You are on page 1of 7

47

MASIAT DAN KESAN-KESANNYA



Masiat lawannya taat. Hanya Allah Subhanahuwataala dan Rasul-Nya yang dapat
menentukan sesuatu amalan itu sama ada taat atau masiat.

Masiat mempunyai kesannya sepertimana taat juga mempunyai kesannya. Ketaatan
menjadi suatu yang manis bagi si mumin, manakala masiat adalah suatu kelazatan bagi
si penderhaka kepada Allah Subhanahuwataala.

Sesungguhnya masiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan
akhirat. Mumin sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak
terperangkap dalam kemasiatan.
Ep) 4O-4O- O> 1g4^ ^@
Ep)4 4OO^- O> 1g4p
^j
13. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa Yang berbakti
dan siapa Yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang Yang berbakti (dengan
taat dan amal kebajikan), tetap berada Dalam syurga Yang penuh nikmat;
14. dan Sesungguhnya orang-orang Yang bersalah, bertempat Dalam neraka Yang
menjulang-julang.

Jangan kita menyangka bahawa ayat ini hanya menghadkan kepada nikmat Akhirat
sahaja. Bahkan sebenarnya dalam 3 negeri iaitu dunia, barzakh dan Akhirat. Begitu juga
golongan Al Fujjar.

Bukankah nikmat yang sebenar terletaknya pada hati, bukankah seksaan dan azab yang
sebenarnya juga pada hati? Adakah azab yang lebih dahsyat daripada perasaan takut,
resah gelisah, kesedihan, dada terasa sempit, berpaling dari ajaran Allah, mengabaikan
kehidupan Akhirat, ketergantungan hati pada selain Allah dan putusnya hubungan
dengan Allah.padahal setiap liku dan permasalahan hidup bermuara pada Iradah dan
Kekuasaan Allah SWT.

Sebenarnya apabila hati hamba itu terpaut hati dan cinta kepada setiap sesuatu selain
Allah akan mendedahkan dirinya ke dalam azab yang pedih dan dahsyat.

~ p) 4p~E 774.4-47
74.E44 7+^4Ou=)4
7N_4^e4 7>4OOg=4N4
N4O^`4 E-O+-^4O4^~-
E4OO_g`4 4pO4=^C` E-E1=OE
}=O4`4 .E_4^O=O> OUEO
:^O) ;g)` *.- g).Oc4O4
l1E__4 O) g)-O)lEc
W-OO+4O4 _/4EO )4C +.-
jjO) +.-4 Ogg4
4O^- --OE^- ^gj
48
24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga
kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu)
menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan
(daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
orang-orang Yang fasik (derhaka).

Kita hendaklah mempelajari daripada al-Quran dan As-Sunnah untuk memahami
perkara-perkara taat dan perkara-perkara masiat.

Kesan-kesan kemasiatan yang dilakukan oleh seseorang hamba dapat dilihat semasa
hidupnya di dunia ini lagi. Kesan-kesan itu ialah:

1) Hati menjadi gelap dan pemiliknya tidak mendapatkan ilmu yang sebenar

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah Subhanahuwataala ke dalam hati.
Sedangkan masiat memadamkan sinar tersebut.

Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafii yang belajar dengarnya:

"Saya melihat Allah (Subhanahuwataala) telah meletakkan sinar dalam hatimu.
Jangan engkau padamkan dengan kegelapan masiat."

Imam Syafii juga pernah mengeluh:

"Saya mengeluh kepada Waki' bahawa hafalanku jelek, lantas dia menasihatiku untuk
meninggalkan masiat. Sambung Waki': Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah Allah,
dan Allah tidak berikan kepada pelaku masiat."

Cahaya hati akan semakin pudar dan hilang manakala kegelapan maksiat semakin
kuat, akhirnya hati laksana berada di tengah malam gelap gelita. Betapa banyaknya
jurang kebinasaan yang menyebabkan hamba terjerumus padahal dia sendiri tidak
melihatnya.

Bayangkan banyak mana kerosakan hidup kerana pasan baran, berapa banyak
kerugian kerana mudah berputus asa dan merajuk begitu juga dengan sikap
terburu-buru, tamak, rakus dan sebagainya. Semua ini apabila hati diselaputi
kejahilan dan kegelapan.

