You are on page 1of 12

SUMBANGAN KHALIFAH AL-

RASYIDIN
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD AMIR SAIFUDDIN
NUR FITRAH NADIRAH
PENDAHULUAN
=) Abu Bakar adalah putera Abu Quhafah yang nama aslinya adalah
Utsman,Abu Quhafah bin Amir bin Amr bin kAb bin SAd bin Taim bin Murrah bin
kAb bin Luwai bin Ghalib bin Fihr.
=( Abu Bakar ini sebenarnya gelaran bagi beliau,bukan nama sebenar beliau.
=) Abu bermaksud bapa manakala Bakar bererti dengan segera.
=( Nama beliau sebelum memeluk Islam ialah AbdUlkAbAh manakala sesudah
memeluk Islam digantikanoleh Nabi dengan nama AbdUllAh.
=/Abu Bakar berketurunan Bani TAmim.
=} Abu Bakar terkenal dengan kejujurannya, berbudi pekerti mulia dan
bersifat terpuji.
={digelar al-Siddiq kerana telah membenarkan setiap percakapan dan
perbuatan Nabi
=] Abu Bakar adalah orang yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w.
=[menjadi lelaki dewasa pertama yang memeluk agama Islam.
=0 Abu Bakar bekerja dalam bidang perniagaan.
=3 Usia beliau juga hampir sama dengan usia Nabi Muhammad. Disebabkan oleh
usia dan pekerjaan yang hampir sama itulah yang kemudiannya dapat
mengikat kedua-duanya sehingga menjadi sahabat karib.
SUMBANGAN KHALIFAH ABU
BAKAR AS-SIDDIQ
Dalam Medan Dakwah
Selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah.
Peribadi Abu Bakar telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang
mulia dan selalu menolong orang lain. Oleh sebab itu, banyak orang
yang selalu datang kepadanya untuk meminta tolong dan disebabkan
oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini, beliau
selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman
akrabnya yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin
Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan
Abdurahman bin Auf r.a.
Memerangi Tentera Rom
Abu bakar menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-
Rasyidin. Beliau memerintah selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13
Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi. Perintah pertama yang dikeluarkan
sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah mengerahkan dan
meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah
ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur
barisan tentera Rom di Perbatasan Utara.






Membebaskan Dari Cengkaman Rom
Dan Parsi

Sumbangan lain ialah membebaskan negeri-negeri
yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi.
Beliau telah berjaya membebaskan negeri-negeri
di bawah naungan Rom dan Parsi. Tentera Islam
yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut
berjaya mempertahankan Madinah daripada
ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah
Timur dan serangan kerajaan Byzantine (Rom
Timur) di sebelah Barat.



Memerangi Golongan Murtad

Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad
dan nabi palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam
Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka
bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang
pemimpin,malah ada di antara mereka mendakwa bahawa
mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan
penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu
Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang
digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri
Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku
menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid
berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu
pertempuran.

Memerangi Golongan Yang Enggan
Membayar Zakat

Abu Bakar dalam dakwahnya ialah menghapuskan
kaum yang enggan membayar zakat.
Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat
sehingga mengakibatkan terdapat kabilah-
kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan,
melepaskan kepercayaan Islam seluruhnya
manakala ada di antaranya yang masih tetap di
dalam Islam tetapi enggan memenuhi salah satu
daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.


Membahagikan Tanah Arab
Kepada Sepuluh Wilayah

Di samping itu, beliau turut berusaha untuk
melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam
dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada
sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund,
Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan
Nijran. Dalam dasar pemerintahannya, beliau
turut melantik seorang amir atau ketua untuk
mentadbir wilayah-wilayah tersebut.


Memperkenalkan Sistem
Bayaran Gaji Kepada Tentera

Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut
memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera
melalui Ghanimah atau harta rampasan perang.
Malah undang-undang tanah seperti bayaran
cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah
atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan
melindungi golongan mawali iaitu orang bukan
Arab yang memeluk Islam.


Pengumpulan al-Quran

Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq
ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah
al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu
menjadi panduan umat Islam sehingga kini. Hal ini
kerana beliau telah mula runsing dengan
kemunculan golongan murtad dan nabi palsu, maka
beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya
mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta
menyalinnya semula. Salinan tersebut telah
disimpan olehnya dan telah diamanahkan kepada
Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada
Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan.
Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau
telah digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

Sistem Pengurusan jAmAAh
Haji

Selain itu,beliau juga merupakan sahabat awal
yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini berlaku
pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah
memimpin jemaah haji ke Mekah sehingga
kepulangan mereka di samping memberikan
pengawalan dan menjaga keamanan mereka.
Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai
pembimbing pelaksanaan syiar ibadah haji di
Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah
tanah suci.



KESIMPULAN

Saidina Abu Bakar al-Siddiq boleh diumpakan sebagai seorang
yang amat penting dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w. Beliau
merupakan seorang yang sanggup berjihad dan mengorbankan
nyawa serta harta demi memperoleh keredaan Allah. Oleh
yang demikian, kita sebagai umat Islam seharusnya hidup
berlandaskan syariat Islam. Kita perlu berusaha dalam
membebaskan manusia daripada belenggu syirik. Pembangunan
ekonomi juga patut dilaksanakan untuk perluasan dakwah
dan kemajuan negara kita sendiri. Selain itu,pihak kerajaan
juga perlu sama-sama berganding bahu dengan rakyat untuk
menyebarkan dakwah Islamiah. Pengaruh Islam semakin
tersebar apabila Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi
golongan murtad dan nabi-nabi palsu dalam kalangan
kabilah-kabilah. Kebijaksanaan politik Abu Bakar itu
membawa perkembangan masyarakat Arab ke arah kesatuan
politik dan menjadikan mereka melihat Madinah sebagai ibu
kota negara mereka dan sumber segala kebijakan mereka.

Ya jak laaa!!!!

SEKIAN SAHAJA DARI KAMI

Tepok tangan kit lokk

You might also like