You are on page 1of 14

Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar

5 point:
1. Dasar PPSMI diperkenal pada tahun 2003 oleh Dato Seri Tun Dr Mahathir.
Pada tahun 2005, kertas soalan sains dan matematik PMR adalah dalam
dwibahasa dan pada tahun 2007, dasar ini mula berkuatkuasa secara
keseluruhan dalam SPM. Pada tahun 2008 pula, kertas soalan sains dan
matematik UPSR adalah dalam Bahasa Inggeris.
2. Dasar PPSMI bukannya faktor utama yang menyebabkan wujudnya jurang
perbezaan kerana jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan sekolah luar
bandar sudah wujud sebelum dasar ini diwujudkan. Dasar ini hanya
berperanan memperdalam lagi jurang perbezaan.
3. Walaupun minat terhadap matematik adalah motivasi pelajar sendiri, tetapi
pelajar tidak boleh disalahkan sepenuhnya jika tidak berminat dalam
matematik. Guru yang seharusnya bertaggungjawab kerana ini menunjukkan
kegagalan guru untuk menjadikan matematik sebagai subjek yang diminati
oleh pelajar.
4. Prestasi pelajar dalam pencapaian matematik juga dipengaruhi oleh pertukaran
guru. Kebanyakan guru tidak ingin mengajar di sekolah luar bandar dan ini
menyebabkan mereka tidak bermotivasi mengajar. Jadi, mereka akan
memohon bertukar ke sekolah bandar sekiranya ada peluang. Pertukaran guru
yang kerap sebenarnya memberi impak negatif kepada pelajar kerana teknik
pengajaran setiap guru tidak sama dan pelajar memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri.
5. Pendidikan seorang pelajar merupakan tanggungjawab ibu bapa dengan guru.
Pendidikan awal bermula di rumah. Jadi, ibu bapa juga berperanan
membentuk asas pendidikan anak-anak mereka. Apabila anak-anak sudah
bersekolah, tidak bermakna ibu bapa tidak lagi bertanggungjawab dan
menyerah tugas mendidik kepada guru semata-matanya. Guru memerlukan
kerjasama daripada ibu bapa.
5 soalan:

1. Bagaimanakah KPM mengklasifikasi sebuah sekolah sebagai sekolah di
bandar dan sekolah di luar bandar?

2. Laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK)
mengatakan bahawa terdapat sebilangan sekolah mendapat pencapaian yang
kurang baik. Apakah bukti yang menunjukkan pencapaian sekolah tersebut
kurang baik dan bagaimana mereka menilai pencapaian sekolah tersebut?

3. Isu pelajar Melayu luar bandar kurang berminat dengan matematik. Adakah
ini hanya berlaku pada pelajar Melayu dan bagaimana pula dengan pelajar
bukan Melayu?

4. Bagaimanakah teknik dan kemudahan terkini membantu meningkatkan
pencapaian matematik pelajar luar bandar?

5. Salah satu langkah yang dibentangkan adalah lebih banyak guru matematik
yang berkebolehan perlu dihantar ke sekolah luar bandar. Bagaimanakah
kebolehan seseorang guru matematik dinilai?
Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

5 point:

1. Jurang perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara
apabila umur pelajar semakin matang. Perbezaan pencapaian matematik lelaki
dan perempuan dalam UPSR adalah tidak ketara iaitu perbezaannya hanya 1-2%
sahaja. Namun, peratusan perbezaan menjadi 5-6% dalam PMR dan 6-9%
dalam SPM.
2. Sikap pelajar mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik mereka.
Sikap seseorang pelajar penting untuk membantunya mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan. Pelajar yang rajin dan berperspektif positif terhadap subjek
matematik akan mendapat keputusan yang lebih baik.
3. Sikap pelajar terhadap matematik dilihat daripada pada beberapa kriteria iaitu
minat, keyakinan, kegelisahan, persepsi terhadap guru dan juga persepsi
terhadap matematik. Pelajar yang bersikap positif terhadap subjek matematik
mempunyai min skor yang lebih tinggi untuk pembolehubah tersebut.
4. Gaya pembelajaran pelajar perempuan adalah berbeza daripada gaya
pembelajaran pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih suka pembelajaran kinestetik
berbanding dengan pelajar perempuan. Jadi, guru harus mengambil kira faktor
ini dan merancangkan strategi pengajaran yang menarik minat semua pelajar.
5. Dahulu, perbezaan pencapaian matematik antara jantina wujud kerana wanita
tidak dibenarkan atau tidak digalakkan untuk mendapat pendidikan. Oleh itu,
pencapaian matematik lelaki lebih baik. Jadi, lelaki dikatakan lebih pandai
dalam matematik pada hal sebenarnya adalah kerana hak pendidikan lelaki dan
perempuan tidak sama. Setelah perempuan berpeluang mendapat pendidikan
seperti lelaki, pencapaian perempuan dalam matematik turut meningkat. Oleh
itu, pencapaian matematik tidak dipengaruhi oleh jantina.

