You are on page 1of 27

1.

Pengenalan
Sejajar dengan perkembangan dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,
pendidikan dilihat sebagai antara aspek yang terkesan hasil dari gelombang globalisasi ini.
Dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku dalam bilik darjah dan
menggunakan bahan seperti buku-buku sahaja, namun dengan kewujudan dan kemudahan
pengkomputeran dan internet menjadikan segala maklumat dan ilmu pengetahuan boleh
dicapai dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Lalu, lahirlah istilah e-
pembelajaran yang merupakan proses pembelajaran secara atas talian menerusi internet
seperti forum, email, blog, laman web dan sebagainya. Kini kepesatan bidang telekomunikasi
terus merubah aspek teknikal dalam penyampaian maklumat dan diaplikasikan dalam bentuk
pelbagai medium yang menjadikannya lebih mudah, menarik dan efisyen. Telefon pintar
yang menguasai pasaran komunikasi hari ini jelas dieksploitasi dalam pelbagai cara termasuk
dalam bidang pendidikan. Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular di
kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang
mempunyai ciri-ciri pengkomputeran maju dan mempunyai akses bersambungan dengan
pelbagai rangkaian. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih
di dalamnya berasaskan pelantar operasi telefon seperti Symbian, Android, iOS atau
Windows Phone. Menurut Rosli & Mohamad (2011), Telefon pintar merupakan gabungan
telefon bimbit dan PDA. Telefon ini telah menggunakan perisian Symbian, Mobile Windows
dan lain-lain perisian mudah alih. Telefon pintar juga dilengkapi dengan akses internet dan
mampu untuk menyokong aplikasi multimedia. Perkembangan dalam bidang teknologi ini
juga telah mengubah cara manusia belajar. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal
bilik kuliah dan lebih bersifat global dan sepanjang hayat. Banyak aplikasi yang menarik
ditawarkan kepada pemilik telefon pintar yang menyerlahkan kepelbagaian fungsinya bukan
sahaja sebagai wadah komunikasi tetapi lebih kepada penggunaan pelbagai fungsi
termasuklah aplikasi pendidikan. Aplikasi pendidikan yang banyak ditawarkan dan mudah
diakses boleh dimanfaatkan di bilik darjah dalam membantu guru mempelbagaikan lagi
medium pengajaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dengan lebih baik dan
berkesan.
Dalam tugasan ini, satu kajian perlu dilakukan ke atas satu aplikasi Android atau iOS
yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ( PPBK ) di dalam kelas. Aplikasi pendidikan ini digunakan dalam pengajaran di
kelas dan kemudiannya akan dinilai oleh beberapa orang guru berdasarkan borang soal
selidik yang dibekalkan.

2. Latar Belakang kajian
Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan teknologi telefon pintar dan
tablet berkembang dengan pesat. Terdapat banyak aplikasi Android dan Apple Apps
(iOS) yang berbentuk pendidikan telah dibangunkan dan ada diantaranya mungkin sesuai
digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Dalam
tugasan ini, penulis telah memilih satu perisian pendidikan iaitu aplikasi belajar solat
yang dimuaturun dari tapak web google play.
Aplikasi belajar solat ini telah mula dibangunkan oleh Ahpromedia Indonesia
pada 22 oktober 2013. Aplikasi ini boleh dimuatturun di web
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ahpro.belajarsholat ke telefon pintar
yang mempunyai sistem operasi android secara percuma. Aplikasi ini dibuat bertujuan
untuk memudahkan pengguna dalam proses belajar sholat dengan cepat. Aplikasi ini
boleh dipraktikkan di mana sahaja dengan mudah.
Antara kelebihan yang ada pada aplikasi ini ialah :-
i. Gambar yang menarik supaya mudah memahami gerakan sholat
ii. Terdapat suara atau mp3 yang membantu dalam proses pemahaman bacaan sholat
iii. Terdapat beberapa artikel yang bermanfaat seperti panduan sholat jumaat
iv. Terdapat surah-surah pendek dilengkapi tulisan arab dan audio yang sangat baik
v. Aplikasi ini juga lengkap dengan
- Panduan Niat Sholat
- Panduan Dzikir Setelah Sholat
- Ayat Kursi
- Doa Qunut, dan
- Doa Sesudah Adzan

