You are on page 1of 16

PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN

BILIK DARJAH
HALANGAN PENGURUSAN
MASALAH DISIPLIN
HALANGAN PENGURUSAN
MASALAH DISIPLIN
Penentangan ibu bapa/Hubungan Ibu Bapa
Pengaruh rakan sebaya
Gangguan bilik darjah luar jangkaan@salah
laku yg tidak dijangka
Keadaan persekitaran bilik darjah
Masalah perkembangan murid
Penentangan Ibu bapa
Merujuk kpd penglibatan dan kerjasama ibu
bapa. Ada ibu bapa yg mengutamakan hal-hal
peribadi dan keluarga spt pengurusan kerjaya
mrk, urusan keluarga dan sebagainya apabila
dipanggil untuk berbincang masalah anak-anak
mrk.
Ada juga ibu bapa yg tidak percaya anak-anak
mereka menimbulkan masalah di dalam bilik
darjah. Mereka akan melenting sekiranya anak
mereka dihukum dan menyalahkan guru atas
tindakan yg dikenakan
Lantaran itu, guru harus tahu prosedur
tindakan disiplin dlm bilik darjah. Guru tidak
boleh mengambil tindakan sesuka hati dan
mengikut perasaan. Setiap tingkah laku harus
direkodkan dan ditandatangani sebagi bukti
sekiranya diperlukan.
Hubungan guru dan ibu bapa juga perlu baik
Salah satu cara ialah melibatkan ibu bapa
dalam pengurusan bilik darjah seperti
lawatan sambil belajar, projek mengisi
tabung bilik darjah dan berkongsi kepakaran
& kemahiran
Pengaruh rakan sebaya
Tekanan rakan sebaya memang sukar utk
diatasi. Kumpulan murid yg cenderung kpd
perbuatan negatif seperti merokok sering
mencari mangsa dlm kalangan murid yg
pendiam, penakut, bersifat telalu lurus/naif
dan mudah dipengaruhi.
Pengaruh rakan sebaya yg tidak dikawal boleh
mendatangkan kesan kpd pengurusan disiplin
di dalam bilik darjah.
Pengaruh rakan sebaya membentuk dinamika
kumpulan. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-
kumpulan kecil yg terbentuk dalam bilik darjah
yg terdiri drp beberapa orang murid yg
mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama.
Mrk saling bergantung dan mempunyai kuasa
atau daya utk menggerakkan ahli-ahli dlm
kumpulan.
Kuasa ini mendorong ahli-ahli kumpulan
berkelakuan mengikut nilai@kepercayaan yg tlh
ditetapkan
Guru boleh melakukan kajian sosiometri utk
menentukan dinamika kumpulan di dlm bilik
darjah dgn mengemukakan soalan:
Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?
Siapakah rakan yg awak akan pilih utk
melakukan aktiviti dalam kelas?
Siapakah rakan sekelas yg awak tidak suka?
Drp jawapan murid-murid anda boleh mengenal
pasti pola persahabatan di dalam bilik darjah.
Contohnya:
* bintang- murid popular yg banyak menerima
pencalonan sebagai rakan baik dan rakan utk
menjalankan aktiviti
* Dyad- pola persahabatan iaitu dua org murid
saling bersahabat: Farah memilih Fauziah
sebagai sahabat baik dan disukai & Fauziah
memilih memilih Farah sebagai sahabat baik
dan disukai
Klik- pola persahabatan, iaitu dua @ lebih
murid memilih antara satu sama lain untuk
menjadi sahabat-sahabat yang disukai
Pencilan- murid yang tidak memilih sesiapa
sebagai sahabat dan orang lain juga tidak
memilih dia sebagai sahabat.
Singkiran murid yang menamakan murid
lain sebagai sahabat tetapi murid lain
mengatakan dia sebagai murid yg tidak
disukai
Kesan drp dinamika kumpulan ini memberi
pelbagai implikasi kpd pengurusan b/darjah
Pembentukan dinamika kumpulan yang
mempunyai nilai-nilai negatif akan
membawa masalah dalam b/d dan
penularannya sukar dikawal.
Lantaran itu, guru harus mengetahui cara utk
menangani dinamika bilik darjah dgn bijak
kesimpulannya, pengaruh klik/gang akan
menjejaskan pelaksanaan aktiviti seperti kerja
kumpulan jikalau ahli-ahli klik atau gang
diasingkan guru. Berkemungkinan mereka
tidak akan bekerjasama dengan murid-murid
yang lain.
Sekiranya mereka dikelompok dalam
kumpulan yang sama mereka juga mungkin
akan berbual-bual hal-hal yang bukan
berkaitan dengan tugas akademik
Gangguan bilik darjah luar jangkaan@salah
laku yg tidak dijangka
Guru mungkin telah membuat peraancangan dan
persediaan mengajar dengan baik namun ada
kemungkinan berlaku salah laku di luar
jangkaan.
Tingkah laku disruptif murid akan
berkemungkinan menimbulkan keadaan huru-
hara dalam bilik darjah dan menjadi cabaran
yang hebat kepada guru.Lantaran itu perlakuan
ini perlu ditangani dengan segera
Keadaan persekitaran bilik darjah
BD yg tidak kondusif boleh menimbulkan
halangan kpd pengurusan masalah disiplin
BD
Susun atur tempat duduk yg tidak mengambil
kira faktor pola persahabatan dan dinamika
bilik darjah; guru yg tidak prihatin dgn
sahsiah dan sikap murid akan mendatangkan
masalah
Murid-murid bermasalah yd dibiarkan duduk
dlm kumpulan yg bermasalah akan
menimbulkan masalah
Pelan BD yang kucar kacir dgn susunan
perabot BD yg tidak teratur boleh
menghindar pengurusan masalah disiplin
yang berkesan.
Peraturan dan rutin BD perlu ditampal di
tempat yg sesuai di dalam BD. Peraturan
perlu dipatuhi dan sentiasa dipantau.
Peraturan dan rutin yg kabur dan kurang jelas
akan menyebabkan murid tidak mematuhi
peraturan yg ditetapkan
Keadaan bilik darjah yg panas, sesak dan
tidak mempunyai pencahayaan yang baik
akan membawa keresahan dan
ketidakselesaan kpd murid dan mendorong
kepada masalah salah laku spt ponteng kelas,
mengganggu rakan dan kurang tumpuan
dalam bilik darjah
Masalah perkembangan murid
Penting bagi guru mengetahui peringkat
perkembangan murid-muridnya
Murid-murid yg mempunyai masalah
perkembangan fizikal, kognitif, emosi,
sosial dan kendiri akan menimbulkan
masalah di dalam bilik darjah.
Guru yg tidak memahami masalah ini akan
berdepan dgn kesukaran mengurus BD.

You might also like