You are on page 1of 70

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI







(BMM3110)


( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)








INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN







Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.






Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.







Cetakan Jun 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.






































Cetakan Jun 2010
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia



MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.



















Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i
Kata-Alu-aluan Rektor v
Panduan Pelajar vi
Pengenalan viii
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) ix
Tajuk Pembelajaran xi

Tajuk 1 Sintaksis
Sinopsis 1
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk
Kandungan Isi
Struktur Binaan Ayat
Pembahagian Subjek dan Predikat
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Susunan dalam Ayat
Tajuk 2 Sintaksis 6
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk-Tajuk
Kandungan Isi
Urutan Kata, Perpindahan Ayat
Ragam Ayat, Jenis Ayat
Sintaksis dan Aspek Tatabahasa
Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu 14
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk-Tajuk
Kandungan Isi
Konstituen Frasa Nama
KANDUNGAN

MUKA SURAT




Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam
binaan ayat Bahasa Melayu. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi 10
tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini
ialah Tajuk 1 dan 2 - sintaksis, Tajuk 3 frasa nama bahasa Melayu, Tajuk 4 - susunan
konstituen frasa nama bahasa Melayu, dan Tajuk 5 dan 6 frasa kerja bahasa Melayu,
tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu, tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu
dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu.

Secara umumnya tajuk- tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:

Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis, binaan ayat dalam bahasa Melayu,
pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang
berkaitan dalam binaan ayat.

Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. Tajuk ini membincangkan
konstituen frasa nama dan binaan frasa nama.

Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M, kekecualian hukum D-M serta kata
bilangan dan kata panggilan.

Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu.

Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu, susunan frasa adjektif, unsur
keterangan dan ayat komplemen.

Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi
nama, kedudukan frasa sendi nama dalam ayat, dan penggunaan kata sendi nama.

Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu. Tajuk ini berkaitan dengan ayat, klausa, frasa,
perkataan, ayat dasar, dan ayat tunggal.








AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30
jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Tajuk Kandungan Kuliah
(jam)
Modul
(jam)
Jumlah
(jam)
1 Sintaksis: Bidang Kajian
Struktur Binaan Ayat
Pembahagian Subjek dan
Predikat
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Susunan dalam Ayat

3 3
2 Sintaksis: Bidang Kajian
Urutan Kata, Perpindahan Ayat
Ragam Ayat, Jenis Ayat
Sintaksis dan Aspek Tatabahasa
yang Lain

3 3
3 Frasa Nama Bahasa Melayu
Konstituen Frasa Nama
Binaan Frasa Nama

3 3
4 Susunan Konstituen Frasa Nama
Bahasa Melayu
Peraturan D-M
Kekecualian Hukum D-M
Bilangan dan Panggilan

3 3
5 Frasa Kerja Bahasa Melayu
Binaan Frasa Kerja
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Binaan Frasa Kerja dengan
Objek

3 3
6 Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Frasa Kerja dengan Ayat
Komplemen
Unsur Keterangan dalam Frasa
Kerja

3 3

TAJUK 1

Sintaksis



SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:
Struktur binaan ayat
Pembahagian subjek dan predikat;
Ayat dasar dan ayat terbitan ;
Susunan dalam ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang
berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.
Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang
minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat
dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.
Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat
dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu
ayat.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan
subjek dan predikat

2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan
struktur subjek dan predikat dalam ayat.




KERANGKA TAJUK-TAJUK
=> Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat
=> Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi
sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.
=> Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat
dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.
=> Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran,
penyusunan semula dan peluasan.
Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan
mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya.
Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan
subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,
2006).
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur
dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).
Contoh binaan ayat:

Subjek Predikat
(1). Ali (FN) peniaga (FN)
(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)
(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)
(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)





1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat
Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau
beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi
unsur yang menerangkan subjek.

Contoh:
Subjek Predikat
(5). Amin
(6). Abang kandungku
(7). Pegawai kastam itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang berehat di bilik sebelah.
amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan
meletakkan subjek di belakang.
Subjek Predikat
(8). Guru besar di sekolah baru itu
(9). Sedang berehat di bilik sebelah
(10). Amat cekap
Amin.
abang kandungku.
pegawai kastam itu.

1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat . Ayat dasar
juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan
ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan
mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan
semula atau peluasan.

Contoh :
Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)
(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.
(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.
(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.
(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.
(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.



AKTIVITI

(i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.