Antara paparan aplikasi belajar solat









3. Objektif Kajian
Mendapat maklumbalas daripada guru yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan
dan teknikal aplikasi Android belajar Solat ini adakah bersesuaian untuk digunakan
sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas.

4. Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan bagi membuktikan apakah kepentingan aplikasi pendidikan ini dan
impak terhadap para pelajar dan guru. Adakah aplikasi ini seperti selamat untuk
digunakan, mudah untuk digunakan, mesra pengguna, fleksibel dan memberi manfaat
kepada penggunanya.

5. Kajian Literatur
Sebelum menjalankan kajian ini, beberapa rujukan dan terminologi projek yang
serupa yang dibuat oleh penyelidik lain telah digunakan sebagai bahan rujukan bagi
memudahkan proses penghasilan projek.
Di dalam kajian oleh Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan
(2012) yang bertajuk Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Sains, pelajar boleh mengakses buku pelajaran melalui pangkalan data
atas talian atau laman web, atau mendengar pembelajaran dalam bentuk fail audio pada
pemain MP3. Sebagai contoh, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura telah
menggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen, tahun 2012). Kajian ini
menunjukkan bahawa amalan teknologi boleh mengubah pengajaran menjadi lebih
efisyen.
Selain itu, kepesatan bidang komunikasi menjadikan peranti, gajet dan telefon
pintar sebagai medium pengajaran yang berkesan. Menurut Wagner (2008), kemajuan
dalam aspek teknologi juga memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan. Proses
pendidikan bukan lagi tertumpu dalam sesebuah platform sahaja seperti dalam bilik
darjah. M-pembelajaran lebih bercorakkan pembelajaran kendiri (self-learning) yang
hanya memerlukan peralatan mudah alih seperti personel data assistants (PDA), Palm
Talk, Smartphone, iPAQ dan Pocket PC untuk pengaksesannya.

