2 LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA
5 2.1 Latar Belakang Program 5 2.2 Pengurusan Pesediaan Aktiviti Gotong-Royong Ria 6 2.3 Perlaksanaan Gotong-Royong Ria 7 2.4 Perlaksanaan Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan 10
2.4.1 Kelemahan Program 10 2.4.2 Kekuatan Program 11 2.4.3 Cadangan Penambahbaikan 12
3 PENUTUP 13
BIBLIOGRAFI 14
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
2
1. PENDAHULUAN
Di Malaysia, program pendidikan kesihatan bagi golongan kanak-kanak telah diperkenalkan pada tahun 1967. Ia bertujuan untuk mengukur status kesihatan kanak- kanak sekolah dan mengenalpasti masalah kesihatan kanak-kanak, ibubapa, guru dan komuniti. Pada tahun 1977, Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilancarkan berdasarkan Konsep Ottawa Charter oleh World Health Organization (Ministry of Health Malaysia, 1996). Penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati program tersebut dapat menggalakkan pembentukan persekitaran sekolah yang selamat dan sihat dan juga dapat mewujudkan kerjasama di antara sekolah dan komuniti dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Secara amnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) diperkenalkan adalah berdasarkan rasional berikut :
1.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu. 1.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa. 1.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah. 1.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya. 1.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.
Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas, Program Bersepadu Sekolah Sihat perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
3
Salah satu elemen perlaksanaan program ini ialah aktiviti pemantauan dan penilaian. Pemantauan dan penilaian program seringkali dilihat sebagai suatu kemestian bagi sesebuah organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Tyler (1950), penilaian adalah satu proses menentukan sejauh manakah objektif sesuatu program dapat dicapai. Bagi Alkin (1969), Cronbach (1963) dan Stufflebeam et al. (1971), penilaian adalah proses pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk membuat keputusan. Manakala Suchman (1967) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu usaha untuk mengenal pasti sama ada sesuatu program berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.
Terdapat organisasi yang memantau dan menilai program sama ada di peringkat awal, pertengahan atau di akhir sesuatu aktiviti. Pemilihan waktu pemantauan dan penilaian yang spesifik seperti ini seharusnya didasari oleh penelitian mendalam tentang maklumat yang mungkin diperoleh dalam usaha menambah baik sesuatu program. Di samping itu juga, kaedah mengumpul data yang paling berkesan seharusnya diberi penekanan kerana kaedah yang tepat akan menghasilkan data yang relevan, yang boleh diguna pakai oleh organisasi. Kaedah pengumpulan data seperti temu bual, soal selidik, senarai semak, analisis dokumen dan pemerhatian di tempat kerja seringkali memberikan data yang berguna dalam bentuk atau perspektif yang berbeza. Sehubungan dengan itu, Pemantauan dan penilaian program Gotong Royong Ria Program Bersepadu Sekolah Sihat dilakukan melalui penggunaan borang pemantauan dan penilaian PBSS 1.
Dalam usaha mencapai matlamat sekolah yang bersih dan sihat, satu program yang diberi nama Gotong Royong Ria telah dirancang untuk diadakan. Matlamat program ini adalah untuk menyegar dan mengindahkan kawasan sekolah dengan pembinaan taman-taman beraneka landskap. Landskap taman akan direka oleh setiap kumpulan yang dibentuk mengikut kawasan-kawasan terpilih. Taman-taman ini akan dipenuhi pokok-pokok bunga dan pokok-pokok besar.
Bagi memastikan program ini berjaya mencapai objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat, pemantauan dan penilaian telah dilakukan berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang digariskan dalam Borang Pemantauan dan Penilaian PBSS 1 (Lampiran 1). Terdapat 3 Kriteria Utama yang akan dipantau dan dinilai iaitu Pengurusan Persediaan Gotong Royong
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
4
Ria PBSS, Perlaksanaan Gotong Royong Ria Yang Ditetapkan dan Perlaksanaan Post Mortemdan Cadangan Penambahbaikan.