LATIHAN

(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru
bahasa.
(ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu



BAHAN BACAAN


Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.














TAJUK 2

Sintaksis:
Urutan Kata, Perpindahan Ayat
Ragam Ayat, Jenis Ayat


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu;
Ragam ayat , jenis ayat
Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu

Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri
daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan
diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997).

Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan
binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang.
Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan
disentuh dalam bab ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam
binaan ayat.
2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.









KERANGKA TAJUK


2.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep
sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat
serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada
bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.

2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.
Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975).
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat.
Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy.
(2). Maniam itu baik sungguh.
(3). Kek lapis itu enak sekali.
Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas
terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau
kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga
memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh,
perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)


Sintaksis

Konsep kata dan
perpindahan ayat

Ragam Ayat,
Jenis Ayat

Aspek Tatabahasa

Paulus = Paul
Mariam =Mary
vidit = melihat

Dalam hubungan tersebut, akhiran us dan am menentukan kata nama subjek
dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak
menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu,
ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

b) Min aina anta ? (bahasa Arab)
Min = daripada / dari
aina = mana
anta = kamu (lelaki)

Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna
yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai
bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?
Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang
berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.


2.2 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan
lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang
tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu
unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada
ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa
nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

Contoh:
(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif)
(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)
(6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)
(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)
(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2.1 Ayat aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat
aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang
diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.


Contoh :
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
(9). Pekerja
(10). Budin
(11). Air mata
membaiki
membeli
membasahi
jalan itu.
buah durian.
pipinya.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Objek
(12). Kanak-kanak
(13). Ombak
(14). Diana
sedang mandi
memutih
menangis
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang malam.

2.2.2 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi
kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif
dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.



i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa
Nama
Keterangan
(15). Kereta itu
(16).Semak samun
sudah dibeli
dibersihkan
oleh Amin
oleh pekerja
minggu lepas
setiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif
dengan Ganti Nama Diri
Pertama atau kedua
Keterangan
(17). Kereta itu
(18). Kuih itu
sudah saya bersihkan
belum awak makan
pagi tadi.
lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama
(19). Rusa itu
(20). Budak itu
kena
kena
tembak
kejar
oleh pemburu.
oleh anjing.

3. Jenis Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis;
i) Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat
penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(21). Saya sudah memiliki kereta baru.
(22). Dunia ini penuh dengan dugaan.
(23). Dia pandai mengawal emosinya.

b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud
dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang
kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih
dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya.
Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan
menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.


AKTIVITI

1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh
yang sesuai.


LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu







BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.



























TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu




SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep Frasa Nama;
Binaan Frasa Nama bahasa Melayu;
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang
menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat
itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula
didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang
dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa
mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan
itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat
jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi
nama (FS).


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan definisi frasa nama dan;
2. menjelaskan binaan frasa nama.










KERANGKA TAJUK-TAJUK



3.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan
ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.

3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang
menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.
Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir
sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.
Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan
predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)
Contoh :
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
(1). Emak
(2). Emak Wan Seng
(3). Putrajaya
(4). Bandar Putrajaya
peniaga.
peniaga sayur.
bandar selamat.
bandar selamat.



Frasa Nama

inti + inti

inti + penerang
Struktur Frasa Nama (inti + inti)
Frasa Nama
Predikat Inti Inti
(5). Ibu bapa saling bantu-membantu.
(6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang)
Frasa Nama
Predikat Inti Penerang
(7). Atlet
(8). Pelajar
(9). Pegawai
(10). Anak
(11). Kucing
paralimpik
semester akhir
Jabatan Haiwan
yang soleh itu
jinak itu
meraih pingat emas.
menduduki ujian.
memberi ceramah.
baik akhlaknya.
menggigit makanan.

3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah
Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa
digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati
merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk
daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang
binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini
menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah
Hassan,1983).
Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:
Binaan Frasa
Nama
Penerang Inti Penerang


Inti + Penerang
Nama
Penerang nama
keturunan
askar
Suku bangsa
British.
Jawa.
Penerang nama
jenis
kucing
bunga
parsi.
mawar.

