You are on page 1of 11

1

PENGENALAN

Air merupakan satu daripada sumber semulajadi yang memainkan peranan yangsangat penting
dalam kehidupan manusia. Bekalan air adalah kritikal untuk kehidupandimana fungsi asas
masyarakat juga memerlukan air contohnya untuk kebersihan iaitukesihatan awam. Jumlah air di
bumi mengikut kajian ialah 1.4 x 10km. pada 93permukaan bumi 92.7% adalah air laut, 2.05%
adalah air ais dan 0.65% ialah airpermukaan. Walaupun boleh dikatakan bekalan air mencukupi
untuk semua negara didunia pada masa sekarang tetapi kita perlu memikirkan risiko kekurangan
sumber air pada masa akan datang.
Mengikut Malaysian Standards, MS 1228 kadar keperluan purata kegunaan air untuk satu orang
ialah 225liter/seorang/sehari. Kadar ini bergantung kepada waktu dantempat. Air digunakan
untuk pelbagai jenis kegunaan yang boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu
kegunaan aktiviti harian oleh orang awam domestik,kegunaan industri dan perbandaran,
kegunaan bomba dan kehilangan dan pembaziran air juga harus diambil kira. Dua sektor utama
dalam pengunaan air ialah kegunaan isirumah dan kegunaan industri.
Rawatan Air
Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan
air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu
diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak
menyenangkan.
Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan
diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan
dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.



2

AIR SISA
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar.
Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan.
Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita
tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin
memudaratkan kehidupan manusia.
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik
yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam
sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang
terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat
kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-
sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang
membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni
biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-
hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,
penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber
air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran
air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata.
Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.
Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar.
3

Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal
dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air
sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran
air laut.

RAWATAN AIR SISA



Gambar rajah rawatan air kumbahan
Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada
bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya dibahagikan kepada
tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk
mengawal air kumbahan industri ialah dengan mengawal selia puncanya di sesebuah kilang
berkenaan, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan
berbeza atau air kumbahan boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna
semula atau dibuang terus.
Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan selamat
digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau minimum kesan air
kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada alam sekitar.
Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa tanggungjawab
masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat bekerjasama untuk
4

meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan secara bersepadu dengan memahami,
membina dan menguruskan strategi pengawalan pencemaran adalah amat penting untuk
memastikan kejayaannya



KAEDAH MERAWAT AIR SISA

Air dari sungai dipam melalui Muka Sauk. Muka Sauk ialah bangunan yang dibina di tebing
sungai dimana pam jenis 'Submersible' yang dipasang padanya akan mengepam air mentah ke
loji air. Ianya adalah proses pertama bagi rawatan air. Di Muka Sauk ini, pam air mentah akan
beroperasi pada paras air yang mencukupi dan berhenti sekiranya paras air terlalu rendah. Ini
merupakan sistem perlindungan bagi setiap pam untuk mengelakkan kerosakan.
5

Dari Muka Sauk air mentah dipam melalui paip yang ditanam dalam tanah ke 'Aerator'. Air
mentah akan memancut ke udara di Aerator dimana akan berlaku proses pengudaraan. Air
pancutan tersebut akan jatuh semula ke dalam Aerator yang bertingkat yang mana kemudiannya
disalurkan ke Tangki Pengentalan (Floculation Channel). Terlebih dahulu dua jenis bahan kimia
dimasukkan ke dalam air mentah iaitu Kapur (Hydrated Lime) dan Larutan Tawas (Alluminium
Sulphate). Larutan Kapur digunakan untuk menaikkan nilai pH air mentah, manakala Larutan
Tawas adalah untuk pengentalan keladak-keladak halus.

Aerator (Sistem Pengudaraan) dan Metering Pump
Air mentah yang telah dicampurkan dengan Larutan Kapur dan Tawas seterusnya disalurkan ke
Tangki Pengentalan dimana air akan melalui tiga peringkat pengaliran dengan velositi yang
berbeza. Setiap peringkat aliran mengandungi halangan dalam bentuk susunan Kayu Chenggal
yang menegak yang disusun secara rapat pada peringkat pertama, sedikit renggang pada
peringkat kedua dan renggang pada peringkat ketiga. Diperingkat awal keladak halus dapat
dilihat dan velositi air adalah tinggi. Diperingkat pertengahan saiz keladak mula membesar dan
velositi agak mula perlahan. Manakala diperingkat akhir, keladak telah membesar dan velositi air
adalah rendah. Kelihatan keladak air yang besar perlahan-lahan dibawa air menuju ke Tangki
Mendap.

6

Seterusnya air dengan keladak yang membesar memasuki Tangki Mendap yang bertingkat.
Disini keladak makin membesar dan menjadi besar hingga memaksanya mendap ke bawah
tangki. Di sini air kelihatan agak jernih kerana ketiadaan keladak yang besar.