Manakala Ahmad (1997) telah menjalankan kajian ke atas murid-murid tahun
lima di Sekolah Kebangsaan Jabi yang berkaitan dengan keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran matematik untuk tajuk
Operasi Asas Matematik. Dalam kajian itu beliau mendapati terdapat perubahan sikap
yang positif di kalangan responden yang terlibat untuk mencuba setiap soalan yang
dikemukakan di dalam komputer. Kajian ini menunjukkan kecenderungan positif dalam
minat para pelajar apabila aspek PBBK diaplikasikan.
Menurut Ahmad Sobri (2010) pula, Kaedah m-learning ( mobile learning ) atau
m-pembelajaran sebenarnya telah lama diamalkan dan dipraktikkan di negara
membangun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat Di Malaysia, m-pembelajaran
sebenarnya masih lagi di peringkat awal. Kajian dalam m-pembelajaran di Malaysia perlu
dipergiat sebagaimana pengkaji di Eropah sedang melakukan pelbagai kajian dan sedang
di eksperimentasikan terhadap keberkesanan penggunaannya dalam pembelajaran.
Penggunaan m-pembelajaran masih lagi tidak meluas sebagai mana penggunaan e-
pembelajaran dan d-pembelajaran yang menjadi medium pengajaran afektif masa kini.
Namun, kewujudan m-pembelajaran memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna
untuk pembelajaran yang lebih terfokus tanpa gangguan dari pihak lain.
Perkembangan teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses
pembelajaran tidak terhad kepada tembok fizikal bilik darjah sahaja. Dengan adanya
pelbagai peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan tablet, persekitaran
pembelajaran pelajar lebih meluas dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi,
personal, bekerjasama dan sepanjang hayat (Naismith, Lonsdale, Vavoula & Sharples,
2004).
Menurut Kukulska-Hulme dan Traxler (2005), m-learning merupakan suatu
konsep yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran
tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku. Ini merujuk kepada
proses pembelajaran yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bukannya di kelas
semata-mata. Sebagai seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di
Politeknik Malaysia, telefon mudah alih, komputer riba, palm talk mahupun i-pod
merupakan gadget yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita
berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran dengan mencipta komuniti
pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia
maya, bagi menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong
pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007).
Kajian Shaharuddin Md Salleh & Zaidatun Tasir (2011), di dalam jurnal bertajuk:
Pembinaan Sistem Pembelajaran Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Sesawang
Bagi Kursus Telekomunikasi dan Rangkaian, yang diterbitkan di dalam Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia, Jilid 1, No.1, Mac 2011 (http://www.jtpm-meta.com/arkib.php, 29
Jun 2014) telah membentangkan satu aplikasi atas talian berbentuk simulasi berasaskan
laman sesawang yang telah dilaksanakan untuk pelajar kursus Telekomunikasi dan
Rangkaian bagi Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan, UTM. Hasil daripada
maklum balas pelajar yang diperoleh melalui borang kaji selidik dan forum di laman
sesawang aplikasi tersebut, didapati bahawa ianya sangat positif dikuatkan lagi dengan
ciri menarik yang dimiliki oleh simulasi berasaskan laman sesawang tersebut.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, mereka mengesyorkan agar platform seumpama ini
diperkembangankan dan diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
Mohd Firdaus Yahaya (2012) pula, di dalam tesis sarjananya bertajuk: Istikhdam
Al-Burtfuliyu Al-Iliktruniyy Lada Al-Talabah Al-Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-
Arabiyyah: Tatwir, wa Tanfiz, wa Taqwim (Penggunaan e-Portfolio dalam Kalangan Para
Pelajar Pengkhususan Bahasa Arab: Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian), telah
mengaitkan satu aplikasi atas talian berasaskan laman sesawang, yang dinamakan sebagai;
e-Portfolio. Aplikasi ini dibangunkan dengan disesuaikan untuk penggunaan para pelajar
pengkhususan bahasa Arab. Hasil daripada kajiannya, penggunaan aplikasi atas talian; e-
Portfolio ini telah menarik minat para pelajar, seterusnya memudahkan lagi kerja-kerja
mereka berkaitan pembelajaran bahasa Arab. Di samping itu, beliau menyimpulkan
bahawa aplikasi atas talian; e-Portfolio ini bersesuaian untuk digunakan oleh semua
peringkat pelajar.




6. Metodologi Kajian
Seramai 10 orang daripada semua guru pendidikan Islam SK Pekan Tuaran telah dipilih
sebagai responden untuk kajian ini. Responden telah diberikan taklimat dan sesi tayangan
serta demonstrasi berkaitan perisian ini. Kemudian satu set borang soal selidik dikemukakan
untuk dijawab oleh responden. Responden juga diminta mengemukakan pendapat secara
bertulis terhadap perisian ini.

7. Rekabentuk kajian
Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif. Kajian ini dilaksanakan bagi
mendapatkan untuk mengenal pasti aspek isi kandungan dan teknikal satu aplikasi Android
atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas. Untuk
mendapatkan data, penyelidik telah gunakan bacaan peratus untuk mengukur setiap item
dalam borang soal seldik yang dikemukakan.
7.1 Analisis Data
Semua data-data yang diperolehi dari soal selidik responden akan dianalisa dalam
bentuk kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007
untuk menentukan kejelasan item. Data ini disusun dalam bentuk jadual bagi memberikan
gambaran dan kefahaman yang jelas. Penyusunan dalam bentuk jadual memudahkan lagi
hasil kajian dianalisia dan dihuraikan.

