You are on page 1of 5

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

LAPORAN AJK MAKANAN


SEBELUM
Pada 6 Januari 2013, satu perjumpaan khas telah diadakan antara pelajar PISMP
SEMESTER 5 yang mengambil kursus PJM 3112 telah diadakan di Dewan Zaba
IPG Kampus Darulaman. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP
SEMESTER 5 seramai 101 orang bersama 2 orang pensyarah pembimbing iaitu En.
Yusainy Bin Azizan dan Dr. Ismail Bin Yaakob. Perjumpaan ini adalah bertujuan
untuk menubuhkan jawatankuasa untuk penganjuran Karnival Permainan Tradisional
sebagai salah satu tugasan projek bagi kursus PJM 3112 ini. Melalui perbincangan
pada hari tersebut, saya telah dilantik sebagai ketua bagi Jawatankuasa Makanan
untuk karnival ini.
Semasa mesyuarat pada hari tersebut, saya telah diarahkan oleh pengerusi
karnival permainan tradisional iaitu saudara Arif Azifi Bin Awang bagi menguruskan
perihal makan dan minum untuk sepanjang karnival ini berlangsung. Melalui
perbincangan yang telah dijalankan, kami telah bersetuju untuk memohon
peruntukkan daripada pihak pentadbiran Insitut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
kerana tugasan ini merupakan tugasan yang terkandung dalam proforma kursus PJM
3112. Dalam kerja tersebut, saya telah memohon untuk dimasukkan peruntukkan
makan dan minum untuk 101 orang untuk semua kelas yang terlibat. Permohonan
ini telah diajukan melalui kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha Karnival
Permainan Tradisional iaitu saudari Awatif Binti Azizan. Berita baik diterima apabila
permohonan kami telah diluluskan oleh pihak pentadbiran dengan persetujuan untuk
memperuntukkan kepada kami sebanyak RM10 seorang.
Setelah kertas kerja diluluskan, saya telah mengadakan satu perjumpaan khas
bersama semua pengelola untuk membincangkan isu berkaitan menu makanan yang
harus saya sediakan pada hari karnival berlangsung. Pada mesyuarat itu juga, saya
memohon pandangan dan pendapat daripada semua pengelola berkaitan kedai yang
berpotensi untuk kami buat tempahan makanan. Melalui perbincangan yang
dijalankan, kami bersetuju untuk memilih menu kuih karipap dan roti sardin bersama
air teo sebagai menu untuk makan pagi dan nasi ayam berserta air sirap sebagai
juadah untuk makan tengah hari. Antara kedai yang dicadangkan pada peringkat
awal adalah Kedai Pak Lang, Kafe Kantan dan Kafe Asrama. Untuk itu, saya sebagai
ketua AJK Makanan telah ditugaskan untuk membuat bancian berhubung pemilihan
menu tersebut dan kedai yang sesuai untuk tujuan tempahan.
Pada 7 Mac 2013, saya telah ke kedai Pak Lang, Kafe Asrama dan Kafe Kantan
untuk berbincang mengenai tempahan makanan ini. Melalui perbincangan ini, saya
telah membuat keputusan untuk memilih Kafe Asrama untuk tempahan makanan
yang telah dibincangkan. Pemilihan Kafe Asrama adalah kerana lokasinya yang
dekat dengan IPG Kampus Darulaman di samping dapat memudahkan proses
pengurusan Letter Order (LO). Jadi, pada 13 Mac 2013, saya sekali lagi telah
berjumpa dengan pihak pengurusan Kafe Asrama untuk membuat tempahan
terakhir.
Sebagai AJK Makanan juga, saya telah membuat persediaan dari segi
kebersihan di mana saya meminta plastik hitam dari Jawatankuasa Peralatan untuk
dijadikan tempat membuang sampah. Saya juga memohon bekas minuman untuk
menyediakan minuman kepada pengelola semasa karnival berlangsung.

