You are on page 1of 4

Prinsip pertama bagi yang perlu kita selami ialah dengan mempercayai bahawa

setiap perkara realiti perlu bergantung kepada tiang asas moral. (Martin Luther King)
Moral ialah suatu nilai tetapi adakah semua nilai itu moral? Untuk menjawab soalan
ini, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai'. Moral berasal dari
perkataan Latin iaitu moralis yang bermaksud tingkahlaku yang sejajar dan sesuai
dengan tatasusila dan peraturan sesebuah masyarakat.Terdapat beberapa ciri nilai
iaitu nilai yang ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau
kumpulan. Contohnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan
menunjukkan nilai tersebut dalam pertuturan dan perlakuannya. Dia juga akan
mempertahan nilai tanggungjawab pada dirinya serta mengkritik orang lain yang
bersikap tidak bertanggunjawab. Moral berasal dari perkataan Latin iaitu moralis
yang bermaksud tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan
peraturan sesebuah masyarakat (Ashmore, 1987). Kamus Oxford Advance
Learners, Edisi Keenam menyatakan moral sebagai kesedaran tentang tingkah laku
betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat
praktikal.Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan
masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet(1979)
mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan
masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang. Nilai moral
mampu membawa kepentingan dalam pembangunan institusi kemasyarakatan
antaranya ialah menepati fitrah, menggalakkan fitrah, menghalang kejahatan,
mewujudkan dan mengekalkan keamanan, penerus tamadun manusia,
menyempurnakan peribadi manusia dan mengekalkan status manusia. Nilai
merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak
diharapkan. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif
berbanding dengan nilai malas yang tidak diharapkan serta negatif. Ada
kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu berbanding dengan nilai
lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain. Nilai bertindak
sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam
sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada
seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah
bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.

Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta
membuat keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik,
keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang
dihadapi. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan
seseorang. Menurut kamus, nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara
boleh dilihat dari segi harga yg boleh dikira dgn aritmetik dan kualiti intrinsik. George
Lundberg mendefinasikan nilai sebagai semua objek mempunyai nilai dan manusia
bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak
kepunyaan individu. Manakala menurut Clyde Kluckhorn pula, nilai merupakan satu
`preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial,
mahupun mengenai matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap
orang kerana tingkahlaku atau nilai individu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat
Malaysia. Terdapat beberapa tujuan dalam mengaplikasikan nilai dalam kehidupan
seharian kita contohnya seperti, menghormati kebaikan dan membenci keburukan,
menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas-tugas, menghasilkan
perkhidmatan yang bermutu, melatih diri dengan disiplin dan menjalankan amanah
dengan dedikasi. Teori moral merangkumi sejumlah pendekatan bagi memahami
bagaimana, kenapa, dan pada taham apa seseorang patut menilai sesuatu;
samaada ia adalah seseorang, idea, objek, atau sesuatu yang lain. Penyiasatan ini
bermula pada falsafah silam, di mana ia dikenali sebagai axiologi atau ethik.
Penyiasatan ahli falsafah awal mencari pemahaman buruk dan baik dan konsep
"baik". Terdapat beberapa teori-teori perkembangan moral namun antara pengkaji-
pengkaji ilmu psikologi manusia antaranya Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg.
Dalam bukunya The moral judgement of the Child (1923) Piaget menyatakan bahawa
melalui aspek kesedaran moral, anak mengalami perkembangan dari satu tahap
yang lebih tinggi. Pertanyaan yang berlatarbelakangkan pemerhatian Piaget adalah
bagaimana fikiran manusia menjadi mampu dilatih untuk mematuhi peraturan. Ia
mendekati persoalan itu dari dua sudut. Pertama kesedaran akan kewujudan
peraturan iaitu sejauh mana peraturan dianggap sebagai pembatasan dan kedua,
pelaksanaan dari peraturan itu. Piaget mengamati anak-anak bermain kelereng,
suatu permainan yang lazim dilakukan oleh anak-anak diseluruh dunia dan
permainan itu jarang diajarkan secara formal oleh orang dewasa. Dengan demikian
permainan itu mempunyai peraturan yang jarang atau malah tidak sama sekali ada
campur tangan orang dewasa. Dan melalui perkembangan umur, orientasi
perkembangannya turur berkembang dari sikap heteronom iaitu kepercayaan
bahawasannya peraturan itu berasal dari diri orang lain menjadi otonom 9 dari dalam
diri sendiri. Pada tahap heteronom anak-anak menggangap bahwa peraturan yang
diberlakukan dan berasal dari bukan dirinya merupakan sesuatu yang patut dipatuhi,
dihormati, diikuti dan ditaati oleh pemain. Pada tahap otonom, anak-anak
beranggapan bahwa perauran-peraturan merupakan hasil kesepakatan bersama
antara para pemain. Anak-anak pada usia paling muda hingga umur 2 tahun
melakukan aktiviti bermain dengan apa adanya, tanpa aturan dan tanpa ada hal
yang patut untuk mereka patuhi. Pada tahap ini mereka belum menyedari adanya
peraturan yang koersif, atau bersifat memaksa dan harus di taati. Dalam
pelaksanaannya peraturan kegiatan anak-anak pada umur itu merupakan aktiviti
motor. Anak-anak pada umur antara 2 sampai 6 tahun mereka telah mulai
memperhatikan dan bahkan meniru cara bermain anak-anak yang lebih besar dari
mereka. Pada tahap ini anak-anak telah mulai menyadari adanya peraturan dan
ketaatan yang telah dibuat dari luar dirinya dan harus ditaati dan tidak boleh
diganggu gugat. Pada tahap ini anak-anak cenderung bersikap egosentris, mereka
akan memandang sangat salah apabila aturan yang telah ada di ubah dan
dilanggar. Dan ia meniru apa yang dilihatnya semata-mata demi untuk dirinya sendiri,
tidak tahu bahwa bermain adalah aktiviti yang dilakukan dengan anak-anak lainnya.
Meskipun bermain dilakukan secara bersama sama namun sebenarnya mereka
bermain secara individu, sendiri-sendiri dengan melakukan pola dan cara yang
mereka sendiri. Pelaksanaan yang bersifat egosentris merupakan tahap peralihan
dari tahap yang individualistik murni ke tahap permainan yang bersifat social. Anak
pada usia 7-10 tahun beralih dari kesenangan yang semata-mata psikomotor kepada
kesenangan yang didapatkan dari persaingan dengan kawan main dengan mengikuti
peraturan-peraturan yang berlaku dan disetujui bersama. Walaupun sebenarnya
tidak faham akan peraturan sampai hal yang paling kecil namun keinginan untuk
bekerja sama dengan kawan bermain amatlah besar. Anak ingin memahami
peraturan dan bermain dengan setiap mengikuti peraturan itu. Pada tahap ini sifat
heteronom berangsur menjadi otonom. Pada usia 11 sampai 12 tahun kemampuan
anak untuk berfikir abstrak mulai berkembang. Pada umur umur itu, kodifikasi (
penentuan) peraturan sudah dianggap perlu. Kadang-kadang mereka lebih tertarik
pada soal-soal peraturan daripada menjalankan permainannya sendiri. Lawrence
Kohlberg telah menemukan satu teori yang diguna pakai oleh hampir kebanyakan
masyarakat bagi menjadi kayu pengukur dalam konsep moraliti yang cuba
diaplikasikan kedalam kehidupan. Kohlberg menyatakan tahapan perkembangan
moral adalah ukuran dari tinggi rendahnya moral seseorang berdasarkan
perkembangan penalaran moralnya. Teori ini berpandangan bahawa penalaran
moral, yang merupakan dasar dari perilaku beretika , mempunyai enam tahapan
perkembangan yang dapat dikenalpasti. Ia mengikuti perkembangan dari keputusan
moral seiring penambahan usia yang semula diteliti Piaget, yang menyatakan
bahawa logik dan moral berkembang melalui tahap-tahap konstruktif. Kohlberg
memperluaskan pandangan dasar ini, dengan menentukan bahawa proses
perkembangan moral pada prinsipnya berkaitan dengan keadilan dan
perkembangannya berterusan selama kehidupan, walaupun ada dialog yang
mempersoalkan implikasi falsafah dari penyelidikan. Teori Kohlberg boleh
diringkaskan dengan empat konsep asas. Yang pertama ialah, perkembangan moral
terjadi secara berurutan dari satu tahap ke tahap berikutnya. Yang kedua ialah,
dalam perkembangan moral orang tidak memahami cara berfikir dari tahap yang
lebih dari dua tahap diatasnya. Yang ketiga ialah, dalam perkembangan moral,
seseorang secara kognitif tertari pada cara berfikir dari satu tahap diatas tahapnya
sendiri. Anak dari 2 tahap 2 merasa tertarik kepada tahap 3. berdasarkan inilah
kohlber percaya bahwa moral reasoning dapat dan mungkin diperkembangkan.
Manakala yang keempat pula dalam perkembangan moral, perkembangan hanya
akan terjadi apabila diciptakan suatu diequilibrium kognitif pada diri si anak didik.
Sesorang yang sudah mapan dalam satu tahap tertentu harus diusik secara kognitif
sehinga ia terangsang untuk memikirkan kembali prinsip yang sudah dipegangnya.
Kalau ia tetap tenteram dan tetap dalam tahapannya sendiri, maka tidak mungkin
ada perkembangan.

You might also like