Penerang nama
kegunaan
serbuk
minyak
kari
pelincir
Penerang nama
penyambut
pemutar
penjaga
skru
pintu
Penerang nama
kelamin
pelakon
guru
lelaki.
wanita.
Penerang nama
tempat
pinggiran

pantai




Binaan Frasa
Nama

















Penerang
(Penentu
Hadapan)
Inti
(Bilangan+penjodoh
bilangan)
Penerang
(Inti)
tiga orang guru
lima buah kereta
tujuh dulang nasi minyak.
Penerang
(Penentu
belakang)
Inti Penerang
orang
rumah
itu
ini
Penerang kata
kerja
mesin
bilik
kira
menunggu
Penerang kata
adjektif
pengemis
kereta
muda
antik
Penerang frasa
sendi nama
baju
banglo
di jemuran
di desa.
Penerang
bilangan ordinal
tempat
tingkat
kedua
ketiga


Inti + inti
Inti + inti dengan
maksud sama erti
tubuh
bukit
badan
bukau
Inti + inti dengan
maksud
berlawanan
tuan
atas
hidup
puan
bawah
mati




AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.


LATIHAN

1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, atau akhbar tempatan.
2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?



BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.


TAJUK 4
Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu
Peraturan D-M
Kekecualian Hukum D-M
Bilangan dan Panggilan


4.0 Konstituen Frasa Nama
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek
yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa
Melayu :
Peraturan D-M (Hukum D-M)
Kekecualian Hukum D-M
Bilangan dan panggilan

4.1 Peraturan D M (Hukum D - M)
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan
menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang
hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang
hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa Nama
Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)
Askar
Budak
Pemain
Penarik
Penghantar
Pensyarah
Pakar
Doktor
Melayu
lelaki
boling
beca
surat
wanita
psikologi
veterinar



Contoh-contoh lain:
- sos cili (bukan cili sos)
- Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)
- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim)
- pisang goreng (bukan goreng pisang)
- kentang goreng ( bukan goreng kentang)
- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)
- sup kambing ( bukan kambing sup)
- nasi goreng (bukan goreng nasi)

4.2 Kekecualian Hukum D - M
Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan
penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat
pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan
pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti
sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris
sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan
terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam
konteks hukum D - M.
Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam
penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini
mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat
pengguna bahasa.
Contoh:
Penerang (M) Diterangkan (D)
Perdana
Ibu
Naib
Ketua
Timbalan
Naib
Pembantu

Menteri
Pejabat
Presiden
Hakim
Perdana Menteri
Presiden
Penyelaras
Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri
pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.
Contoh penggunaan dalam ayat:
(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.
(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.
(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.



4.3 Bilangan dan Panggilan
Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di
hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang
digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang
difokuskan dalam frasa.

Contoh :
lima ekor kuda
segolongan kecil peneroka
kelima-lima pendekar silat
sekumpulan penyelidik
segelintir pengundi
sejumlah wang
sebilangan besar pekerja
Contoh ayat:
(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.
(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.
(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.
(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan
berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);
i. Kata bilangan tentu
ii.Kata bilangan tak tentu
iii.Kata bilangan himpunan
iv.Kata bilangan pisahan
v.Kata bilangan pecahan; dan
vi.Kata bilangan tingkatan

Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus
terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.
Contoh:
satu = 1 empat = IV
dua = 2 sepuluh = X
Contoh ayat:
(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.
(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet
Malaysia.
(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.
(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .
Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.
Contoh ayat:
(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.
Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.
Contoh:
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima,
kesemua.
Contoh ayat:
(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
(35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.
(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses
memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah
sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Contoh ayat:
(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan
sukan.
(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.

Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada
jumlah keseluruhannya.
Contoh:
setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian
Contoh ayat:
(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.
(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.
(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.

Kata Bilangan Tingkatan
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna
taraf tingkatan bilangan.
contoh:
pertama, kedua, ketiga , keseribu.

contoh ayat:
(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.
(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4 Panggilan / Kata Panggilan
Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang
hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti
Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata
nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu
bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz
Datuk Sagor Tunku Kamalia
Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah
Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff
Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal
Contoh ayat :
(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di
Perak.
(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung
pengurusan haji di Malaysia.
(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.














AKTIVITI

1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D M.



LATIHAN

1. Apakah maksud hukum D-M?
2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai
berdasarkan Hukum D- M.

a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.
b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.
c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.
d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari.
e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.
f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.
g) Sport rim kereta itu milik Romli.



BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.