Dalam kriteria utama Pengurusan Persediaan Gotong Royong Ris PBSS, terdapat lima item yang dipantau dan dinilai. Item pertama adalah Penubuhan Jawatankuasa. Dalam item ini pula, terdapat 4 perkara yang dipantau dan dinilai iaitu penubuhan ahli jawatankuasa, jumlah keahlian, Bilangan kekerapan mesyuarat dan perlaksanaan sistem fail. Item kedua pula ialah penetapan objektif program. Dalam item ini pula, terdapat 3 perkara yang dipantau dan dinilai iaitu penetapan objektif, ketepatan objektif merealisasi hasrat pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat dan ada bukti yang menunjukkan penetapan obektif ini. Item 3 pula menumpukan kepada pemantauan dan penilaian penetapan aktiviti program. Dalam item ini terdapat empat perkara yang dinilai iaitu, menggariskan aktiviti yang perlu diadakan, menjelaskan bidang tugas, ada pelan tindakan atau carta aliran kerja (carta gantt) dan ada taklimat khas untuk AJK pelaksana. Item keempat pula adalah penilaian terhadap kertas kerja yang telah diluluskan manakala Item terakhir yang dinilai dalam kriteria ini adalah laporan awal program.
Manakala dalam kriteria utama Perlaksanaan Gotong Royong Ria yang ditetapkan, terdapat 5 item yang dipantau dan dinilai. Item 1 hingga 4 terdapat 4 perkara ynng akan dinilai iaitu penubuhan jawatankuasa, pemilihan ahli jawatankuasa mengikut kriteria yang ditetapkan, jadual kedatangan murid, guru dan ibubapa, dan laporan atau dokumen aktiviti. Item 1 dan 4 menjurus kepada aktiviti menanam pokok, membersih, membina landskap dan sebagainya. Manaka item 5 pula melibatkan pemantauan dan penilaian pengurusan masa dan perjalanan aktiviti. Dalam item ini terdapat 4 perkara yang diperhatikan iaitu perancangan masa, kesesuaian aktiviti, pematuhan masa dan kejayaan aktiviti.
Kriteria terakhir yang dinilai pula adalah perlaksanaan post mortem dan cadangan penambahbaikkan. Dalam kriteria ini hanya satu item sahaja yang dinilai iaitu dapatan data. Item ini akan dinilai berdasarkan 6 perkara iaitu pengumpulan data, analisis data, mesyuarat, dapatan dan rumusan, perbincangan, cadangan penambah baikkan dan dokumentasi.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
5
Berdasarkan kepada kepentingan pemantauan dan penilaian terhadap sesuatu program dan juga kriteria-kriteria yang bakal dipantau dan dinilai kerana menurut Sax (1973) penilaian adalah satu proses yang mana penghakiman nilai atau keputusan dibuat berdasarkan pemerhatian-pemerhatian, latar belakang dan latihan yang diperolehi oleh seseorang penilai. Bagi Popham (1975) pula, penilaian merupakan satu cara untuk menentukan kepentingan atau faedah sesuatu perkara. Sementara Doll (1978) pula menyatakan penilaian sebagai suatu usaha meluas dan berterusan ke arah meninjau kesan daripada penggunaan kandungan dan proses pendidikan. Seterusnya Beeby (1978) pula menyatakan bahawa penilaian adalah proses pemulihan yang sistematik dalam mentafsirkan maklumat bagi tujuan membuat rujukan. maka penulisan yang seterusnya akan membincangkan mengenai laporan lengkap hasil pementauan dan penilain. Di akhir penulisan, perbincangan secara ringkas dan padat akan dikemukakan sebagai rumusan akhir penulisan ini.
2. LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA
2.1 Latar Belakang Program
Program Gotong Royong Ria merupakan satu program yang dirancang oleh Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat, Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, menyenangkan, menyegarkan, menyihatkan dan melahirkan keselesanaan dan keharmonian dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid. Program ini dirancang untuk memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah sebagai tempat melahirkan masyarakat yang sihat di bawah program kesihatan yang diperkenalkan iaitu Program Bersepadu Sekolah Sihat.
Program ini dicetuskan guru besar semasa mesyuarat pentadbiran 22 April 2013 yang lalu. Beliau menegaskan betapa perlunya gotong-royong ini diadakan kerana menurut beliau kecerdasan mental murid berlaku bukan hanya kerana sejauhmana mereka tekun belajar tetapi juga bergantung kepada kesihatan, ketengan fikiran dan perasaan di samping faktor
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
6
motivasi persekitaran tempat belajar. Memandangkan aktiviti ini amat signifikan dengan matlamat Program bersepadu Sekolah Sihat, maka beliau meletakkan tanggungjawab mengadakan program ini kepada Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat.