SEMASA
Pada 16 Mac 2013, iaitu hari berlangsungnya Karnival Permainan Tradisional,
terdapat beberapa bidang tugas yang membabitkan Jawatan Kuasa Makanan.
Pertamanya, pada jam 8.00 pagi, pihak Kafe Asrama telah menghantar wakil untuk
menghantar makanan kepada pihak kami. Makanan yang dihantar diletakkan di dua
tempat yang telah disediakan oleh Jawatan Kuasa Persiapan Tempat iaitu di dewan
besar untuk pengelola permainan anjung dan di Kafe Lawang untuk pengelola
permainan laman.
Sebelum memulakan permainan, kami telah bersarapan pagi dengan juadah
yang disediakan iaitu kuih karipap dan roti sardin serta air teao. Untuk mengelakkan
agihan makanan yang tidak telus, saya telah mengarahkan kepada semua ahli
jawatankuasa makanan yang lain untuk mencatat nama bagi sesiapa yang telah
mengambil makanan dengan kuantiti yang telah ditetapkan. Bagi setiap pengelola,
mereka akan mendapat sebiji kuih karipap dan sebiji roti sardin serta segelas air
teao. Selepas makan pagi, barulah permainan laman memulakan pertandingan pada
jam sekitar 8.30 pagi.
Pada jam 1.00 tengah hari, selepas acara penutupan di dewan besar, saya dan
rakan sejawatan yang lain sekali lagi menguruskan sesi pengagihan makanan untuk
makan tengah hari yang turut dibekalkan oleh pihak Kafe Asrama. Sekali lagi, untuk
mengelakkan agihan yang tidak telus, kami mencatat nama bagi mereka yang
mengambil makanan dan setiap seorang hanya dibenarkan mengambil satu bungkus
sahaja dan tidak dibenarkan untuk mengambil bagi pihak kawan. Semasa
pengagihan makanan, terdapat sedikit salah faham di mana, tempahan kami
sebanyak 7 bungkus untuk mereka yang vegetarian tidak disediakan oleh pihak
Kafe Asrama. Secara keseluruhannya, makanan dan minuman yang disediakan
adalah mencukupi.
Di sebabkan pengagihan makanan berlaku di Dewan Besar, maka pihak kami
telah mengarahkan kepada semua pengelola supaya mereka tidak makan di dalam
dewan bagi memastikan kebersihan dewan dapat dijaga. Arahan kami mendapat
kerjasama daripada pengelola yang lain dan mereka akur denga arahan yang
diberikan. Kebanyakkan daripada mereka makan di luar dewan dan bungkusan
sampah telah disediakan oleh pihak kami untuk tujuan penjagaan kebersihan.
Keseluruhannya, tahap kebersihan kawasan sekitar dewan selepas daripada makan
tengah hari adalah memuaskan namun ada beberapa keciciran sahaja yang sedikit
mencacatkan keadaan. Selepas makan tengah hari, pihak kafe asrama telah datang
untuk mengambil segala peralatan mereka seperti gelas, bakul dan bekas minuman.

SELEPAS
Selepas daripada sesi makan tengah hari, tugas kami adalah untuk memastikan
kawasan dewan kembali bersih seperti bagaimana kami meminjamnya pada
peringkat awal. Segala sisa bungkusan dan makanan kami letakkan di dalam tong
sampah untuk tujuan pelupusan. Selain itu, kami memeriksa kembali alatan yang
dipinjam daripada pihak stor seperti bekas minuman. Alatan-alatan yang dipinjam ini
dihantar kepada AJK Peralatan untuk tujuan penghantaran kepada stor.
Pada 17 Mac 2013, satu post-mertem telah diadakan di Dewan Zaaba bersama
semua pengelola untuk membentangkan laporan setiap jawatankuasa dan melihat
sejauh mana tindak balas daripada semua berkaitan pengelolaan Karnival
Permainan Tradisional ini. Pada sesi post-mortem ini juga, saya dengan rasminya
memohon maaf secara terbuka kepada pelajar yang menempah makanan
vegetarian, namun tidak dapat ditunaikan oleh pihak saya.
Selepas daripada sesi post-mortem tersebut, ketua jawatankuasa telah diminta
untuk menyediakan laporan lengkap bidang tugas jawatankuasa mereka dan
dikehendaki untuk menghantar laporan tersebut pada 20 Mac 2013.


Disediakan oleh,

..................................
(MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAIN)
KETUA AJK MAKANAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

You might also like