8. Instrumen Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek isi kandungan dan teknikal satu aplikasi
Android atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas.
Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data bagi projek kami ialah daripada
soal selidik dan temubual. Semua data yang dikumpul, dikodkan dan seterusnya dianalisis.
Sebelum analisis dijalankan, data disaring terlebih dahulu. Penyaringan data dijalankan bagi
melihat ciri-ciri sebenar yang wujud sebelum analisis dapat dijalankan.
8.1 Soal selidik
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi
sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana
ia menilai aspek isi kandungan dan teknikal aplikasi belajar solat yang digunakan.
Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik adalah
selaras dengan objektif kajian iaitu mendapat maklumbalas daripada guru yang berkaitan
dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal aplikasi android belajar solat ini adakah
bersesuaian untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas. Pengkaji telah
merujuk membina borang soal selidik ini berdasarkan beberapa kriteria yang
dikategorikan kepada 3 aspek utama iaitu isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi.
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 10 orang responden yang
terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran. Sebelum
responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji memberi penerangan terlebih
dahulu tentang penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-cara mengisi
borang soal selidik. Responden diberi masa 10 minit untuk menjawab soalan-soalan yang
diberikan. Pengkaji telah mentadbir sendiri setiap responden yang dipilih untuk memberi
pemahaman tentang soalan yang diberikan.
Penulis memilih Skala Likert untuk mengukur maklum balas yang akan diberikan
oleh responden. Tahap skala yang digunakan adalah 5 skala. Sila lihat contoh borang soal
selidik di bahagian lampiran.
Pernyataan Item Singkatan Skor
Sangat Tidak Setuju STS 1
Tidak Setuju TS 2
Kurang Setuju KS 3
Setuju S 4
Sangat Setuju SS 5
Jadual 1: Skala Likert : Pengkelasan Maklumbalas Responden

9. Dapatan Kajian
9.1 Latar belakang responden
Seramai 10 orang Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran telah
dipilih sebagai responden. Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan mengikut jantina,
dan bangsa bagi responden.
Jadual 2 : Latar Belakang Responden
Responden dalam kajian ini adalah seramai 10 orang guru Pendidikan Islam yang terdiri
daripada 3 lelaki dan 3 wanita. Ini bermakna pemilihan responden adalah daripada 50% lelaki
dan 50% perempuan. Rajah 1 di bawah menunjukkan peratus responden mengikut jantina.


Rajah 1: Peratus Jantina Responden
Analisis dari segi bangsa menunjukkan 33% responden adalah guru bumiputera Sabah, manakala
67% responden adalah berbangsa melayu dan berasal dari semenanjung. Rajah 2 di bawah
menunjukkan peratus responden mengikut jantina.

Rajah 2: Peratus Bangsa Responden
Seterusnya dari segi pengalaman kerja, 2 orang responden berpengalaman kurang 5 tahun, 3
orang daripada mereka telah melebihi lima tahun mengajar dan selebihnya telah berpengalaman
LELAKI
30%
PEREMPUAN
70%
JANTINA
Melayu
60% Bumiputera
Sabah
40%
LAIN-LAIN
0%
BANGSA
JANTINA BANGSA
PENGALAMAN MENGAJAR
L P Melayu Bumiputera
Sabah
Lain-lain 1-5 tahun 6-10 Tahun Lebih 10 Tahun
3 7 6 4 0 2 3 5
mengajar melebihi 10 tahun. Rajah 3 di bawah menunjukkan peratus responden berdasarkan
pengalaman kerja.