2.2 Pengurusan Pesediaan Aktiviti Gotong-Royong Ria
Pengurusan Persediaan sesuatu program amat signifikan sekali dengan kejayaan dan keberkesanan program yang dijalankan. Pengurusan ini meliputi penubuhan jawatankuasa, mengadakan mesyuarat, memastikan keahlian jawatankuasa lengkap dan dokumentasi aktiviti. Hasil perlaksanaan pengurusan persediaan perjalanan sesuatu program akan berjalan secara sistematik dan lancar.
Hasil pemantauan dan penilaian terhadap perjalanan pengurusan persediaan didapati Jawatankuasa Induk Program Bersepadu Sekolah Sihat telah melaksanakan kesemua item yang ditetapkan. Penubuhan jawatankuasa pelaksana program telah dilakukan dalam mesyuarat Gotong Royong Ria yang melibatkan guru-guru dan ahli Persatuan Ibubapa dan Guru di Kantin Sekolah pada 01 Mei 2013. Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang tepilih pula telah mengadakan mesyuarat yang pertama kali pada 04 Mei 2013 bagi menubuh ahli jawatankuasa kecil, perancangan aktiviti, penetapan objektif program dan penyediaan Kertas Cadangan Program untuk diluluskan oleh Guru Besar.
Ahli Jawatankuasa Pelaksana juga telah menetapkan 3 objektif eksplisit yang perlu dicapai melalui perlaksanaan aktiviti Gotong-Royong Ria iaitu penanaman lima jenis bunga dan 2 batang anak pokok di setiap taman yang dibina, perekaan landskap taman yang menarik dan penceriaandan penyegaraan pondok-pondok di laman utama sekolah. Manakala objektif khusus yang perlaksanaan pula adalah meningkatkan kesedaran guru-guru, ibubapa dan murid-murid terhadap persekitaran sekolah yang ceria, bersih, cantik dan harmoni terhadap kesihatan tubuh badan dan mental, menggalakkan penglibatan ibubapa dalam program kesihatan dan menyemai semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah dan ibubapa.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
7
Kejayaan sesuatu program juga bergantung kepada perancangan terhadap aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, perancangan aktiviti akan membolehkan pengaturan masa dilakukan. Dalam pemantauan dan penilaian yang dilakukan, didapati jawatankuasa pelaksana yang dibentuk telah dapat merancang beberapa aktiviti seperti aktiviti mereka landskap taman, menanam pokok dan pokok bunga, mengecat dan menghias pondok, memotong rumput dan membersihkan kawasan taman. Bagi memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan, bidang tugas setiap ahli diperjelaskan. Selain itu juga, ahli jawatankuasa pelaksana turut diberikan taklimat khas perjalanan aktiviti. Untuk memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual, carta alliran kerja disediakan.
Sebelum sesuatu program dilaksanakan. Kertas kerja berkaitan program perlulah disediakan. Dalam kertas kerja ini maklumat-maklumat seperti kepentingan dan tujuan program dijalankan, ahli jawatankuasa yang dibentuk, aktiviti yang dijalankan, anggaran kos, kumpulan sasaran dan sebagainya dinyatakan. Kertas kerja yang telah dimurnikan akan diajukan kepada pentadbir untuk mendapatkan kelulusan. Dalam hal ini, Ahli Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat telah mengadakan mesyuarat untuk pembentukan ahli jawatankuasa pelaksana, menetapkan objektif, merangka aktiviti, merancang aliran kerja dan sebagainya. Hasil-hasil mesyarat ini telah didokumentasikan di dalam kertas kerja program. Kertas kerja yang telah dimurnikan, diajukan dan diluluskan oleh guru besar pada 2 Mei 2013. Kelulusan ini membolehkan kesemua dokumen-dokumen berkaitan seperti minit mesyuarat awal didokumentasikan di dalam fail Program Gotong Ria.