5 soalan:

1. Berdasarkan statistik UPSR, PMR dan SPM 1996-2000, mengapakah jurang
perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara apabila
umur semakin matang?

2. Statistik menunjukkan pelajar perempuan Malaysia mempunyai pencapaian
yang lebih baik dalam matematik berbanding dengan pelajar lelaki.
Bagaimanakah pula dengan pelajar di luar negara?

3. Adakah sikap pelajar perempuan yang lebih berteliti menyumbang kepada
prestasi yang lebih baik dalam subjek matematik?

4. Adakah faktor gaya pembelajaran lelaki dan perempuan mempengaruhi
perbezaan pencapaian matematik mereka?

5. Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk merapatkan jurang pencapaian
lelaki dan perempuan dalam akademik terutamanya dalam SPM?

Perbezaan Pencapaian Matematik antara SK dan SJKC

5 poin:

1. Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan jika melibatkan lima pancaindera
pelajar. SJKC mempraktikkan konsep ini dengan menggunakan sempoa
sebagai alat bantu mengajar. Sempoa sesuai diguna untuk mengajar matematik
kerana penggunaannya melibatkan tiga pancaindera murid iaitu dari segi bunyi,
penglihatan dan sentuhan. Jadi, murid-murid lebih berminat untuk belajar
matematik.
2. Selain itu, SJKC juga mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat. Contohnya, murid SJKC
akan dirotan jika mereka tidak menyiapkan kerja rumah. Ibu bapa
membenarkan guru merotan anak mereka disebabkan budaya orang Cina yang
amat mementingkan pendidikan dan ingin anak mereka mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan.
3. Mengikut pembentangan kumpulan tiga, guru-guru di SJKC juga memberi
latihan matematik yang lebih banyak berbanding dengan guru di SK. Tujuan
latih tubi adalah supaya murid-murid mengetahui dan biasa dengan format
peperiksaan. Oleh itu, prestasi matemati SJKC lebih baik. Hal ini telah
membuktikan bahawa prestasi pencapaian dalam peperiksaan sebenarnya juga
bergantung kepada kebiasaan dengan format peperiksaan.
4. Walaupun statistik menunjukkan waktu pengajaran dan pembelajaran
matematik di SJKC lebih lama berbanding dengan waktu pengajaran dan
pembelajaran SK, tetapi ini bukan faktor utama yang mempengaruhi
perbezaan pencapaian dalam matematik antara SK dan SJKC. Faktor utama
adalah penggunaan masa yang berkesan. Kita tidak harus memberi penekanan
terhadap berapa lama waktu untuk matematik tetapi harus menekankan cara
menggunakan masa untuk memaksimumkan pembelajaran matematik murid-
murid.
5. Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid
mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya
menyuruh murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut
pemerhatian Prof Datuk Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat
lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk
membuat lembaran kerja tersebut. Oleh itu, guru-guru SK dicadangkan
mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan kemahiran matematik
murid.


5 soalan:

1. Statistik menunjukkan SJKC mempunyai pencapaian yang lebih tinggi
daripada SK dalam subjek matematik. Adakah ini juga benar bagi SJKC di
luar bandar atau pun hanya mewakili SJKC di bandar?

2. Mengapakah waktu pembelajaran matematik di SK dan SJK adalah berbeza?

3. Bagaimankah cara untuk mengurus masa dengan baik supaya pembelajaran
murid dalam matematik boleh dimaksimumkan?

4. Oragnisasi sekolah berperanan penting dalam menentukan prestasi akademik
murid-muridnya. Pentadbiran SJKC adalah berasaskan kepada disiplin dan
peraturan yang ketat. Apakah punca yang menyebabkan SK tidak dapat
mentadbir seperti SJKC?

5. Pihak PIBG SJKC dikatakan lebih prihatin terhadap perkembangan akademik
pelajar berbanding dengan PIBG SK kerana mereka akan sentiasa membantu
dan memastikan keperluan pendidikan murid mencukupi. Adakah keadaan ini
berlaku kerana SJKC bukan sekolah bantuan kerajaan?

Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme VS Latih Tubi
5 poin:
1. Definisi pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang agak kekal.
Perubahan tingkah laku bermaksud pelajar boleh buat sesuatu yang dia tidak
boleh buat sebelum ini. Contohnya, pelajar boleh menyelesaikan persamaan
kuadratik selepas pengajaran oleh guru. Perubahan tingkah laku boleh dilihat
dari segi psikomotor, afektif atau kognitf. Pembelajaran terbahagi kepada dua
aras, iaitu aras tinggi dan aras rendah.
2. Kebanyakan kami mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses guru memberi ilmu dan pelajar terima ilmu. Sebenarnya, pelajar tidak
terima ilmu tetapi mereka memproses ilmu dengan memberi makna kepada
ilmu yang diterima berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh sebab
pengalaman sedia ada pelajar berbeza mengikut individu, maka makna yang
diberi kepada ilmu tersebut juga berbeza. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti
sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak. Teknik penyoalan
merupakan teknik yang penting untuk mengenalpasti kefahaman pelajar.
3. Dalam konteks konstruktivisme, pelajar memberi makna kepada ilmu yang dia
terima berdasarkan pengalamannya. Oleh itu, pelajar perlu memainkan
peranan aktif jika konstruktivsme dilaksanakan. Aktiviti haruslah berpusatkan
pelajar di mana pelajar haruslah berbincang dengan rakan-rakannya dan
menyemak sesama diri. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, pelajar mendapat
ilmu baru dan guru boleh menyemak kefahaman pelajarnya.
4. Latih tubi tidak sama dengan latihan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta
dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar untuk mencapai
tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi
lebih kekal dalam ingatan. Latih tubi tidak bertujuan untuk mengukuhkan
kefahaman terhadap sesuatu konsep tetapi mengukuhkan kemahiran.
Contohnya, pelajar yang diberi banyak latih tubi operasi darab boleh jawab
soalan yang melibatkan operasi darab dengan lebih cepat tetapi dia mungkin
tidak faham konsep darab.
5. Walaupun pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme adalah berpusatkan
pelajar, namun peranan guru juga amat penting. Kaedah konstruktivisme
memerlukan pelajar membina pengetahuan baru melalui interaksi dan juga
berdasarkan pengalaman. Guru hanya sebagai fasilitator tetapi guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
pelajar bertanya dan juga menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan
pembelajaran pelajar. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar
menerangkan kefahaman mereka supaya guru dapat mengesan kesilapan.

5 soalan:
1. Selain teknik penyoalan, apakah cara lain yang sesuai digunakan untuk
mengenalpasti sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak?

2. Bagaimanakah guru mewujudkan suasana atau persekitaran yang
menggalakkan pelajar bertanya?

3. Pengalaman sedia ada setiap individu adalah berbeza disebabkan banyak
faktor seperti persekitaran dan sebagainya. Kaedah konstruktivisme
memerlukan pelajar membina ilmu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka
Jadi, adakah kaedah ini sesuai digunakan untuk semua pelajar?

4. Bagaimanakah kita memastikan kaedah konstruktivisme dapat dijalankan
dengan berkesan dan betul-betul memberi faedah kepada pelajar?

5. Adakah kombinasi latih tubi dan konstruktivisme dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik lebih baik daripada menggunakan kaedah
konstruktivisme sahaja?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
5 poin:
1. KSSR mementingkan 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul.
Elemen penaakulan ditambah dalam kurikulum baru ini kerana penaakulan
penting untuk membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga
mengembangkan kapasiti pemikiran. Penaakulan dalam matematik tidak
hanya memerlukan pelajar menguasai konsep matematik, tetapi mereka perlu
berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep tersebut.
2. Dalam kurikulum baru ini, pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan
secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar
dalam pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri,
rakan sebaya dan kumpulan. Pentaksiran dijalankan oleh pelbagai pihak dan
dari sudut yang berbeza.
3. Trends pendidikan di sekolah pada zaman ini adalah mengaplikasi amalan
industri atau perniagaan di sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan
kecekapan pengurusan. Namun, amalan ini tidak sesuai kerana setiap individu
beremosi dan mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang berbeza.
4. Kurikulum baru tidak semestinya lebih baik daripada kurikulum lama.
Transformasi pendidikan perlu mengambil kira punca masalah di bilik darjah
seperti saiz kelas. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan, kurikulum baru
tidak akan dilaksanakan dengan efektif kerana punca masalah tidak
diselesaikan.
5. Kurikulum bukan faktor terpenting dalam membentuk pendidikan yang
berkualiti. Tidak kira bagaiamana sesuatu kurikulum berubah, faktor utama
yang mempengaruhi kualiti pendidikan ialah guru. Perkara yang penting sekali
di bilik darjah adalah bagaimana seseorang guru mengajar. Guru yang baik
akan terus belajar cara untuk memperbaiki kelemahannya mengajar, cara
berinteraksi dengan pelajar dan cara memahami mereka.

