You are on page 1of 4

Rancangan Pengajaran Harian Kumpulan 9

1

Mata Pelajaran : Sains
Tahun : Empat Pintar
Masa :8.30 pagi 9.30 pagi
Bil.Murid : 8 orang
Tema : Sains Bahan

Standard Kandungan : 8.1

Standard Pembelajaran : 8.1.1 dan 8.1.2

Objektif Pembelajaran:
Di akhir Pengajaran Dan Pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan dua contoh objek berkarat dan tidak berkarat.
2. Mengelaskan objek berkarat dan tidak berkarat.
3. Mengitlak objek berkarat diperbuat daripada besi.

KPS : Memerhati, mengelas dan berkomunikasi

Aktiviti 1: ( Persediaan )
Guru tunjuk dua batang paku kepada murid. Satu yang berkarat dan
satu lagi tidak berkarat.
Rancangan Pengajaran Harian Kumpulan 9

2

Murid memerhati dan diminta untuk melihat perbezaan pada paku
tersebut.
Murid mendengar penerangan daripada guru tentang aktiviti yang akan
dilakukan seterusnya.

Aktiviti 2: ( Berkumpulan )- Penjanaan Idea
Murid melakukan aktiviti luar dengan berjalan ke sekitar kawasan
sekolah.
Murid diminta untuk mencari dan menyenaraikan objek berkarat dan
yang tidak berkarat yang mereka temui. ( Jadual )

Aktiviti 3: Perkembangan
Guru memilih secara rawak beberapa orang murid bagi menyatakan
benda-benda berkarat dan tidak berkarat yang mereka temui.
Guru bertanya kepada murid apakah bahan yang digunakan untuk
membuat objek berkarat yang mereka temui.
Guru meminta murid menyatakan objek yang tidak berkarat itu
diperbuat daripada bahan apa.

Aktiviti 4: (Rumusan)
Guru membantu murid membuat kesimpulan bahawa semua objek
yang berkarat diperbuat daripada besi.
Rancangan Pengajaran Harian Kumpulan 9

3

Murid menjawab lembaran kerja. (Penilaian)

EMK : TMK- berkomunikasi
Bahan Bantu Belajar : Paku, Lembaran Kerja

Penilaian : Murid-murid dapat mengenal pasti dan
mengelas bahan yang boleh berkarat dan tidak boleh berkarat.

Pengayaan : Murid membuat buku skrap mengumpul objek
yang boleh berkarat dan tidak boleh berkarat.


Refleksi :

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________




Rancangan Pengajaran Harian Kumpulan 9

4


Ahli Kumpulan 9 :

Sk Timbang
SK Timbang Dayang
SKTuguson
SK Tempasuk 2
SK Sarang

You might also like