You are on page 1of 7

Disediakan oleh:

Chan Zhi Yun (Pra 2)


Saya minta maaf! kata pensel kepada pemadam.
Untuk apa pensel? Kamu tak buat salah pun. kata
pemadam.

Pensel: Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera.
Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ
untuk membetulkan kesilapan saya.
Tetapi, setiap kali awak memadam kesilapan saya,
awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak
menjadi semakin kecil, kata pensel kepada pemadam.

saya langsung tak kisah
tentangnya kerana saya
dibuat untuk
membetulkan kesilapan
yang awak buat.
Walaupun suatu hari
nanti saya tahu yang saya
pasti akan hilang,
saya berbangga dengan
kerja saya ini. Jadi
janganlah risau., kata
pemadam kepada pensel.

Ingatlah, ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai
pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa
berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita
lakukan.Mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-
anak mereka.Selagi mereka hidup, hargailah jasa mereka.

You might also like