TAJUK 5

Frasa Kerja Bahasa Melayu
Binaan Frasa Kerja
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Binaan Frasa Kerja Dengan Objek


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja

Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan
objek

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang
menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu
tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola
ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada
sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama,
iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa
nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN),
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1)

Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan
objek (1.6)









KERANGKA TAJUK-TAJUK



5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa
Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa
kerja berfungsi sebagai predikat.


5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata
kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat
biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam
sesuatu ayat dalam binaan predikat.








Frasa Kerja(Predikat)



Frasa kerja
(tanpa objek)

Frasa Kerja
(dengan objek)
Contoh :
Ayat
Subjek Predikat Frasa Kerja
(1). Emak
(2). Emak Ahmad
(3). Pemuzik itu
(4). P.Ramlee
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu itu.

5.2 Binaan Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja
tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja
tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai
objek (penyambut) untuk melengkapkannya.

5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek)
dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.

Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur,
terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh
frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur
pelengkap dan penerang.
Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.
Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk
melengkapkan kata kerja tersebut.

5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif
mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang
memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Penyambut
Menaikkan bendera
menganyam tikar
membaiki radio

Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12). Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa
yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh
terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa
menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses
membina sesuatu ayat.

Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 24)
(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama
(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian, tangan, produk , bulu tangkis dan isu pendidikan ialah objek yang
mesti hadir selepas kata kerja transitif.
















AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek



LATIHAN

1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, atau akhbar tempatan.



BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.











TAJUK 6

Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur
keterangan dalam frasa kerja.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat.
Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa
bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di
hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata
bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang
menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen
dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen
dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)

















KERANGKA TAJUK-TAJUK



6.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam
bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa,
frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai
unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal
ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek
masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata
bantu aspek.
Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan.
Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah)
(1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.
(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum)
(4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.
(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.


Frasa Kerja
(Predikat)


Frasa kerja
(didahului kata bantu aspek, dan
kata bantu ragam)
Frasa kerja
(dengan ayat komplemen)

Kata Bantu
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
Memerihalkan masa lampau, kini, atau
masa hadapan.
Contoh :
telah, sudah, sedang, masih, akan, belum
Memerihalkan perasaan ketika melakukan
perbuatan.
Contoh:
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan
dapat

6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek
perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang
memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
Contoh ayat:
(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.
(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.
(8). Dia harus pulang ke kampung segera.
(9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar.
(10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh.
(11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.

6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima
pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan
sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif
atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja
jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga
dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat
majmuk
Contoh :
(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen
(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu
untuk kesihatan minda.
(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan
komando.
(14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat
sampai ke destinasi.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur,
terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya
membentuk ayat majmuk.
(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen
(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
(17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.
Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.
Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya
membentuk ayat majmuk.

6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang
memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur unsur
biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas
objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi
nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang
menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat
dibahagikan kepada lapan jenis:
(i) Keterangan tempat atau arah
(ii) Keterangan waktu
(iii) Keterangan cara
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
(v) Keterangan alat
(vi) Keterangan penyertaan
(vii) Keterangan hal
(viii) Keterangan bagai
Huraian:
(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.
Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam
unsur keterangan ini.
Contoh:
(18) Dia belajar di universiti.
(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.
(21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.
(ii) Keterangan waktu
Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu
bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam
, sejak dan hingga
bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,
Contoh :
(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.
(23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.
(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.
(iii) Keterangan cara
Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.
Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi
kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda nya.
Contoh :
(25) Air sungai mengalir deras.
(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.
(26) Azman berlari pantas.
(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.
(27) Menteri berjalan megah.
(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan
Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan
atau kejadian.
Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.
Contoh :
(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
(29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
(30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.


(v) Keterangan alat
Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam
sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api
(32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.
(33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan
Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan
diri.
Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
(34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya.
(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa
surau.
(36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

(vii) Keterangan hal
keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
Contoh:
(37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.
(38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
(39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai
Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
(40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi .
(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung .
(42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
(43) Hidungnya mancung bak seludang.


6.5 Kesimpulan
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-
unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam
pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.


AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa
kerja.


LATIHAN

1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan
predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya
v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa
ix. memikirkan x. mendirikan



BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

TAJUK 7

Frasa Adjektif Bahasa Melayu
- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
- Penguat
- Kata Bantu dalam Frasa Adjektif


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif
Penguat
Kata bantu dalam frasa adjektif


Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.
Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata
adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai
predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut
sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut
sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang
berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu,
unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa
adjektif bahasa Melayu ini.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)

Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.
(1.2)










KERANGKA TAJUK-TAJUK



7.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam
bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat
atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi
sebagai predikat.