Tangki Mendap
Air yang telah hening kemudian mengalir ke Tangki Penapisan. Tangki Penapisan mengandungi
dua grade pasir halus, nozzle dan rangkaian paip angin dibawahnya. Fungsi Tangki Penapis ialah
untuk menapis keladak-keladak halus yang tidak mendap semasa di Tangki Mendap. Apabila
kadar penapisan menurun kerana tersumbat, maka pencucian penapis dilakukan. Pencucian
dimulakan dengan melepas angin dari bawah lapisan pasir melaui paip-paip PVC. Tujuannya
adalah untuk melepaskan keladak-keladak halus yang terlekat di dalam pasir-pasir penapis.
Selepas lima minit, angin diberhentikan dan air dibersihkan. Seterusnya dilepaskan dari bawah
lapisan pasir melalui proses 'Reverse Flow'. Apabila air mengalir dari bawah ke atas, ianya akan
membawa/menolakke atas keladak-keladak dalam bentuk lumpur. Masa ini kelihatan lumpur
keluar dari dalam pasir. Proses ini berlanjutan sehingga kelihatan lapisan atau pasir dan lebih
kurang lima minit.

Tangki Penapis
7

Air yang telah ditapis dari Tangki Penapis ini kemudiannya disalurkan ke tangki air bersih
dimana Larutan Chlorin dicampurkan untuk tujuan Nyahhama ( Disinfection ).

Air dari tangki itu kemudian dipam dengan menggunakan 'High Lift Pump' ke tangki-tangki
simpanan dan seterusnya untuk agihan kepada pengguna.


Perawatan: Sebelum Pengklorinan (Pre-Chlorination)
Klorin (Cl2) kadang-kala ditambahkan ke dalam air masukan untuk mengawal masalah rasa dan
bau, atau untuk mengawal pertumbuhan alga di dalam Loji Perawatan.
1.Pembauran:Sebelum Kapur dan Tawas ( Pre-Lime and Alum)
Kapur dimasukkan untuk menyesuaikan keasidan air supaya proses perawatan lebih berkesan.

2.Penggumpalan(Flocculation)
Terdapat zarah di dalam air mentah yang perlu disingkirkan. Banyak zarah yang terlalu kecil lalu
tidak boleh enap. Di dalam air, zarah-zarah ini mempunyai cas negatif dan oleh sebab
8

mempunyai cas yang sama,zarah-zarah ini tidak boleh bergabung. Bahan gumpal, sejenis bahan
kimia yang bercas positif dimasukkan ke dalam air yang akan menarik zarah di dalam air
mentah. Oleh itu, zarah yang lebh besar terbentuk dan cukup berat untuk enap.
3.Pengelompokan(Coagulation)
Penggumpalan dan pengelompokan dibantu oleh penambahan polimer, satu rantaian panjang
molekul yang boleh membuatkan kelompok lebih berat oleh tarikan kimia pada kelompok.
Selepas pengelompokan, kelompok yang lebih berat perlu waktu untuk tenggelam. Ini dilakukan
di dalam tangki pemendapan dan dipanggil proses pemendapan.

4.Pemendapan(Sedimentation)
Pemendapan berlaku di dalam tangki besar, di mana air mengalir perlahan dan kelompok
mempunyai waktu untuk tenggelam ke bawah dan disingkirkan.


9

5.Penurasan(Filtration)
Turas di loji perawatan air mengandungi lapisan pasir. Zarah yang kecil tidak dapat melalui turas
kerana melekat pada pasir.Air melalui pasir dan apabila air sampai ke bahagian bawah, ia
dikumpulkan dan bergerak semula. Selepas beberapa waktu, terdapat banyak zarah yang melekat
pada pasir dan pasir akan tersumbat serta perlu dibersihkan melalui kaedah cuci balikan
(backwash). Air jernih beserta udara dipam melalui jalan masuk yang bertentangan pada
kelajuan yang tinggi untuk membersihkan turas. Zarah yang melekat pada pasir akan terungkai
dan timbul ke permukaan. Air ini dikumpulkan dan menjadi air sisa. Air berturas melalui dua
peringkat perawatan sebelum sampai ke tangki air jernih.

6.Pengagihan Bekalan Air
Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang
bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan
menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem
pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi
tujuan pembekalan air.


10

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar. Langkah-langkah untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar perlu dilakukan. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara
rakyat Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar
hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana
kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting
bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke
arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan
keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Rujukan
http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/ciri-ciri-air-tercemar.html
http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/kaedah-perawatan-air.html
http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html
http://mizcivilengineering.blogspot.com/2012/07/kaedah-rawatan-air.html
http://airkelantan.com.my/makmal-pusat/proses-rawatan-air-di-loji.html
http://kelascikguazmi.blogspot.com/2011/11/langkah-langkah-menjaga-alam-sekitar.html
http://azimaniza.blogspot.com/2012/03/karangan-terhangat-langkah-menjaga.html
http://alamsekitarbmp.blogspot.com






11

Lampiran
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN


KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN LOJI

LOGI RAWATAN AIR SISA

You might also like