You are on page 1of 3

LAPORAN PENGGUNAAN BUKU CERITA PINTAR DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN SUKU KATA KV+KVK



Pada 2 Oktober 2014, guru telah masuk ke kelas pemulihan Tahun 2C. Subjek yang diajar
oleh guru ialah Bahasa Malaysia. Seramai 5 orang murid pemulihan hadir pada hari tersebut.
Kemahiran yang diajar oleh guru pada hari tersebut ialah perkataan KV+KVK, iaitu
menyebut nama benda dengan perkataan KV + KVK yang betul., menyatukan suku kata
menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV + KVK dan mengeja
perkataan KV + KVK. Hasil pembelajaran bagi pengajaran guru pada hari tersebut ialah
mengenal 4 daripada 5 perkataan KV+KVK berdasarkan interaksi p&p, lembaran kerja dan
aktiviti pengukuhan yang dijalankan. Kemudian, murid dapat menyatukan 3 daripada 5
perkataan KV+KVK dengan betul berdasarkan interaksi p&p, aktiviti pengukuhan dan
lembaran kerja yang diberikan. Hasil pembelajaran yang terakhir ialah murid dapat mengeja
4 daripada 5 perkataan KV+KVK dengan betul berdasarkan lembaran kerja. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru ialah strategi pemusatan guru
melalui aktiviti p&p, strategi pemusatan bahan yang dijalankan semasa guru melaksanakan
aktiviti pengukuhan iaitupermainan kolaj dan juga strategi pemusatan murid, iaitu sewaktu
murid menjawab soalan di dalam lembaran kerja yang telah disediakan oleh guru.

Sebelum memulakan Langkah 1, guru menjelaskan aktiviti P&P yang akan dilaksanakan
oleh murid-murid di dalam kumpulan masing-masing dengan penerangan yang ringkas.
Pada langkah 1, guru memulakan interaksi P&P dengan memperkenalkan buku cerita pintar
kepada murid-murid. Buku cerita pintar yang disediakan sangat menarik dan mempunyai
saiz yang sesuai bagi menarik minta murid untuk membacanya. Guru bercerita semula
menggunakan buku cerita pintar. Terdapat perkataan KV+KVK di dalam buku cerita pintar
tersebut. Kemudian guru akan membimbing murid untuk mengeja perkataan KV+KVK
berdasarkan buku cerita pintar yang digunakan. Setelah murid diberikan bimbingan,murid
kemudian akan membaca dan menyatukan suku kata KV+KVK agar menjadi perkataan
KV+KVK yang bermakna. Nilai murni yang terdapat dalam pengajaran tersebut ialah
kegigihan dan kepekaan. Murid dilihat gigih belajar dengan memberikan tumpuan kepada
paparan buku cerita pintar yang diberikan oleh guru. Dari segi kepekaan, murid begitu peka
dengan apa yang diajarkan oleh guru. Bagi catatan kemahiran berfikir kreatif dan kreatif,
murid mengaitkan bunyi suku kata KV+KVK dengan gambar-gambar yang dipaparkan di
buku cerita pintar.
Langkah kedua pula adalah aktiviti pengukuhan. Aktiviti pengukuhan dilaksanakan selama
15 minit. Guru menerapkan unsur TMK dalam membina bahan bantu mengajar yang
menarik dan sesuai dengan tahap dan kemahiran murid tahun 2 agar pengajaran tersebut
tidak terasa bosan. Oleh itu, guru telah memperkenalkan permainan mari susun cerita di
dalam komputer riba. Melalui aktiviti pengukuhan, murid akan bermain permainan mari
susun cerita di dalam komputer riba. Kemudian, murid akan menekan setiap gambar dan
gambar tersebut akan mengeluarkan suara yang mengandungi cerita brdasarkan cerita yang
dipaparkan.Suara tersebut adalah hasil rakaman daripada guru sendiri. Seterusnya, Murid
akan menyusunkan gambar mengikut kedudukan cerita. Murid yang mendapat markah
tertinggi akan mendapat token daripada guru. Setiap orang murid akan berpeluang untuk
bermain permainan tersebut. Semua murid akan bermain permainan mari susun cerita
secara bergilir-gilir. Catatan nilai murni yang telah dicatat oleh guru ialah nilai berdikari.
murid perlu berdikari membuat aktiviti pengukuhan tersebut tanpa adanya bimbingan guru
untuk melihat sejauh mana penguasaan kemahiran KV+KVK murid-murid pemulihan Tahun
2 setelah menggunakan bahan bantu mengajar yang telah disediakan. Dari segi catatan
KBKK pula iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,guru meminta murid untuk
mengaitkan pembelajaran hari ini dengan aktiviti mari susun cerita yang dilakukan sebentar
tadi.

Kemudian, langkah 3 iaitu aktiviti lembaran kerja dijalankan selama 15 minit. Guru
Memberikan lembaran kerja yang disediakan kepada kelima-lima orang murid tersebut.
Murid dikehendaki untuk membuat sendiri lembaran kerja yang disediakan tanpa bimbingan
guru. Catatan nilai murni yang boleh diletakkan pada aktiviti ini ialah nilai berdikari dan nilai
bekerjasama.Murid berdikari membuat latihan tanpa adanya bimbingan daripada guru.
Kemudian, murid bekerjasama dengan rakan lain semasa membuat latihan lembaran kerja
yang diberikan. Bagi catatan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, murid menyesuaikan
perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai dan menyatukan suku kata KV+KVK agar
menjadi perkataan KV+KVK yang bermakna.

Untuk langkah penutup, guru memperuntukkan masa selama 5 minit. Bagi penutup kognitif,
guru meminta murid untuk bermain permainan muzikal chair . Murid akan mengelilingi
kerusi sambil diiringi muzik dan akan duduk di kerusi selepas muzik diberhentikan.
Kemudian, murid yang tidak mempunyai kerusi untuk duduk akan diminta oleh guru untuk
mengeja perkataan KV+KVK yang telah dipelajari pada hari ini.
Untuk penutup sosial pula, guru memberi pujian dan galakan seperti sangat bagus, baik
dan teruskan usaha kepada murid-murid yang belajar dengan tekun dan menjalankan
aktiviti dengan baik sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan mereka tertarik dengan
pengajaran yang disampaikan dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik dan
cepat. Kemudian, guru memberikan cop token kepada murid berpandukan kepada
pencapaian mereka pada hari ini.
.

You might also like