You are on page 1of 3

PENCEMARAN AIR

Pencemaran

DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUL NASIHAH BINTI ABDUL RASHIT (205553)
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem
kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian,
perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian
tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam
sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan
kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan
dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang
sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara
tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada
pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh
najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya
membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik
ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air
sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke
dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi
lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal
MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah
telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10

KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi
bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan
plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit
melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang
boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan
oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang
merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat
kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran
bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan
peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak
seimbang.





LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui
televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap
dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala,
Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan
sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara
untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka
penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara
ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke
sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya
mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh
pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

You might also like