Rajah 3: Peratus Pengalaman Mengajar Responden

9.2 Analisis Soalan soal selidik Bahagian B
Terdapat 16 soalan soal selidik dalam bahagian B yang dikemukakan kepada responden untuk
menilai isi kandungan dan teknikal aplikasi android belajar solat ini adakah bersesuaian untuk
digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas yang telah dianalisa mengikut item. Setiap
item tersebut dianalisa menggunakan peratusan. Kemudian, perbincangan akan bagi
melihat kesesuaian setiap aspek.
9.2.1 Isi Kandungan
a) Ketepatan
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan atau persepsi mereka terhadap Isi Kandungan dalam bahagian B iaitu dari segi
ketepatan dapat dilihat dalam Jadual 4. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
1-5 TAHUN
20%
5-10 TAHUN
30%
LEBIH 10
TAHUN
50%
PENGALAMAN MENGAJAR
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
1.Isi
Kandungan
a) Ketepatan
1. Bebas daripada kesilapan
2. Maklumat terkini.
3. Pendapat yang tidak berat sebelah.
4. Sesuai dengan kebudayaan dan agama.

2 6 2
Jadual 3: Purata jawapan item 1( a. Ketepatan)
Jadual 3 menunjukkan dari segi ketepatan aplikasi belajar solat begitu memuaskan.
Hanya 20% responden sangat bersetuju dengan ketepatan isi kandungan aplikasi ini. 60%
responden bersetuju bahawa aplikasi ini kandungannya bebas daripada kesilapan maklumat dan
fakta. 20% lagi responden kurang bersetuju dengan ketepatan perisian ini mungkin disebabkan
penggunaan bahasa Indonesia agak berlainan dan sukar diterima oleh para pelajar di Negara kita.

b) Kesesuaian
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan atau persepsi mereka terhadap Isi Kandungan dalam bahagian B iaitu dari segi
kesesuaian dapat dilihat dalam Jadual 4. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
Jadual 4: Purata jawapan item 1( b. Kesesuaian)
Jadual 4 menunjukkan dari segi kesesuaian aplikasi belajar solat bebas ini tidak begitu
memuaskan. 70% responden kurang bersetuju dengan kesesuaian isi kandungan aplikasi ini. 20%
responden bersetuju bahawa aplikasi ini bersesuaian dengan tahap pelajar. Hanya 10% mewakili
1 responden sangat bersetuju aplikasi ini sesuai dengan tahap pelaajr sekolah rendah.
c) Skop
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan atau persepsi mereka terhadap skop Isi Kandungan dalam bahagian B dapat dilihat
dalam Jadual 5. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
5. Penggunaan bahasa yang betul dari segi
nahu, ejaan dan struktur ayat.
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
1.Isi
Kandungan
b)Kesesusaian
1. Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap
pelajar.
2. Maklumat adalah sesuai dengan objektif
yang hendak dicapai
3. Interaksi komputer-pelajar hendaklah
sesuai dengan tahap pelajar.

7 2 1
Jadual 5: Purata jawapan item 1( c. Skop)
Jadual 5 menunjukkan skop isi kandungan aplikasi belajar solat ini amat memuaskan.
90% responden sangat bersetuju dengan skop isi kandungan aplikasi ini. Hanya 10% mewakili 1
responden yang hanya bersetuju aplikasi ini berkaitan dengan skop pengajaran solat.
Secara keseluruhannya, isi kandungan aplikasi belajar solat ini amat memuaskan bagi
responden. Analisa item isi kandungan dari segi kesesuaian, ketepatan dan skop boleh dilihat
dengan lebih tepat dalam graf yang dipaparkan di bawah:

Rajah 4: Analisis Isi Kandungan Aplikasi Belajar Solat



20%
70%
60%
20%
10%
20%
10%
90%
Ketepatan Kesesuaian Skop
ISI KANDUNGAN APLIKASI BELAJAR SOLAT
STS TS KS S SS
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
1.Isi
Kandungan
c)Skop
1. Kandungan yang disampaikan berada dalam
skop topik yang hendak diajar.
2. Kandungan disampaikan mengikut susunan
yang sesuai.
3. Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.

