You are on page 1of 2

ABSTRAK

Pengkaji menghadapi masalah apabila murid-murid kurang bersedia dari segi fisiologi dan
kesannya mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya perlakuan atau kemahiran yang
disampaikan. Ini kerana kaedah pengajaran yang digunakan semasa fasa permulaan iaitu fasa
memanaskan badan secara tradisional serta aktiviti yang sama digunakan berulang-ulang kali
menyebabkan murid berasa bosan dan tidak berminat seterusnya menyebabkan murid tidak
bersedia dari segi fisiologi untuk mengikuti sesi fasa perkembangan. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk meningkatkan kesediaan fisiologi dalam Pendidikan Jasmani melalui kaedah
Teaching Games For Understanding (TGFU) warm-up dalam kalangan murid tahun 6. Teori
Bunker dan Thorpe telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dan mengekalkan
minat mereka sendiri dengan seronok bagi mengatasi masalah ketidaksediaan murid dari aspek
fisiologi. Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid dari salah sebuah sekolah di Tuaran,
Sabah. Sebanyak tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan
rakaman video. Bagi meningkatkan kesediaan fisiologi murid, pengkaji telah melaksanakan
intervensi yang menggunakan kaedah TGFU warm-up. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan borang pemerhatian berstruktur dan temu bual dilaksanakan dengan solan
berstruktur jenis tertutup. Data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang positif dalam kesediaan fisiologi murid
dengan menggunakan kaedah TGFU warm-up.

You might also like