2.3 Perlaksanaan Gotong-Royong Ria
Gotong-Royong Ria telah dilaksanakan pada 11 (Sabtu) dan 12 (Ahad) Mei 2013. Program ini bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhit pada jam 12.00 tengahari. Berdasarkan kepada buku kedatangan guru, murid dan ibubapa, amatlah membanggakan apabila seramai 756 orang menghadiri program ini. Jumlah ini mewakili 95% dari sasaran peserta yang dijangkakan.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
8
Sebelum gotong royong bermula, satu perhimpunan diadakan. Dalam perhimpunan ini, guru besar selaku penanung program telah menyampaikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan penghargaan terhadap penglibatan ibubapa yang menggalakkan. Seleoas ucapan, taklimat ringkas diadakan untuk membahagikan perserta kepada kumpulan- kumpulan tertentu mengikut kawasan gotong-royong yang ditetapkan.
Gotong royong dimulakan tepat jam 8 pagi mengikut kawasan masing-masing. Hasil pemantauan dan penilaian di setiap kawasan, di dapti setiap kawasan telah membentuk jawatankuasa masing-masing mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kriteria-kriteria ini berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan individu. Dengan cara ini, sasaran yang ditetapkan akan dapat mencapai matlamatnya selain menjamin keindahan dan kesegaran kawasan-kawasan dipilih. Setiap kumpulan juga telah mencatatkan kedatangan ahli dan diabadikan dalam satu papan tanda peringatan selain didokumentasikan diborang kedatangan yang disediakan.
Di Taman Sains dan Teknologi, kumpulan yang dibentuktelah membina landskap taman yang berkonsepkan tema taman ini. Kawasan taman dihiasi dengan sebuah kolam ikan yang menggunakan teknologi kitaran air yang menjimatkan dan membolehkan murid-murid mempelajari topik sains yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Di persekitaran kolam juga, ditanam dengan beberapa jenis pokok kecil seperi pokok keladi, pokok pisang, pokok bunga dan beberapa pokok herba. Penanaman pokok-pokok ini adalah untuk membolehkan murid- murid mengetahui habitat haiwan yang terdapat di sekitarnya. Selain itu juga, atas kreativiti seorang peserta, sebuah pengukur masa berkonsepkan kedudukan matahari dibina.
Di Taman Kantin pula, kumpulan yang dibentuk telah memilih landskap taman yang berkonsepkan kesihatan dibina. Di taman ini satu laluan refleksologi dibina. Melalui laluan ini peredaran darah dalam badan dipercayai dapat dilancarkan. Di sekitar laluan ini pula ditanam beberapa pokok herba. Di setiap pokok dinyatakan nama pokok herba dan kegunaanya. Tujuan penyediaan ini adalah untuk membolehkan murid-murid menimba pengetahuan apabila melalui laluan ini. Di taman ini juga dibina pondok rehat. Tujuan pembinaan pondok ini adalah untuk membolehkan murid-murid berehat selepas melalui laluan refleksologi.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
9
Di Taman utama sekolah pula, kumpulan yang dibentuk telah memilih konsep laluan ilmu. Taman ini disediakan lorong berjalan kaki, di tepi laluan disediakan beberapa papan ilmu berkaitan subjek teras seperti papan tahukah anda? untuk subjek Sains dan papan Mathematics is Fununtuk subjek Matematik. Di samping itu juga terdapat papan maklumat mengenai latar belakang sokolah didirikan Papan-papan ini pula dibina seakan-akan pondok kecil. Di persekitaran taman ini juga ditanam pokok-pokok jenis redup dan pokok-pokok bunga agar taman ini segar dan cantik.
Di Pondok Rehat Utama pula, kumpulan yang dibentuk telah mengecat dan menghias pondok serta menanam bunga di persekitarannya. Tiang-tiang pondok telah di cat dengan warna yang beraneka. Manakala di dalam pondok disediakan sudut-sudut ilmu. Selain itu, pondok ini juga dilengkapi dengan punca kuasa elektrik yang membolehkan pengguna komputer riba menggunakannya.
Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan. Pada 12 Mei 2013 kesemua taman berjaya dibina dengan jayanya begitu juga aktiviti mengecat dan mengindahkan pondok utama. Sebaik sahaja aktiviti selesai, kesemua peserta bekerja sama membersihkan samah sarap di sekitar kawasan masing-masing. Acara penutupan program telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Tawau. Dalam ucapannya, beliau memuji kerjasama warga sekolah dengan ibubapa. Tanpa sokongan semua pihak, beliau pasti program ini tidak akan mencapai matlamatnya.
