You are on page 1of 16

PENDAHULUAN

Jihad adalah gerakan alternatif yang diwajibkan kepada umat Islam bagi
menghimpun segenap kekuatan dengan penuh perhatian. Tetapi jihad terlalu kerap
disalah ertikan dan malah terkadang dihubungkaitkan dengan keganasan. Oleh
yang demikian, hasil kertas kerja ini InsyaAllah akan memberikan kefahaman yang
sebenar. Sesungguhnya gerakan jihad tidak patut digeruni.. Jihad adalah suatu
gerakan yang mesti dilakukan dengan penuh perancangan dan teliti, sama ada
dalam bidang aqidah, ibadat, sosial, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.



PENGERTIAN JIHAD
Moenawar Khalid merumuskan pengertian jihad ini sebagai kata-kata jihad
itu diambil daripada bahasa arab iaitu jahd yang beerti usaha atau
kekuatan mengikut istilah bersungguh-sungguh mencurahkan segenap
tenaga untuk melawan musuh
Seterusnya H.M.K Bakry menulis tentang jihad ini sebagai berikut jihad
daripada bahasa dengan susah payah kesulitan , menghabiskan tenaga
untuk memerangi orang kafir murtad sampai ia kembali kepada islam.
Selain itu, jihad juga boleh diertikan sebagai berjuang melawan hawa
nafsu, melawan iblis / syaitan dan melawan orang yang melakukan
kemungkaran dan fasik.
Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada yang
bermakna menggunakan segala usaha bersungguh-sungguh umtuk
mendapatkan sesuatu. Contoh seperti berjihad ketika belajar dengan
menghadapi peperiksaan.



PEMBAHAGIAN JIHAD
Jihad dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah :
Jihad terhadap Hawa nafsu
Jihad dengan Syaitan
Jihad dengan kaum Kaum Kafir dan Kemungkaran

1. JIHAD TERHADAP HAWA NAFSU
Tentang jihad yang pertama ini, adalah diwajibkan kepada semua orang muslim
mengerjakannya dan jihad ini juga merupakan suatu perkara yang wajibkankan ke atas tiap-tiap
orang yang beriman.Hal ini kerana terdapat hadis baginda S.A.W bermaksud:
Semulia-mulia jihad itu adalah berjihadnya seseorang laki-laki terhadap dirinya dan hawa
nafsunya
Adapun pengertian berjihad terhadap hawa nafsunya, terdiri atas empat perkara, iaitu berjihad
dengan nafsu supaya diri seseorang itu menjadi lebih rajin mempelajari kebenaran agama yang
datang daripada Allah dan RasulNya dengan keyakinan bahawa dirinya tidak akan bahagia di
dunia dan akhirat jika tidak mengikuti kebenaran itu.
Selain itu, berjihad agar lebih rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menjalankan
kebenaran yang telah dipelajarinya iaitu, kerana kebenaran yang diperolehi jika tidak
digunakan maka tidak berguna sama sekali untuknya.
Seterusnya , berjihad untuk menyeru dan menyebarkan kebenaran itu kepada orang lain yang
belum mengetahui.Hal ini jika tidak disebarkan ia akan mendapat hukuman daripada Allah jua.
Dan akhir sekali, berjihad dalam menyeru dan menyebarkan kebenaran tersebut, ia harus
bersiap sedia untuk menerima segala risiko,ancaman ,kesusahan dan sebagainya.
Kesemua empat perkara ini dapat dikukuhkan lagi dengan firman Allah dalam Surah Al-Asr
yang bermaksud :
Demi masa * sesungguhnya manusia itu dlam kerugian *kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal solehdan berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran*



2. JIHAD DENGAN SYAITAN

Manakala bahagian jihad yang kedua pula ialah jihad dengan musuh Allah iaitu
syaitan.tiap-tiap muslim wajib mengerjakanya,kerana syaitan merupakan musuh pertama
sejak kehadiran manusia di ala mini yang telah dapat menggelincirkan nenek moyang
iaitu nabi Adam a.s.