1 9
9.2.2. Aspek Teknikal
a) Navigasi
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap aspek teknikal dari segi navigasi sistem aplikasi belajar solat ini
dapat dilihat dalam Jadual 6. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
Jadual 6: Purata jawapan item 2 ( a. Navigasi)
Jadual 6 menunjukkan bahawa navigasi sistem aplikasi belajar solat ini amat baik dan
memuaskan. Semua responden sangat bersetuju bahawa aspek teknikal dari segi navigasi sistem
mudah dan cepat, mesra pengguna, senang diakses dan dikawal.
b) Ciri-ciri penyimpanan rekod
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap aspek teknikal sistem aplikasi belajar solat ini dari segi ciri-ciri
penyimpanan rekod dapat dilihat dalam Jadual 7. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti
berikut:
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
2. Aspek
Teknikal
a)Navigasi
1. Maklumat dapat dicari dengan mudah dan
cepat.
2. Penggunaan menu, ikon dan arahan yang
intuitif.
3. Ada pilihan untuk mengawal perjalanan
perisian, berhenti atau keluar
6. Bunyi yang boleh dikawal.
10
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
2. Aspek
Teknikal
b)Ciri-ciri penyimpanan rekod
1. Kemudahan untuk mencetak maklumat.
2. Menyimpan maklumat tentang kedudukan
semasa dalam suatu perisian dan permainan
3. Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu
4. Rekod penggunaan perisian pelajar untuk
4 5 1
Jadual 7: Purata jawapan item 2 ( b. Ciri-ciri penyimpanan rekod)
Jadual 7 menunjukkan bahawa ciri-ciri penyimpanan rekod aplikasi belajar solat ini
langsung tidak memuaskan para responden. Semua responden tidak bersetuju bahawa aplikasi
belajar solat ini mampu menyimpanan rekod akses pelaajr dan boleh mencetak maklumat yang
diperlukan.
c) Persembahan
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap aspek teknikal sistem aplikasi belajar solat ini dari segi persembahan
pula dapat dilihat dalam Jadual 8. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
Jadual 8: Purata jawapan item 2 ( c. Persembahan)
Jadual 8 menunjukkan bahawa aspek persembahan aplikasi belajar solat ini memuaskan
hati para responden. Hampir semua responden bersetuju bahawa persembahan aplikasi belajar
solat ini menarik perhatian dan boleh meransang pemikiran pelajar.
d) Kualiti
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas semua guru pendidikan Islam di
SK Pekan Tuaran seramai 10 orang berkaitan dengan pandangan mereka terhadap aspek teknikal
sistem aplikasi belajar solat ini dari segi kualiti pula dapat dilihat dalam Jadual 9. Kekerapan
jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
memantau pelajar
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
2. Aspek
Teknikal
c) Persembahan
1. Isi Kandungannya disampaikan dapat
meransang pemikiran pelajar
2. Aktiviti yang menggalakkan penyelesaian
masalah secara kreatif
3. Maklum balas yang membina
4. Kemudahan untuk mendapatkan bantuan
5. Susun atur paparan yang menarik
6. Penerangan yang mencukupi bagi visual
7. Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan kumpulan
2 7 1
Jadual 9: Purata jawapan item 2 ( d. Kualiti)
Jadual 9 menunjukkan bahawa kualiti aplikasi belajar solat ini memuaskan hampir
semua responden. Hampir semua responden sangat bersetuju bahawa kualiti aplikasi belajar solat
ini baik dan amat memuaskan.
Secara keseluruhannya, aspek teknikal aplikasi belajar solat ini amat memuaskan bagi
hampir semua responden. Cuma ciri-ciri penyimpanan rekod dan kemudahan mencetak aktiviti
pada aplikasi ini tidak begitu memuaskan mereka. Analisa item aspek teknikal dari segi navigasi,
ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti boleh dilihat dengan lebih tepat dalam graf
yang dipaparkan di bawah:

40%
50%
10%
20%
10%
70%
20%
100%
10%
70%
Navigasi Ciri penyimpanan rekod Persembahan Kualiti
ASPEK TEKNIKAL APLIKASI BELAJAR SOLAT
STS TS KS S SS
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
2. Aspek
Teknikal
d) Kualiti
1. Visual yang sesuai dengan kandungan
pelajaran
2. Audio yang jelas dan mudah difahami dan
dikawal
3. Suara dan muzik yang berkaitan dengan
paparan visual
1 2 7
Rajah 5: Analisis Aspek Teknikal Aplikasi Belajar Solat
9.2.3. Dokumentasi
a) Teknikal
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 10 orang guru berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap aspek teknikal yang didokumentasikan padasistem aplikasi belajar
solat ini dapat dilihat dalam Jadual 10. Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
Jadual 10: Purata jawapan item 3 ( a. Teknikal)
Jadual 10 menunjukkan bahawa aspek teknikal yang didokumentasikan pada aplikasi
belajar solat ini kurang memuaskan. Semua responden kurang bersetuju dengan aspek teknikal
yang didokumentasikan pada perisian ini. Walaupun ada laman web pengendali aplikasi ini
namun tidak ada talian bantuan teknikal yang boleh dihubungi jika terdapat masalah ada perisian
ini.
b) Panduan Pengguna
Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas semua guru pendidikan Islam di SK
Pekan Tuaran seramai 10 orang berkaitan dengan pandangan mereka terhadap panduan
pengguna yang disediakan pada aplikasi belajar solat ini dapat dilihat dalam Jadual 11.
Kekerapan jawapan telah disenaraikan seperti berikut:
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
3.Dokumentasi a) Teknikal
1. Penerangan tentang keperluan peralatan dan
sistem operasi komputer
2. Penerangan tentang pengoperasian perisian
3. Bantuan melalui telefon / emel
1 4 5
Item Soalan JAWAPAN
STS TS KS S SS
3.Dokumentasi c) Panduan Pengguna
1. Maklumat tentang kumpulan sasaran
2. Ringkasan kandungan perisian
3. Objektif pembelajaran
4. Cadangan cara penggunaan dalam kelas,
rancangan mengajar dan aktiviti
5. Bahan pengajaran dan pembelajaran
2 8
Jadual 11: Purata jawapan item 3 ( b.Panduan Pengguna)
Jadual 11 menunjukkan bahawa aspek teknikal yang didokumentasikan pada aplikasi
belajar solat ini memuaskan responden. Hampir semua responden sangat bersetuju dengan
panduan pengguna yang didokumentasikan pada aplikasi ini. Aplikasi ini menetapkan golongan
sasarannya,mempunyai objektif dan ada menyediakan bahan tambahan pembelajaran yang
berkaitan seperti bacaan surah pendek dan doa selepas azan.
Secara keseluruhannya, aspek teknikal yang didokumentasikan pada aplikasi belajar solat
ini tidak memuaskan bagi hampir semua responden. Namun aspek panduan pengguna yang
didokumentasikan pada aplikasi ini pula begitu memuaskan mereka. Analisa item dari segi
dokumentasi boleh dilihat dengan lebih tepat dalam graf yang dipaparkan di bawah:

Rajah 6: Analisis Aspek Dokumentasi Aplikasi Belajar Solat







10%
40%
50%
20%
80%
Teknikal Panduan Pengguna
ASPEK DOKUMENTASI APLIKASI BELAJAR SOLAT
STS TS KS S SS
tambahan
9.2.4 Perbincangan Dapatan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian sememangnya jelas terbukti bahawa aplikasi belajar solat
yang dipilih adalah perisian peringkat sederhana dari segi semua aspek. Analisis data
berdasarkan keputusan soal selidik yang dijalankan membuktikan terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan aplikasi tersebut bukanlah aplikasi yang terbaik untuk digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBBK) di sekolah.
Pengkajian aplikasi ini berdasarkan kepada tiga elemen penting iaitu dari segi Isi
Kandungan, Aspek Teknikal dan Dokumentasi yang terkandung dalam aplikasi belaajr solat
tersebut. Responden yang dipilih adalah daripada 10 orang guru pendidikan Islam di Sekolah
Kebangsaan Pekan Tuaran yang terlatih dan berpengalaman dalam pengajaran mata pelaajran
tersebut.
Dalam aspek Isi Kandungan aplikasi ini, responden jelas berpuashati dari segi
penyampaian maklumat yang tepat dengan isi pelajaran dan mengandungi maklumat terkini serta
kandungannya mengikut susunan dan mengandungi aktiviti yang pelbagai. Cuma kelemahan
yang agak ketara adalah dari segi penggunaan bahasa yang agak berlainan kerana aplikasi ini
dibangunkan oleh Ahpromedia ini berpengkalan di Indonesia.
Dari segi aspek teknikal, aplikasi belajar solat ini mempunyai navigasi yang menarik. Di
samping dapat meransang pemikiran para pelajar, ia juga mampu menggalakkan penyelesaian
masalah secara kreatif dengan susunan visual dan audio yang jelas dan menarik. Cuma aspek
penyimpanan memori dan maklumat serta kemudahan untuk mencetak hasil kerja agak
dikesampingkan sehingga hampir tiada ciri-ciri penyimpanan rekod yang boleh diakses.
Seterusnya aspek dokumentasi perisian ini nampaknya kurang memuaskan dari aspek
teknikalnya kerana penerangan tentang operasi sistem agak ringkas dan penerbit sukar dihubungi
kerana batasan geografi yang agak jauh disamping tiada talian bantuan diberikan untuk
dihubungi jika terdapat sebarang keraguan berkaitan perisian. Namun dokumentasi dari segi
bantuan pengguna agak memuaskan kerana terdapat objektif pelajaran dikemukakan dan terdapat
juga tambahan input pembelajaran yang berkaitan seperti bacaan surah pendek dan doa selepas
azan.



10. Kesimpulan

Secara keseluruhannya kajian ini telah membincangkan aplikasi belajar solat yang diakses
melalui perisian android pada telefon pintar. Objektif kajian ini adalah untuk menilai aspek isi
kandungan dan teknikal aplikasi ini adakah sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di
dalam kelas.
Setelah menjalankan kajian, penulis mendapati aplikasi belajar solat ini sesuai digunakan
sebagai bahan PBBK di sekolah kerana perisian ini percuma, menarik dan mudah diakses. Para
guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran selaku respoden dalam kajian ini juga
berpuashati dengan perisian ini walaupun terdapat beberapa kelemahan.
Semoga kajian seumpama ini ke atas aplikasi-aplikasi yang banyak terdapat sekarang ini
dan mudah diakses melalui telefon pintar yang kebanyakkannya dimiliki oleh para guru terus
dilakukan untuk menilai kesesuainnya. Jika terdapat kesesuaian,maka para guru perlu
mengaplikasikanya sebagai bahan PBBK di kelas kerana ianya memang menarik perhatian serta
menjimatkan masa para guru untuk menyediakan bahan pengajaran.













11. RUJUKAN
1. Ahmad Nizar. (1997). Sejauhmana Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan pembelajaran
berbantu komputer terhadap operasi asas matematik tahun lima di Sekolah
KebangsaanJabi dari aspek minat dan pencapaian. Kertas Projek PSPK Intitut
Perguruan Darul Aman.
2. Ahmad Sobri Shuib.( 2010). Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah
Menengah: Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge
Integration in Information and Communication Technology 2010, pp. 652-665.
3. Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab
Report 11: Literature review in mobile technologies and learning. Bristol, UK: NESTA
Futurelab.
4. Kukukska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile learning: A handbook for educators
and trainers. London, UK: Routledge.
5. Sharples, M. (2007). