murid. 1amun, ianya bergantung pada tahap penguasaan murid-murid terhadap mata
pelajaran yang diajar. !urid-murid yang sudah memahami konsep dan mampu
menguasai kemahiran yang dikehendaki akan berupaya pula untuk melaksanakan
akti)iti dengan mudah.
!anakala, bagi kaedah pengajaran secara berkumpulan pula melibatkan
kerjasama antara ahli kumpulan iaitu interaksi antara murid dan murid. Kaedah ini amat
berkesan dan ia juga merupakan kaedah yang paling penting dalam mata pelajaran
matematik. /alam pengajaran berkumpulan ini, guru bertindak sebagai -asilitator yang
mana hanya memberi bimbingan kepada mereka. $uru hanya perlu memberi
bimbingan dengan cara beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk
memberi tunjuk ajar. Pembahagian murid-murid ini adalah mengikut kebolehan mereka
dalam kumpulan masing-masing selepas pengajaran guru secara kelas dijalankan.
,kti)iti yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan adalah berasaskan pada topik yang
sama tetapi menghadapi tahap soalan yang berbe2a mrngikut kebolehan masing-
masing.
Sebagai seorang guru matematik, kita hendaklah menitikberatkan cara
bagaimana untuk menguruskan akti)iti berkumpulan dengan lebih berkesan agar dapat
mencapai objekti- pelajaran secara berkumpulan sebagaimana yang dikehendaki.
Beberapa tips dan garis panduan yang boleh diaplikasikan semasa menjalankan akti)iti
secara berkumpulan ini antaranya, membentuk kumpulan murid-murid mengikut tahap
kebolehan pembelajaran dan gaya penyerapan mereka. $uru matematik haruslah
memberikan arahan dengan jelas, ringkas dan tegas kepada mereka. Sebagai guru,
kita seharusnya bijak dalam menetapkan peraturan-peraturan semasa menjalankan
akti)iti berkumpulan agar murid dapat mengikuti setiap arahan guru dengan baik.
Selain itu, guru matematik juga disarankan agar melantik ketua-ketua dalam
setiap kumpulan agar dapat membantu guru dalam membentuk disiplin dan mengetuai
rakan-rakannya dalam kalangan mereka ketika melakukan akti)iti berkumpulan.
/engan cara sedemikian, si-at kepimpinan dan semangat kerjasama dapat dipupuk
dalam kalangan mereka. Seorang guru itu perlu bijak dalam mengurus murid-murid
yang mana golongan pintar yang boleh menyiapkan kerja dengan cepat perlu
disediakan tugasan tambahan kepada mereka. Begitu juga, dalam memperuntukkan
jumlah masa yang sama dalam setiap kumpulan yang berlainan tahap penguasaan
mereka agar tiada perasaan pilih kasih atau cemburu dalam kalangan mereka. /i akhir
pembelajaran pula, guru hendaklah membuat penilaian di atas setiap hasil kerja murid-
murid agar dapat mengenalpasti perkembangan tahap pencapaian dan prestasi
mereka.
Bagi kes 3 pula, teknik pengajaran perseorangan pula lebih bersi-at pri)asi yang
mana hanya melibatkan golongan murid tertentu sahaja yang menghadapi masalah
dalam akti)iti pembelajaran. /alam bilik darjah, guru matematik harus mengenalpasti
golongan murid-muridnya agar masalah pembelajaran seseorang murid tersebut dapat
diatasi dan pembelajaran berjalan dengan lancar. !anakala, bagi pengajaran secara
kelas cantuman pula melibatkan kelas yang mempunyai kurang murid dan diletakkan
dalam sesuatu kelas bagi setiap tahun persekolahan. /i sebalik pengajaran kelas
cantuman ini ada kontranya, apabila guru terpaksa mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan dalam "aktu yang sama.
Bagi memastikan proses P&P dalam kelas cantuman ini berjalan dengan
berkesan, guru perlu menetapkan strategi pengajaran yang spesi-ik. ,ntara strategi
yang boleh digunakan oleh guru ialah cara penyusunan meja, kerusi dan alatan
seharusnya sesuai dengan jenis akti)iti P&P. Pelbagaikan bahan bantu belajar (BBB)
agar dapat menarik minat murid-murid ketika proses P&P berlangsung. $uru haruslah
memastikan setiap murid mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan dengan melantik
ketua-ketua kelas supaya menjaga disiplin mereka se"aktu ketiadaan guru.