Dengan majlis penutupan ini, objektif yang disasarkan telah berjaya dicapai dan menepati hasrat pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Secara keseluruhan, program ini telah memakan belanja sebanyak RM20,000. Wang yang diperoleh adalah hasil sumbangan YB Taufiq Titingan, orang perseorang, syarikat swasta, ibubapa, guru-guru, kakitangan sokongan sekolah, kantin sekolah dan juga murid-murid. Kesudian kesemua pihak untuk menyumbang juga merupakan salah satu ciri kesihatan kerana kesihatan itu bukan sahaja membawa maksud kesihatan tubuh badan tapi juga kesihatan mental dan emosi.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
10
2.4 Perlaksanaan Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan
Untuk melaksanakan kriteria ini, data-data berkaitan perjalanan program telah dikumpul melalui borang pemantau dan penilaian yang disediakan. Melalui borang-borang ini pengesanan sesuatu aktiviti akan dapat dilakukan. Hasil analisis data menunjukkan kesemua kriteria, item dan perkara dinilai telah dilaksanakan dengan baik kecuali pengurusan dan pematuhi masa. Data-data yang dikumpul dan dianalisis ini telah dibentangkan dalam satu mesyuarat khas.
Dalam mesyuarat yang diadakan didapati, terdapat perkara-perkara yang terlepas dari pemantauan dan penilaian seperti pembentangan kewangan sebelum aktiviti berjalan, kawalan keselamatan dan keluar masuk peserta. Di samping itu, ahli mesyuarat juga bersetuju dengan dapatan data hasil pemantauan dan penilaian yang dilakukan. Hasil persetujuan semua ahli mesyuarat. Kelemahan, kekuatan dan cadangan berikut dicapai;-
2.4.1 Kelemahan Program
Walaupun program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya, namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki agar program yang dijalankan lebih lancar dan berjaya.
Sebelum aktiviti bermula, Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat gagal untuk membentangkan, cara kewangan diperoleh dan jumlah kewangan sedia ada, jumlah kewangan yang diterima dan pelan sampingan sekiranya kewangan gagal diperoleh. Walaupun dalam kertas kerja dinyatakan jumlah peruntukan diperoleh namum proses memperoleh kewangan tidak dijelaskan seperti pihak terlibat, jawatankuasa kewangan dan pembentangan kewangan yang diperoleh. Kesan kelemahan ini, ahli jawatankuasa pelaksana yang dilantar tidak dapat merancang dan membincangkan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti. Walaupun perkara ini dapat diatasi semasa aktiviti berjalan namun ianya tidak terancang dan mematuhi prosedur.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
11
Sepanjang aktiviti ini juga, murid-murid dan ibubapa bergerak bebas di kawasan sekolah. Didapati terdapat beberapa orang murid yang bermain dan berlari. Keadaan ini menyebabkan seorang murid tercedera akibat bermain. Selain itu, pergerakan bebas orang luar boleh mengakibatkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tanpa kawalan keselatan, berbagai kemungkinann yang tidak baik mungkin akan berlaku.
Dalam aktiviti ini juga, didapati pergerakan keluar masuk murid dan ibubapa terlalu bebas. Terutamanya murid-murid yang keluar membeli makanan dari luar. Tindakan murid-murid ini tidak mematuhi polisi makanan sihat yang diperkenalkan kementerian kerana makanan dari luar tidak dapat dipastikan kebersihan dan keselamatannya. Selain itu juga, pihak pengawal keselamatan nmenghadapi kesukaran dengan pergerakan keluar masuk yang bebas.
Analisis data juga menunjukkan pematuhan masa tidak dipatuhi sepenuhnya. Dalam pemantauan didapati kekurangan bahan telah menyebabkan beberapa aktiviti tidak dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu juga terdapat peserta yang pulang lebih awal. Keputusan Jawatankuasa pelaksana mengadakan aktiviti ini selama dua hari juga menyebabkan sebilangan ibubapa dan murid tidak menghadirkan diri. Hasil maklumbalas semasa mesyuarat mendapati alasan kurang rehat amat sinonim sekali.
2.4.2 Kekuatan Program
Berdasarkan kepada kejayaan program mencapai sasaran dan objektifnya, didapati program ini mempunyai kekuatannya. Kekuatan utamanya adalah semangat kerjasama dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibubapa dan murid-murid. Ibubapa didapati menghadirkan diri dalam setiap mesyuarat dan mengemukakan pelbagai idea dan cadangan. Kerjasama ini juga dibuktikan dengan peratusan kehadiran yang tinggi semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.
