You are on page 1of 2

Mula mula saya terasa amat bimbang apabila saya menjejak kaki di sekolah

saya. Tetapi, dengan adanya dua orang rakan saya dari institut pendidikan guru
yang lain, saya telah melangkah masuk ke pejabat guru besar dengan sedikit
keyakinan. Di situ, kami telah berkenalan dengan guru besar sekolah tersebut, Pn.
Puvaneswari. Kami disuruh untuk berjumpa dengan penolong kanan, Pn. Kattamah.
Beliau telah memberikan taklimat ringkas kepada kami.

Selepas itu, kami telah menyertai aktiviti perhimpunan rasmi. Dalam
perhimpunan tersebut, guru bertugas minggu ini telah memberikan informasi
informasi yang penting kepada murid murid. Ada juga seorang murid diberi
penganugerahan kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam acara renang.
Terdapat juga persembahan daripada murid murid dalam perhimpunan tersebut.
Akhir sekali, kami bertiga telah diperkenalkan kepada murid murid sebagai bakal
guru yang akan berkhidmat kepada masyarakat. Terasa gembira bercampur dengan
bangga dalam hati saya pada masa itu.

Disebabkan terdapat beberapa guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
disebabkan tugasan rasmi, kami diberikan amanah untuk menguruskan beberapa
kelas. Kami telah membahagikan tugas tersebut, dan saya diberikan tanggungawab
untuk menggantikan guru di kelas 2 Valluvar dan 5 Valluvar.

Daripada saat pertama saya menjejak kaki dalam kelas 2 Valluvar, saya
terpaksa menggunakan segala kaedah yang telah saya pelajari sehingga kini untuk
mengawal mereka. Pada mulanya, saya terasa keperitan yang dialami, tetapi lama
kelamaan, mereka mula memberi hormat yang sepatutnya mereka berikan kepada
saya sebagai pendidik. Saya mula berkenalan dengan mereka, dan menghabiskan
waktu tersebut dengan memberitahu bagaimana mereka perlu beradab semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran.

Selepas menghabiskan kelas tersebut, saya telah kembali bersama rakan
rakan saya di kantin sekolah. Di sana, saya telah menggunakan kesempatan ini
untuk memerhati jenis jenis makanan yang dijual di kantin. Pada masa itu juga,
kami sempat untuk berbincang dengan salah seorang guru sekolah tersebut, Pn.
Mariayee mengenai keadaan murid murid sekarang berbanding dengan keadaan
murid murid sedekad lalu. Saya telah mendapat tahu beberapa maklumat yang
penting semasa berbincang dengan beliau.

Selepas waktu rehat, saya masuk ke kelas 4 Valluvar untuk menggantikan
seorang guru yang tidak hadir. Saya menggunakan peluang ini untuk mendapat tahu
serba sedikit mengenai latar belakang murid murid. Saya juga telah mengadakan
kuiz untuk menghiburkan murid murid kelas tersebut.

Saya juga telah membuat pemerhatian di kelas tahun 6. Pada masa itu, saya
berpeluang untuk memerhatikan cara cara Pn. Mariayee mengendalikan kelas
beliau. Ahir sekali, sebelum meminta diri, kami semua telah berjumpa dengan guru
besar, menyatakan rasa terima kasih kami.

You might also like