Firman Allah SWT dalam surah Al- Isra : 53 yang bermaksud :

bahawasanya syaitan itu adalah bagi manusia musuh yang nyata

Jihad dengan syaitan ini mempunyai dua masalah iaitu:
Memerangi segala tipu muslihat seseorang (baik dalam bentuk tulisan,atau
gambaran ) yang dapat menimbulkan keraguaan atau syak wasangka di dalam
hati.
Seterusnya memerangi apa yang ada pada diri seseorang daripada cita-cita dan
kemahuan yang melampaui batas yang telah di tetapkan oleh syariat islam.

Allah taala berfirman yang maksudnya :
Katakanlah: Ya Tuhanku, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada bisikan
(tipuan) syaitan. Dan aku mohon perlindungan pula pada-Mu, supaya mereka jangan
mendekati aku. (Al-Mukminun: 97-98)

Allah Taala juga berfirman yang maksudnya :
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah, aku
memohon perlindungan kepada tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia.
Daripada kejahatan godaan syaitan yang bersembunyi. Yang menggoda dalam dada
manusia. Dari bangsa jin dan manusia. (An-Nas: 1-6)
3. JIHAD DENGAN KAUM KAFIR DAN KEMUNGKARAN


Sesungguhnya jihad terhadap kaum kafir dan kemungkaran ini adalah fardhu `ain. Iaitu apabila
musuh-musuh itu berusaha membinasakan negara Islam dan mengotori kehormatan dan
kesucian umat Islam. Sebagaimana yang terjadi pada masa kini di kalangan negara Islam.
Dalam fenomena ini, seluruh umat islam berkewajipan membela negara Islam dan
mempertahankan kesucian kaum muslimin dengan darah dan hartanya.
Islam akan menyatakan perang apabila musuh-musuh Islam melakukan kezaliman,
penganiayaan dan kemungkaran (maksiat). Dalam hal ini, Islam mewajibkan kepada umatnya
untuk mengenyahkan kezaliman dan kemungkaran tersebut sehingga kaum muslimin bebas
daripadanya.
Ini berdasarkan hadis baginda SAW yang bermaksud :
barang sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia menegah dengan tangannya,jika
ia tidak mampu maka tegahlah dengan lidahnya,seandainya ia tidak mampu juga maka tegahlah
dengan hatinya yang merupakan selemah-lemah iman
(Rukun Al- Jihad . Halaman 40,41)


KESAN JIHAD DALAM DIRI
INDIVIDU
Manakala apabila diperhatikan kesan jihad ini jika di hayati dan di tanamkan dalam kehidupan
bagi setiap individu,nescaya akan dapat melahirkan seorang individi yang cekal dan
mantap.antara kesannya :




Melahirkan J ati Diri I ndividu Yang Kuat Terhadap Cabaran.
Seandainya konsep jihad ini ditanamkan dalam setiap individu, maka secara tidak langsung
akan dapat melahirkan jati diri individu yang kuat. Hal ini kerana dalam era kemodenan ini
terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Salah satunya adalah batiniah yang
perlu diperkuatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan.


Menanamkan Sifat Berani Dalan Diri Setiap I ndividu.
Justeru, apabila dihayati konsep jihad ini pasti akan lahirnya sifat berani dalam diri bagi setiap
individu. Hal ini kerana sifat penakut adalah suatu perangai dan watak yang paling rendah dan
sifat yang paling hina di dunia ini. Ini disebabkan penakut merupakan penutup matahari
kebenaran, pemadam semangat yang menyala-nyala di dalam dada manusia. Oleh sebab itulah
negara kita semakin ditindas dan maksiat semakin berleluasa.











Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah
Manakala dengan terterapnya penghayatan jihad dalam diri setiap individu maka secara
langsunnya dapat mendekatkan diri kepada allah swt.hal ini melaui dengan cara sentiasa ingin
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada dalam ilmu peperangan mahupun ilmu-ilmu
yang lain. Melalui penghayatan ini juga setiap individu akan lebih memajukan dirinya melalui
cara mengaplikasikan ilmu yang di pelajarinya untuk agama, bangsa dan negara.


KESAN JIHAD TERHADAP UMMAH



Terdapat tiga kesan jihad terhadap ummah antaranya ialah :

Dapat Mewujudkan Perpaduan Yang Utuh Di Kalangan Umat I slam
Manakala apabila penghayatan konsep jihad ini dihayati dalam sesebuah ummah maka akan
wujudnya perpaduan yang kuat dikalangan mereka. Hal ini akan menjadi sesebuah ummah yang
amat digeruni oleh setiap musuh dan golongan yang jahat yang ingin menghancurkan agama
Islam dan memecah belahkan umat islam. Justeru itu segala masalah yang dihadapi mudah
untuk diselesaikan dan ditangani




Wujudnya Semangat Mempertahankan Agama I slam
Selain itu, melalui penghayatan ini akan wujudnya semangat untuk mempertahankan agama
yang dianuti iaitu agama Islam. Jika dilihat pada masa kini umat Islam yang kian ditindas dan
dipermainkan oleh orang kafir. Namun kita hanya manpu memandang sahaja. Oleh yang
demikian seandainya kita mempunyai semangat yang kuat nescaya kita akan bangun bersama-
sama untuk menegakkan kembali panji islam di puncak dunia. Maka kita perlu menanamkan
penghayatan ini dalam diri dan ummah.
















Dapat Meluaskan Ajaran Islam Dengan Mudah
Oleh yang demikian, apabila konsep jihad ini dihayati dan dipraktikkan dalam hidup setiap
muslim nescaya ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih luas ke merata pelusuk dunia. Hal
ini kerana agama Islam mengajar umatnya tentang keamanan dan ketenangan. Ini dapat dilihat
pada zaman baginda Rasulullah saw. Baginda dapat menyebarkan agama suci ini keseluruh
pelusuk hanya berbekalkan berani, tekun, semangat dan amat mencintakan agama Islam itu
sendiri. Oleh itu baginda berani berjihad walaupun jika nyawa baginda melayang.

KESIMPULAN

o Pandangan Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahwa keutamaan ibadah adalah yang
paling mendesak dan sesuai untuk dilaksanakan saat itu. Jika dalam keadaan perang,
maka jihad paling utama adalah berperang melawan musuh. Jika dalamkeadaan miskin
maka jihad paling utama adalah memerangi kemisikinan, dan jika sedang mengalami
kebodohan maka jihad paling utama adalah menuntut ilmu.

o kelemahan dalam memahami kewajipan jihad dalam kehidupan telah menyebabkan jihad
dipinggirkan dan dipandang sepi oleh majoriti umat Islam kini. Ini kerana kelemahan
dalam membaca realiti kehidupan yang mencabar telah mengakibatkan kelemahan yang
ketara dalam menyusun segala kepentingan, menentukan segala tujuan dan menyusun
segala strategi. Syahid adalah ganjaran yang tak ternilai buat mereka yang berjihad
Lillahitaala. Walau apa jua halangan dan salah tanggapan yang ditimbulkan terhadap
konsep jihad dalam Islam, umat Islam seharusnya berusaha untuk memahami dengan
lebih lanjut tentang jihad samaada melalui pembacaan, pendengaran dan juga
pemerhatian. Dan sesungguhnya Jihad itu indah dan ganjaran bagi mereka yang
berjihad untuk menegakkan syiar Islam seperti yang dijanjikan Allah swt amatlah besar
dan tak ternilai dengan wang ringgit. Akhirul kalam, dari Abu Hurairah meriwayatkan
bahawa Nabi saw bersabda barangsiapa berpegang dengan sunnahku ketika di zaman
rosaknya umatku, baginya adalah ganjaran syahid (fisabilillah). Hadis Riwayat
Tabrani.