7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa
adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif
boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata
adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal
yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan
unsur pengisian dalam frasa adjektif.







Frasa Adjektif



Binaan Frasa Adjektif :
Unsur Pengisi Frasa
Adjektif


Penguat


Kata Bantu dalam Frasa
Adjektif
Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa
adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada
unsur-unsur berikut :
[kata bantu + penguat + kata adjektif]
Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
sudah
-
belum
masih
-
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
tua
prihatin
masak
awal
baik
-
-
benar
-
-


Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan
mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di
belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus
tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.


7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan
satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
(2) . Salim sangat rajin.
(3) . Guru pelatih itu cergas
(4) . Dia kelihatan ceria.
(5) . Penglihatannya kabur.
(6) . Tanamannya subur.





7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang
menggunakan dua kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah
(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung

7.2 Penguat
Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya.
Terdapat tiga jenis penguat:
(i) Penguat hadapan
(ii) Penguat belakang
(iii) Penguat bebas
Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
(7) . Rumahnya terlalu besar.
(8) . Lukisan itu paling cantik.
Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif
seperti sekali, benar, nian
(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali.
(10) . Kereta lembu itu lambat benar.
(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian.
Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di
hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(12) . Kubah masjid itu amat besar.
(13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa
adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
(14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .
(15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.


7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu
tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh
disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.
Contoh:
(16). Anaknya sudah besar.
(17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.
(18). Pekerja yang berkualiti harus cekap.
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya:
masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh
telah pandai
Contoh:
(19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh.
(20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
(21). Pekerja baru itu belum sangat cekap.
(22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda.
(23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.






AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.



LATIHAN

1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah.

SAJAK : SEBUAH PERSOALAN

Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu?
yang hanya semalam belajar bertatih
dan jatuh kembali,
di bumi Gaza ini,

jatuh bangunnya,
letih lesunya,
penat lelahnya
dihiasi air matanya berderai
tangisnya mohon belas kasihan
sedu-sedannya tanda kesedihan
wajahnya pucat, hatinya cemas
langkahnya kian tidak cergas.

Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis,
bahawa kau juga pernah jadi anak kecil
hidupmu sangat sederhana
kautidur berselimutkan langit gelap
impianmu sangat suram.

Mungkin rasa ihsan
sudah terhakis dari dalam dirimu
hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak
lantaran amarah yang membakar hati
lantas kau tegar menyusun langkah pantas,
untuk memijak sesiapa jua
dengan mata yang merah menyinga,
menampar muka mendabik dada
langkahmu pantas sungguh,
hingga akhirnya
kau terpijak kakimu sendiri
dan jatuh tersungkur menyembah bumi.

Oleh:
ESA ALHAJ
Johor Bahru.








BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
































TAJUK 8

Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Frasa Adjektif Bahasa Melayu

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam
mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata
adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang demikian membuktikan bahawa
kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan
frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur
penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh
hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan
dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan
melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta
frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa
objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata
bantu.(1.2)

Menghuraikan ayat komplemen.(1.2)






KERANGKA TAJUK-TAJUK



8.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen.
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa
adjektif berfungsi sebagai predikat.



8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa
adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam
hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang
mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di
belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat
sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.






Frasa Adjektif




Susunan Frasa Adjektif dalam
Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat
Komplemen
Contoh :
8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini,
frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Stadium itu sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa
adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-
unsur berikut :
[kata bantu + kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses
penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
(2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan.
Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan
adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh:
Subjek Predikat


(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai itu
(7). Pemuzik
(8). Kucing itu
Frasa Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.

8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah
sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa Nama
Kata Nama Kata Adjektif
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal



8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat
komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:
(9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam
acara boling.
(11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah
sementara.
(12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.










AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.


LATIHAN

1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini.

Subjek
Predikat
Frasa Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)









BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.


Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.





TAJUK 9

Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu
Binaan Frasa Sendi Nama
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Frasa Sendi Nama
Binaan Frasa Sendi Nama
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama
dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata
sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang
mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).
Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama
atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan
melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat .
Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1)

Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6)





KERANGKA TAJUK-TAJUK



9.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam
ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang
mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya.