2) Tidak mendapat rezeki yang diberkati

Dalam Musnad Imam Ahmad ada menyatakan:

"Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang
diperbuat."

49
Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah Subhanahuwataala itu akan
membawa kepada kemurahan rezeki yang diberkati, sedangkan meninggalkan
taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan yang sebenar.


50
3) Kerisauan dan kesepian di hati

Hati seorang insan pelaku masiat dengan Allah Subhanahuwataala, tidak ada
keseimbangan dan kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah
kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan
kepadanya, tetap tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit bagi hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau
keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dengan orang-orang
yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi
kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi.

Akhirnya, jika hati yang terasing itu banyak melakukan masiat, dia akan mendekati
kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah
Subhanahuwataala. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai
dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan
ini akan terus menambahkan kerisauan dan rasa tertekan dalam dirinya.

4) Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam pelbagai urusannya.
Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang
serba sulit.

Kerana itulah salah satu jalan keluar dari kesulitan adalah istighfar.
Al-Qurtubi meriwayatkan cerita Ibni Shabih. Pada suatau hari ada seorang lelaki
mengadu kepada Hasan al-Basri tentang masa kemarau yang menimpanya. Hasan al-
Basri lantas berkata kepadanya: Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan
al-Basri lalu berkata kepadanya: Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.

Ada pula lelaki lai berkata : Doakanlah aku supaya Allah s.w.t memberiku anak.
Hasan al-Basri kemudian berkata kepadanya: Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.


Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Hasan al-
Basri pun berkata kepadanya: Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.


Ar-Rabi lantas berkata kepadanya: Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu
pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca
istighfar!



Hasan al-Basri menjawab: Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku
sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
51


eU W-NOg^4c- 7+4O
+O^^) ]~E -4OOEN ^
cONC 47.EOO- 7^OU4
-4O-4O;g)` ^ 7u1g;NC4
4O^`) 4-gL44 E^_4
7- eELE_ E^_4 7-
-6OOgu+ ^g

Ertinya:

Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Niscaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat,Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan
mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu
sungai-sungai. (Surah Nuh: ayat 10-12)

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri : Apakah seseorang tidak akan
berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu
memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lagi lalu memohon
keampunan dan seterusnya?

Hasan al-Basri lantas menjawab: Syaitan sangat berharap jika dia Berjaya
menggoda kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu meninggalkan istighfar selama-
lamanya.

5) Kegelapan dalam hati

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya
malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan masiatnya itu menutupi hatinya.

Berkata Abdullah bin Abbas:

"Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati,
kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai
orang terhadap dirinya. Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada
wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci
kepadanya di hati ramai orang."

6) Melemahkan hati dan badan

Orang mumin itu kekuatannya terletak pada hatinya. Bilamana hatinya kuat,
badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan masiat,
walaupun badannya kuat, namun hatinya sangat lemah. Bayangkan dalam sejarah
yang lalu, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh
orang-orang mumin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah
Subhanahuwataala.
52


53
7) Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya
seseorang daripada ketaatan terhadap Allah Subhanahuwataala. Juga akan
terputuslah jalan-jalan kebaikan baginya. Ketaatan itu lebih baik daripada dunia
seisinya.

8) Mengurangi umur dan mengikis keberkatan

Sebahagian ulama mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka
melakukan masiat bermakna hilangnya keberkatan umur. Hidup ini sebenarnya
adalah kehidupan hati.

Umur manusia beriman ialah apabila hatinya hidup dan bersama-sama dengan
Allah Subhanahuwataala. Itulah umur yang sebenar. Bila hidupnya berpaling
daripada Allah Subhanahuwataala dan sibuk dalam kemasiatan, maka hilanglah
kehidupan yang hakiki. Sehingga pada akhirnya (di akhirat nanti) pelaku-pelaku
masiat akan berkata:

O4C /j_4-^1U4C e^`O~
O)4OO4)
Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh)
untuk hidupku ini".
(Al-Fajr:24).

Rujukan:
Ibn Qayyim, buku: Terapi Penyakit Hati.

You might also like