Kejayaan program ini juga didukungi oleh idea dan cadangan yang kreatif oleh guru dan ibubapa. Ini dibuktikan dengan kejayaan membina taman yang menarik dan cantik serta mampu menyediakan persekitaran yang sihat dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran. Begitu
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
12
juga dengan aktiviti penyegaran semula pondok utama. Di samping itu juga, keringat dan kepakaran digunakan sepenuhnya untuk membina taman dan menghias pondok.
Kejayaan program ini juga turut didukungi oelh para dermawan seperti wakil rakyat DUN Apas, YB Datuk Taufiq bin Titingan, sayarikat-syarikat, guru-guru, ibubapa, pihak pentadbiran, pengusaha kantin dan murid-murid. Tanpa sumbangan yang disediakan, pembinaan taman dan penyegaran pondok utama tidak mungkin seindah dan kreatif yang dilihat hari ini.
2.4.3 Cadangan Penambahbaikan
Walaupun program ini dilihat berjaya dan berkesan namun untuk kejayaan yang lebih bermakna kelemahan-kelemahan yang dikesan perlulah diatasi.
Di masa akan datang, hal-hal yang berkaitan kewangan haruslah dibincangkan dan diputuskan bersama agar sumber kewangan dapat digunakan secara lebih bijak dan berkesan kerana dalam program yang dijalankan ini didapati pihak pengurusan terpaksa membeli barangan kelengkapan semula akibat kekurangan bahan dan peralatan semasa aktiviti berjalan. Dengan adanya perbincangan jumlah peralatan dan bahan akan dapat dianggarkan dengan lebih tepat.
Penganjuran sesuatu program seharusnya menitik beratkan soal-soal keselamatan sebagai langkah-langkah kawalan dan mengelakan kemungkinan yang tidak baik seperti kecurian, kerosakan dan keracunan makanan apatah lagi kesihatan juga berkait rapat dengan keselamatan seperti yang terkandung dalam program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan keselamatan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)
Penganjuran program juga harus mengambil kira kesesuaian masa agar penglibatan ibubapa dapat digunakan secara optimum. Tanpa penglibatan murid dan ibubapa secara total menyebabkan objektif kesihatan bersemai di sekolah tidak tercapai secara menyeluruh.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
13
3. PENUTUP
Berdasarkan laporan dan keterangan di atas, proses penilaian dan pemantauan sesuatu program merupakan elemen yang penting untuk menilai kejayaan dan kelemahan program yang dijalankan. Aktiviti pemantauan dan penilai bukan setakat mengesan kelemahan dan kekuatan program tetapi juga untuk menjadikan program seterusnya lebih berjaya dan lancar.
Sesungguhnya proses pendidikan di sekolah bukan setakat menguasai ilmu dan kemahiran sesuatu bidang tetapi juga melibatkan pendidikan kesihatan diri murid-murid, warga pendidik dan ibubapa. Oleh sebab itu, penglibatan kesemua pihak yang berkaitan amatlah dituntut. Di samping itu, perancangan, perbincangan dan penilaian amatlah diperlukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program yang dirancang.
HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
14
BIBLIOGRAFI
Alkin, M. C. (1969). Evaluating theory development. Evaluation Comment 2:2-7.
Beeby, C. E. (1978). The meaning of evaluation. Wellington: Depatment of Education.
Cronbach, L. J. (1963). Course improvement through evaluation. Teacher College Record 64:672-683.
Doll, R. C. (1978). Curriculum improvement: decision making and process. Boston: Allyn and Bacon Inc.
Kementerian Kesihatan Malaysia (1996). http://psasir.upm.edu.my/11257/1/ FPSK_M_2003_11_A.pdf.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Panduan Pengurusan 3K. Putrajaya : Bahagian Teknologi Pendidikan.
Popham, J. W. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Sax, G. (1973). Principles of educational measurement and evaluation. California: Wadsworth Publishing Co. Inc.
Stufflebeam, D. L., Foley, W. J., Gephart, W. J., Guba, E. G., Hammond, R. I., Merriman, H. O., et al. (1971). Educational evaluation and decision-making. Illinois: Peacock.
Suchman, E. A. (1967). Evaluative research. New York: Russel Sage Foundation.
Tyler, R. W. (1950). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press.