You are on page 1of 4

JURNAL 3 (28/7/2013-1/8/2013)

HIPERAKTIF / MURID TERLEBIH CERGAS


MASALAH
Masalah utama yang timbul pada minggu ketiga ini adalah masalah hiperaktif. Dalam
mengawal kelas dan mengawal tingkah laku murid-murid timbul juga masalah berat dan
agak sukar untuk diatasi. Dalam Hal ini, kadang kala ianya berada pada tahap yang di
luar jangkaan. Walaupun perancangan dan persediaan telah dilakukan, aktiviti P&P
perlu ditukar mengikut kesesuaian tahap minat dan tumpuan murid-murid. Antara murid
yang paling sukar untuk dikawal di dalam kelas adalah murid dari kategori Hiperaktif.
Murid ini ialah Haikal dan Amirul. Hiperaktif adalah masalah murid atau kanak-kanak
yang terlalu cergas tingkahlakunya. Kadangkala murid dari kategori ini bertindak
memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti babi, celaka, sial dan lain-lain lagi
terhadap kawan sekelas semasa P&P dijalankan. Dengan kata sebenar dan menurut
guru-guru di sekolah tempat saya praktikum, murid berkenaan mempunyai ciri-ciri ke
arah murid yang Hiperaktif. Murid ini sukar dikawal dan cara yang terbaik adalah
dengan memujuknya. Langkah ini dibuat untuk murid ini patuh melakukan aktiviti
pengajaran guru. Akan tetapi, ianya berkesan untuk jangka masa yang singkat sahaja.








ANALISIS MASALAH
Murid ini merupakan murid yang mempunyai masalah Hiperaktif. Banyak perkara yang
boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Berdasarkan kepada pemerhatian saya,
murid ini banyak terpengaruh kepada persekitaran di rumah, mungkin murid ini belajar
kata-kata kesat dari rakan-rakan. Sebelum mengambil langkah seterusnya, saya perlu
melihat dan mengkaji sedikit tentang ciri-ciri keaktifan kanak-kanak.
KEAKTIFAN (HIPERAKTIF)
Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat.
Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai
punca penyakit ini, faktor-faktor seperti masalah di rumah, toksin (keracunan),
kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan dan bahan kimia mungkin lebih
berpengaruh lagi. Antara ciri-ciri hiperaktif yang terdapat pada kanak-kanak hiper atau
ADD (Attention Deficit Disorder) adalah:
1. Tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu
2. Tidak suka dibelai
3. Menghentak-hentak kepala atau marah tidak menentu
4. Gopoh
5. Tidak suka duduk diam
6. Agresif
7. Suka menjerit
8. Resah
9. Kurang tidur/ sukar untuk tidur


CADANGAN
1. Menyediakan tempat pembelajaran yang sesuai, di mana kanak-kanak mudah untuk
memotivasikan diri mereka sendiri.
2. Beri kerja rumah yang sedikit
3. Sediakan aktiviti permainan seperti puzzle sebelum dan semasa pengajaran
4. Sediakan tugasan yang pelbagai, contoh mewarna gambar.
5. Tanyakan soalan berkenaan latihan semasa murid membuat latihan.
6. Sentiasa bersabar dan teguh
7. Ganjaran token
8. Tidak diberi ganjaran sekiranya kerja tidak siap.

TEMPOH PENYELESAIAN
18/8/2013 hingga 22/8/2013 ( 1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasikan dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid
hiperaktif ini perlukan satu langkah penyelesaian yang betul dan berkesan. Saya akan
kemukakan cadangan kepada pihak sekolah bahawa membawa murid ini untuk
mengesahkan masalah hiperaktif tersebut kepada doktor perubatan. Pihak ibu bapa
murid juga akan saya maklumkan untuk membantu guru menyelesaikan masalah.


KESIMPULAN
Perbincangan dan langkah awal yang diambil akan menyelamatkan murid yang
bermasalah seperti ini tidak ketinggalan dan ditutup peluangnya untuk turut sama
belajar seperti murid normal yang lain. Sesungguhnya semua pihak harus mengambil
langkah penyelesaian bersama bagi menjaga kebajikan murid ini.

You might also like