You are on page 1of 2

9/22/14, 11:47 AM Pengelasan Ilmu Menurut Tradisi Islam Patut Dihidupkan Semula

Page 1 of 2 http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/992-iknowledge-should-be-revived.html?tmpl=component&print=1&page=
Pengelasan Ilmu Menurut Tradisi Islam Patut Dihidupkan
Semula
Jumaat, 09 Mac 2012 10:24
Oleh Shahfizal Musa
Pix Shahiddan Saidi
BANGI, 7 Mac 2012 Pengelasan Ilmu yang di amalkan oleh Islam mampu
menyelamatkan lautan ilmu moden yang luas tapi tidak terurus, kelam
kabut dan mengelirukan, kata seorang ilmuan agama Islam hari ini.
Prof Datuk Dr Osman Abu Bakar Professor Emeritus bidang Falsafah Sains
di Universiti Malaya dan Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Tamaddun
berkata percanggahan tidak akan wujud dalam ilmu yang berdasarkan
kebenaran.
Ilmu adalah kebenaran dan tidak akan ada konflik antara satu kebenaran
dan kebenaran yang lain, katanya ketika memberi syarahan mengenai
Pengelasan Ilmu Dalam Islam dalam siri syarahan bulanan anjuran
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) di sini semalam.
Beliau berkata pengelasan ilmu wujud dalam konsep kesatuan ilmu dalam
Islam. Kesatuan ilmu ini boleh dipelihara dengan pengelasan ilmu
mengikut tradisi yang wujud dalam sejarah Islam.
Namun ketiadaan pengelasan ilmu yang berkesan sekarang banyak menyebabkan ketegangan dan konflik dalam satu
bidang ilmu atau di antara bidang yang berbeza.
Beliau memberikan beberapa contoh ilmu yang wujud bercanggah hingga berlaku pertembungan ilmu antara satu sama
lain yang terdapat dalam dunia sekarang.
Contohnya di Barat agama dan sains adalah dua bidang yang bercanggah. Perbezaan pendapat turut wujud dalam sains
sosial dan sains asli. Sementara itu pertembungan tamaddun antara Barat dan Timur masih belum selesai.
Beliau merujuk kepada Sejarah Islam dalam pengelasan ilmu yang sangat berhati-hati dalam menyimpan ilmu secara
sistematik.
Ilmuwan masa lalu sangat teliti dalam memberi definisi kepada sesuatu ilmu. Setiap perkara yang dibincangkan
mempunyai definisi. Oleh itu ia dapat mengelakkan salah faham kerana semua yang terlibat jelas terhadap apa yang di
maksudkan.
Beliau menyorot kepada kata-kata Albert Einstein: Jika saya mempunyai 1 jam untuk menjawab soalan saya akan
menggunakan 50 minit darinya untuk memahami soalan tersebut.
Ketiadaan definisi kadangkala mewujudkan ketidaksefahaman dan ketegangan. Ia membuka ruang untuk salah faham
dan prejudis mengambil alih maksud sebenar tentang perkara yang dibincangkan
Beliau menyeru ilmuwan dari generasi muda untuk menghidupkan kembali pengelasan ilmu dalam semua bidang ilmu.
Tradisi tersebut dapat memanfaatkan dunia kontemporari untuk kepentingan ummah dan kemanusiaan.
Beliau membuat kesimpulan ilmu yang tidak terurus melambangkan hidup yang tidak terurus.
Hadir pada syarahan itu adalah Prof Dr Juhana Salim dari FTSM , pelajar siswazah, para pensyarah dan profesor
dari beberapa universiti.
9/22/14, 11:47 AM Pengelasan Ilmu Menurut Tradisi Islam Patut Dihidupkan Semula
Page 2 of 2 http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/992-iknowledge-should-be-revived.html?tmpl=component&print=1&page=

You might also like