You are on page 1of 2

TEMA MERDEKA MALAYSIA 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2014 menampilkan satu keunikan


apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya
Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad
dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57.

Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil
ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.
Logo Hari Kemerdekaan ke-57 direka oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman,
seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta. Beliau membawa pulang
RM7,000 beserta dengan sijil penghargaan.




LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57 2014

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan
kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga kini.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan
negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus
memelihara dan mengekalkannya.
Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada
sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya
dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO





Keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
Penyatuan dan keharmonian antara kaum
Kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan
diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta
keperluan rakyat.
kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di
antara pemimpin dan rakyat.

You might also like