You are on page 1of 2

Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan menarik mampu

memberi pemahaman matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai
contoh pembelajaran berkaitan dengan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman,
interaksi social, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi dan Nani 2004). Menurut mereka,
dalam Panduan kognitif kanak-kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran
matematik melalui tiga tahap iaitu konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Teori
perkembangan kognitif Bruner menyatakan kanak-kanak mempunyai tiga tahap iaitu
enektif, ikonik dan simbolik.
Sehubungan dengan itu saya ingin kaitkan dengan penglibatan saya dengan kanak-
kanak prasekolah Permata Nilam di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta, Kota Bharu. Saya
telah banyak mengajar dengan berbantukan komputer dan LCD projector (Liquid-crystal
display projector) di dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan pelbagai perisian, laman
web dan sebagainya untuk melakukan pengajaran secara inovatif contohnya dengan
menggunakan computer dan LCD projector, saya boleh melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan cara bermain pada dinding yang dipancarkan dengan games
atau permainan yang saya reka. Saya juga membuat aktiviti simulasi, nyanyian untuk
pelbagai tunjang. Sepanjang pembelajaran berbantukan komputer dan LCD projector, saya
dapati kanak-kanak selalu gembira dan dapat mencapai objektif pembelajaran. Kali ini saya
ingin fokuskan kepada tunjang awal sains dan matematik. Kajian yang akan dijalankan akan
berfokuskan kepada operasi tambah 1-10 dikalangan pelajar yang lemah.
Kajian ini diadakan berikutan dari hasil pemerhatian saya pada pelajar-pelajar saya di
Prasekolah Permata Nilam. Saya mengesan wujudnya masalah menyelesaikan operasi
tambah dikalangan mereka pada peringkat awal lagi iaitu operasi tambah 1-10. Pelbagai
kaedah telah dijalankan oleh saya dalam usaha membantu mereka untuk menyelesaikan
masalah operasi tambah. Setiap kali belajar, kesemua mereka (25/25) hanya boleh belajar
dalam sekitar 8-10 minit sahaja seterusnya mereka akan mula bercakap, hilang tumpuan
dan akan bermain-main. Mereka hanya akan mula minat belajar apabila diminta bermain
semasa mengira.
Apabila menggunakan teknik penerangan dan pelajar membuat latihan selepas
sesuatu proses PnP dilakukan. Dalam latihan yang diberikan, saya begitu terkejut dengan
keputusan yang di perolehi pelajar-pelajar ssya. Sewaktu saya menyemak buku latihan,
rata-rata pelajar gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.

Terdapat juga segelintir pelajar yang hanya membiarkan ruang jawapan begitu
sahaja tanpa cuba menjawab soalan yang dikemukan. Namun begitu ada juga pelajar yang
cuba menjawab soalan tersebut tetapi tidak mengikut kehendak soalan. Kegagalan
menyelesaikan masalah yang diperlukan ketika menjawab soalan menyebabkan markah
yang mereka perolehi terutama untuk menjawab dengan betul untuk kesemua soalan.
Segala pengetahuan yang mereka perolehi di dalam kelas tidak dapat dipraktikan ketika
menjawab soalan penyelesaian masalah.



Sebagai seorang guru pula, saya dapati murid-murid saya juga menghadapi masalah yang
sama seperti yang pernah saya alami sebagai pelajar dahulu.

Apabila saya tanyakan kepada pelajar mengapa fenomena ini berlaku, rata-rata
mereka menyatakan bahawa mereka tidak memahami kehendak soalan dan keliru dengan
beberapa kata kunci soalan seperti cari beza, selisih, susut dan gagal menentukan kata
kunci bagi menentukan operasi yang perlu digunakan untuk menyelesaikan soalan tersebut.



Rajah 1
Kesilapan murid tidak memahami soalan

You might also like