$uru matematik juga boleh mengatur strategi mencantum kemahiran dengan
menggunakan pendekatan yang sama untuk mengajar murid-murid sama ada
cantuman dua atau tiga tahun persekolahan dalam "aktu yang sama. 4angkah ini
amat sesuai digunakan bagi pembelajaran kelas bercantum yang mana guru akan
mencantumkan kemahiran yang sama atau hampir sama dalam setiap "aktu pelajaran.
Selain itu, guru juga boleh cuba membentuk kumpulan kecil di dalam kelas bercantum
yang mana guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai
mengikut setiap tahun persekolahan tersebut. /engan langkah sebegini, guru akan
lebih mudah untuk memberikan tumpuan kepada murid-murid tahun berbe2a dalam
satu masa.
Bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran kita lebih menarik dan
menyeronokkan, seseorang guru matematik itu harus bijak dalam menangani
permulaan pelajaran agar input yang ingin disampaikan itu jelas. Pelbagai kaedah
permulaan pengajaran yang boleh digunakan bagi seorang guru matematik iaitu
menggunakan alat bantu mengajar, menceritakan sejarah matematik yang berkaitan,
mendedahkan soalan-soalan yang mencabar, memberitahu topik atau objekti- pelajaran
serta mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada. Pembelajaran resepsi akan lebih
bermakna menurut teori yang diasaskan oleh ,usubel, apabila murid-murid diberitahu
terlebih dahulu perkara apa yang akan dipelajari oleh mereka secara keseluruhan pada
permulaan pengajaran.
Seterusnya, aspek perkembangan konsep dan kemahiran dalam mata pelajaran
matematik. Para pendidik menitikberatkan pembelajaran konsep matematik sebagai
akti)iti pembelajaran yang utama dan seharusnya diajar dengan strategi yang khusus.
Bagi 5ean Piaget, murid-murid di sekolah masih berada pada tahap operasi konkrit.
$uru matematik perlulah menggunakan cara yang paling berkesan iaitu dengan
penggunaan bahan bantu belajar atau mengaitkan pengalaman murid yang sedia ada
pada mereka agar mereka mudah memahami isi pelajaran dengan tepat dan mudah.
Bukan itu saja, guru matematik juga boleh menggunakan kaedah lain seperti kaedah
kerja praktik, kaedah inkuiri-penemuan, kaedah induksi, kaedah deduksi atau kaedah
penyoalan yang boleh menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan.
Kaedah sebegini amat membantu murid untuk mengenal dan memahami konsep
matematik dengan tepat berdasarkan prinsip konkrit kepada abstrak. Selepas mengenal
dan memahami konsep matematik, guru harus membantu murid mengausai kemahiran
untuk mengekalkan konsep tersebut dengan cara menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan konsep yang dipelajari.
Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dalam konteks
pengajaran di dalam kelas, seseorang guru itu harus bijak dalam merangka strategi
pengajaran yang digunakan hingga ke peringkat akhir agar murid-murid mampu
mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari mereka. #ni dinamakan sebagai
suatu akti)iti pengukuhan. +erdapat beberapa contoh yang boleh diaplikasikan oleh
guru matematik iaitu penggunaan alat bantu mengajar seperti carta atau gambar rajah.
$uru juga boleh mengulangi isi-isi penting dengan cara mengemukakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. /i samping itu, guru juga boleh
menyediakan latihan bertulis kepada murid-murid sebagai penutup pelajaran supaya
tahap pengukuhan mereka semakin mampu dikuasai. ,khir sekali, selepas murid-murid
menjalankan kerja amali seperti membina bongkah-bongkah geometri, guru boleh
membuat kritikan atau komen mengenai hasil kerja mereka. *al ini mampu memberi
peluang kepada murid-murid untuk menyatakan pandangan mereka terhadap hasil
kerja orang lain.
/ari segi aspek pemberian dan pemeriksaan kerja bertulis atau dipanggil
lembaran kerja, kebiasaanya murid-murid ini diberi lembaran kerja setelah mereka
benar-benar memahami konsep dan menguasai matematik dalam peringkat
perkembangan. $uru seharusnya membuat rancangan untuk memberi lembaran kerja
dengan teliti antaranya kerja bertulis haruslah diberikan kepada murid-murid yang telah
menunjukkan ke-ahaman konsep dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah
matematik. Soalan-soalan lembaran kerja itu haruslah dirancang dengan sistematik
daripada mudah kepada susah. !anakala, bagi akti)iti berkumpulan pula soalan-soalan
yang diberikan ini haruslah dipelbagaikan mengikut tahap penguasaan murid-murid
sama ada guru memilih soalan tersebut berdasarkan rancangan guru itu sendiri atau
dirujuk daripada buku teks. $uru juga perlu menitik beratkan dan jumlah bilangan
soalan yang diberikan kepada mereka itu perlulah berpatutan dan tidak membebankan
diri mereka. +ambahan pula, jenis soalan yang berbentuk aneka seharusnya disediakan
kepada murid-murid agar mereka memperolehi banyak pengalaman daripada proses
penyelesaian masalah tersebut.
Selepas selesai kerja bertulis, guru dikehendaki mengumpul lembaran kerja
murid-murid dan memeriksanya dengan teliti. Sebagai seorang pelatih guru matematik,
saya amat bersetuju dengan pendapat daripada teori pembelajaran Skinner iaitu salah
satu peneguhan positi- yang berkesan adalah melalui pemeriksaan kerja bertulis yang
diberikan oleh guru. 6leh itu, seorang guru itu hendaklah mengetahui teknik
pemeriksaan kerja bertulis yang paling berkesan agar mampu memberikan galakan dan
dorongan dalam hasil pembelajaran mereka. Salah satu cara yang boleh guru
mengetahui kelemahan-kelemahan yang ada pada diri murid-murid mereka adalah
dengan melihat kepada hasil kerja bertulis yang diberikan.
Beberapa tips panduan ketika memeriksa lembaran kerja murid-murid yang
boleh dikongsikan berdasarkan daripada sebuah artikel yang saya baca adalah kerja
pemeriksaan perlulah segera pada hari sebaik-baiknya dijalankan pada hari yang sama.
*al ini bagi menggelakkan murid-murid tidak bersemangat untuk membuat kerja bertulis
pada masa akan datang. Kemudian, guru tersebut seharusnya menyemak dan meneliti
setiap langkah penyelesaian yang diberikan oleh murid-murid adalah betul bukan hanya
menyemak pada ja"apan yang betul saja. $uru juga seharusnya menunjukkan
kesilapan yang dilakukan oleh mereka sekiranya terdapat kesilapan pada langkah-
langkah penyelesaian dalam lembaran kerja bertulis tersebut agar murid-murid mudah
untuk mengesan di mana kesilapan yang telah mereka lakukan.
Seperti mana menurut teori pembelajaran Skinner, peneguhan positi- perlu
diberikan oleh setiap guru sebagai contoh salah satu cara dalam memeriksa kerja
bertulis, guru boleh memberi galakan melalui komen, tanda bintang, atau tanda 7good
"ork ticket8 bagi kerja bertulis yang memuaskan. ,khir sekali, setelah kerja bertulis
diperiksa, guru seharusnya membuat analisis terhadap kerja murid-murid untuk
mengetahui tahap pencapaian mereka setelah selesai sesi pembelajaran. /i samping
itu, guru boleh merancang strategi yang lebih berkesan untuk pengajaran yang akan
datang setelah membuat analisis kesesuaian dan keberkesanan pengajarannya.
+untasnya, setiap pemberian dan pemeriksaan kerja bertulis murd-murid merupakan
suatu akti)iti peneguhan dan penilaian yang seharusnya dijalankan oleh guru setelah
murid-murid memahami konsep dan penguasaan kemahiran matematik berkenaan.
Secara kesimpulannya, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru ini adalah
berlandaskan kepada akti)iti pembelajaran murid-murid yang mana mem-okuskan
kepada penglibatan murid-murid secara akti- serta secara optimum di dalam kelas.
Peranan seorang guru matematik itu adalah sebagai pemimpin dan penggalak yakni
guru perlu bijak dalam merancang kaedah pengajaran yang sesuai digunakan seperti
kaedah kumpulan, kaedah kerja praktik, kaedah inkuiri-penemuan dan sebagainya yang
mampu menggalakkan penyertaan murid-murid secara akti- sepanjang akti)iti
pembelajaran dijalankan.
Kesimpulannya, setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbe2a.
Penggunaan teori pembelajaran yang pelbagai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran membantu murid untuk memahami pembelajaran !atematik sesuai
mengikut tahap pemahaman mereka. $ardner menyedarkan kita baha"a sekiranya
kanak-kanak tidak pandai dalam akademik, tidak semestinya mereka tidak cerdas.
,khirnya, saya tertarik dengan kata-kata imam $ha2ali iaitu, 9Setiap manusia ada
kecerdasan(#ntelligences) masing-masing. Kecerdasan yang ada pada manusia ibarat
seperti benih di dalam pasir. 5ika benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih
itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya maka sebaliknya yang berlaku.:
#ntiharnya, sebagai seorang guru matematik, kita seharusnya ber-ikiran kreati- dan
ino)ati- dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran kita agar mampu
meningkatkan tahap penguasaan dan ke-ahaman murid-murid dengan lebih berkesan.

You might also like