5 soalan:
1. Adakah pendidikan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar akan meningkat
dengan pelaksanaan KSSR?

2. Sebab yang diberi untuk pelaksanaan KSSR adalah kerana terdapat banyak
kelemahan pada KBSR. Apakah kelemahan yang ada pada KBSR yang
menyebabkan keperluan untuk mengubah kurikulum kepada KSSR?

3. Adakah kelemahan yang wujud disebabkan kurikulum tidak baik?

4. Bagaimana menjamin bahawa KSSR boleh dilaksanakan dengan efektif dan
kelemahan yang wujud semasa pelaksanaan KBSR tidak akan berulang?

5. Adakah semua pelajar boleh melepasi standard KSSR yang ditetapkan dalam
masa yang singkat sedangkan tahap pemahaman dan pembelajaran setiap
pelajar adalah berbeza?
Penggunaan ICT dalam Mengajar Matematik
5 poin:
1. Penggunaan ICT disertai dengan cara pengajaran yang betul boleh
menggalakkan pelajar berfikir secara optimum. Contohnya, geometers
sketchpad hanya menunjukkan graf tetapi jika guru pandai bertanya soalan,
pengajaran dan pembelajar akan lebih efektif.
2. Antara kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran ialah pelajar
mendapat maklum balas dengan cepat. Mereka boleh menguji kefahaman
sendiri dengan membuat latihan secara online dan mengesan kesilapan yang
dibuat dengan serta-merta. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
3. Namun, penggunaan ICT tidak sesuai untuk semua topik. Kadang-kala,
kaedah pengajaran tradisional iaitu penggunaan papan hitam adalah lebih
sesuai daripada penggunaan ICT kerana guru boleh menunjukkan setiap
langkah penyelesaian. Oleh itu, guru haruslah pandai memilih kaedah yang
sesuai.
4. Penggunaan ICT menyebabkan sesetengah guru terlalu bergantung kepada
courseware. Didapti sesetengah guru tidak mengajar dan hanya menunjukkan
courseware sahaja. ICT hanya sebagai alat bantu mengajar dan bukannya
untuk ganti guru.
5. Secara realitinya, guru tidak dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
mengikut kesesuaian setiap pelajar tetapi guru dapa menggunakan kaedah
yang berbeza tuntuk kelas yang berbeza.
5 soalan:
1. Bagaimanakah guru menjadikan pembelajaran lebih seronok untuk menarik
minat pelajar dalam sesuatu subjek?

2. Mengapakan guru disarankan menggunakan ICT dalam pengajaran semasa
pelaksanaan dasar PPSMI sedangkan kebanyakan pelajar lebih suka
pengajaran tradisional?

3. Adakah penggunaan ICT boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar
dalam Matematik?

4. Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian
pelajar?

5. Apakah langkah untuk mengatasi masalah teknikal dalam pengendalian
perkakasan ICT yang sering berlaku?
Pensijilan Guru Matematik
5 poin:
1. Kriteria profesion ialah memerlukan pelajaran tinggi dan latihan khas,
kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan
bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai
satu badan bebas yang mengawal kualiti.
2. Urusan bimbingan, latihan dan teladan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan ukuran utama hasil kerja seorang guru.
3. Antara perbezaan IPG dengan IPTA ialah kebanyakan pensyarah IPG
merupakan bekas guru, suasana pembelajaran di IPG serupa suasana di
sekolah, tempoh latihan mengajar yang lebih panjang, sukatan yang digunakan
di IPG sama seperti di sekolah dan terdapat kerjasama rapat antara IPG dengan
sekolah.
4. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan
diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah
pengajaran yang sesuai.
5. Seorang guru matematik bukan sekadar mempunyai pengetahuan matematik
sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan
teknik-teknik pengajaran yang betul.
5 soalan:
1. Mengapakah guru tidak diiktiraf sebagai profesion?

2. Adakah guru matematik terlatih mengajar dengan lebih berkesan daripada
guru matematik yang tidak terlatih?

3. Bagaimanakah dengan menghadiri kursus perguruan boleh menjadikan
seseorang guru lebih berkualiti dalam pengajarannya?

4. Apakah ciri-ciri penting yang perlu pada seseorang untuk membolehkannya
menjadi seorang guru yang baik?

5. Bagaimanakah guru mengaplikasikan ilmu yang diterima semasa menghadiri
kursus perguruan?

You might also like