9.1 Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh
bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama
terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag
menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
(Nik Safiah Karim et.al,2008)
Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.
(Abdullah Hassan et.al 2006).
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada ,
pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa
sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata
bantu aspek.




Frasa Sendi Nama




Binaan Frasa Sendi
Nama
Kedudukan Frasa
Sendi Nama dalam
Ayat
Penggunaan Kata
Sendi Nama
Contoh :
9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola
kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai
satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di
ke
dari
daripada
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
Tuan Jana Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah

9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata
nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama
arah.
Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama
(i) di
(i) di
(ii) ke
(ii) ke
(iii) dari
(iii) dari
dalam
-
dalam
-
belakang
-
takungan
takungan
kolam
kolam
pentas
pentas

9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan
keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut
kesesuaian ayat.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Keterangan Kata Nama Arah Frasa Nama
(i) di
di
(ii) ke
ke
(iii) dari
dari

atas
-
luar
-
bawah
-

pentas
pentas
garisan
garisan
rumah
rumah
pada saat itu.
-
dengan bergaya
-
dengan kayu
-


9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat
lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.
9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1). Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2). Kolam ikan di tepi taman.
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.
(4). Kerusi itu daripada kayu jati.
(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6). Bahaman daripada keluarga seni.
9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur
keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara
pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.
Contoh:
(i) Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
(7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)


(ii) Keterangan bagi frasa adjektif
Contoh :
(14) John segak seperti model. (keterangan bandingan)
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)
(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)
(22) Lagu oleh Dato Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama
Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi
nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata
hubung dan, atau, tetapi.
Contoh:
(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
(26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.
Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara
pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah:
(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata
bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan akan.
Contoh :
(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)
Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan
kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat
dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya,
frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat.





AKTIVITI

(Aktiviti kumpulan)
1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama.



















LATIHAN
(Aktiviti individu)
1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di
bawah.
Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama
Frasa Nama
Keterangan Kata Nama Arah Frasa Nama














BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.


TAJUK
10

Ayat Bahasa Melayu
Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan
Ayat Dasar
Ayat Tunggal



SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan
Ayat Dasar
Ayat Tunggal


Ayat Bahasa Melayu

Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta
mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan perkataan
mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat
penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan
seruan dan sebagainya.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan
tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan
dalam ayat .


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1)

Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6)



KERANGKA TAJUK-TAJUK



10.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek
ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.

10.1 Ayat

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang
disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan
disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap
satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan
predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan
seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam
predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok
perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan

Ayat Bahasa Melayu




Ayat, Klausa, Frasa,
Perkataan

Ayat Dasar

Ayat Tunggal

perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah
hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.
(2) Rumah langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut.
Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat
tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.

10.2 Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang
menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada
dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya
boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan
intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan
et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu
mendokong makna lengkap serta mendokong ciri ciri ayat yang sempurna.

10.3 Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama
boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa
ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam
struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya
untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasa
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurung
Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari.
Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju,
baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.

Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam
sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.

10.4 Perkataan
Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang
mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008)
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang
mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti
kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan
sebagainya.
Contoh:
kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi

10.5 Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain
berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat
yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.


Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS
Pola Subjek Predikat
Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur.
Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat.
Pola 3 (FN + FA) Marlina sungguh pandai
Pola 4 ( FN + FS) Muzium di Pusat Islam.
Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan
tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola Subjek Predikat
Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur negara.
Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat di bilik
Pola 3 (FN + FA) Adik Marlina sungguh pandai
Pola 4 ( FN + FS) Muzium warisan di Pusat Islam Kuala
Lumpur.

10.6 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat
tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu
predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal
mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal
dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan
dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen
satu subjek dan satu predikat.
Contoh:
Subjek Predikat
(1). Bapa saudara Ali
(2) Peninju itu
(3) Darwis
(4) Wahab
pensyarah.
sangat tangkas.
membaca kitab jawi.
ke kedai runcit.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti
predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:
(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.
(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

(6) (a) Baju itu di dalam almari.
(b) Di dalam almari baju itu.
(7) (a) Kuih itu dimakannya.
(b) Dimakannya kuih itu.
(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya.
(b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat
dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur
bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik
dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.


AKTIVITI

1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif


LATIHAN

1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal.
2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan
memberikan contoh-contoh yang sesuai.










BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

You might also like