Penyebut SITUASI 1: Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan Adi??
Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi ye adik- adik.. Ali makan 2 daripada 8 ulas limau = 2/8 Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8 Jadi, jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah:
2/8 + 3/8 = 5/8
tapi adik-adik, berapa pula bilangan ulas yang tinggal??
jom kita kira sekali lagi...
sebiji limau mempunyai 8 ulas limau = 8/8 jumlah yang telah dimakan oleh Ali dan Adi ialah 5/8 jumlah yang tinggal ialah...
8/8 - 5/8 = 3/8
jadi, jumlah ulas limau yang masih tinggal ialah 3/ 8
SITUASI 2: Aida membeli sebiji kek di sebuah kedai. di rumah, dia memotong kek itu kepada 5 bahagian yang sama besar. selepas itu, satu bahagian daripada kek itu diberikan kepada Anita dan 2 bahagian lagi diberikan kepada Aisyah. berapakah jumlah bahagian kek yangtelah diberi oleh Aida??
Ayuh adik-adik, kita kira sama-sama !!! Sebiji kek dipotong kepada 5 bahagian. Aida memberi satu bahagian daripada kek itu kepada Anita= 1/5 Aida memberi 2 bahagian daripada kek itu kepada Aisyah = 2/ 5
jumlah bahagian kek yang diberi ialah 1/5 + 2/5 = 3/5 jadi adik-adik, berapa pula bahagian kek yang tinggal untuk Aida?? sebiji kek memiliki 5 bahagian = 5/5 bahagian kek yang diberi kepada Anita dan Aisyah = 3/ 5 jadi, baki yang tinggal ialah = 5/5- 3/5 = 2/5
diharap adik-adik semua dapat mempelajari pecahan ini dengan senang hati..