RUJ UKAN

BC301 tamadun islam (nota)
http://opalotus99.blogspot.com/2009/
01/nas-dan-dalil-al-quran-berkaitan-
dengan.html



DALIL-DALIL AL-QURAN
BERKAITAN JIHAD


Jihad merupakan bahasa Al Quran, maka Al Quranlah yang paling berhak menceritakan apa
makna jihad sebenarnya. Akal dan perasaan kita wajib tunduk kepadanya, dan tidak boleh
mengingkarinya atau memberikan pemahaman apologi yang menyimbolkan kekalahan mental
umat Islam dari orang Barat, hanya kerana takut disebut penganas.
Allah Taala berfirman di berbagai ayat

Allah Ta'ala berfirman: "Dan perangilah kaum musyrikin itu seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi engkau semua seluruhnya pula dan ketahuilah bahwasanya Allah itu beserta orang-
orang yang bertaqwa." (at-Taubah: 36)

Allah Ta'ala juga berfirman: "Diwajibkan padamu sekalian berperang, sedang perang itu suatu
hal yang dibenci olehmu semua dan barangkali engkau semua membenci sesuatu, padahal ia
adalah lebih baik untukmu semua, juga barangkali engkau semua senang pada sesuatu, padahal
ia adalah lebih buruk untukmu semua. Allah adalah Maha Mengetahui, sedangkan engkau
semua tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Allah Ta'ala berfirman pula: "Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan
berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah." (at-Taubah: 41

Allah Ta'ala berfirman pula: "Tidaklah sama antara orang-orang yang duduk-duduk - di rumah
yakni tidak mengikuti peperangan - dari golongan kaum mu'minin yang bukan karena keuzuran,
dengan orang-orang yang berjihad fi-sabilillah dengan barta-harta dan dirinya. Allah melebih-
kan tingkatan orang-orang yang berjihad dengan harta-harta dan dirinya itu daripada orang-
orang yang duduk-duduk tadi Kepada masing-masing dari kedua golongan itu, Allah telah
menjanjikan kebaikan dan Allah lebih mengutamakan orang-orang yang berjihad daripada
orang-orang yang duduk-duduk dengan pahala yang besar, Yaitu berupa derajat-derajat - yang
tinggi, juga pengampunan dan kerahmatan daripadaNya dan Allah adalah Maha Pengampun
lagi Penyayang." (an-Nisa': 95-96)
`

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, ada seorang bertanya kepada Nabi Shallallahu Alaihi
wa Sallam, apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?, beliau
menjawab: Kalian tidak akan mampu. Mereka bertanya hingga dua atau tiga kali, semuanya
dijawab: Kalian tidak akan mampu. Begitu yang ketiga kalinya,dan beliau berkata :
Perumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, shalat malam,
berdzikir membaca ayat-ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan shalatnya itu sampai
pulangnya si mujahid di jalan Allah Taala. (HR. Muslim)

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam
bersabda: Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota mekkah, tetapi yang ada adalah jihad dan
niat, jika kalian diperintahkan untuk berangkat maka berangkatlah (untuk jihad). (HR.
Bukhari)
HADIS-HADIS AL QURAN
BERKAITAN JIHAD

Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui. (Al Baqarah (2): 216)

Dan perangilah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat
mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan,
dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi
kamu di tempat itu. jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), Maka bunuhlah mereka.
Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. ( Al Baqarah (2): 191)

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan
mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki. (Ali Imran (3): 169)

Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran)
berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama! ( An Nisa (4): 71)







ISI KANDUNGAN

Pendahuluan



Pengertian Jihad



Dalil-Dalil Al-Quran
Berkaitan Jihad



Hadis-Hadis Al Quran
Berkaitan Jihad



Pembahagian Jihad


Kesan Jihad Dalam Diri
Individu



Kesan Jihad Terhadap
Ummah



Kesimpulan


Rujukan

You might also like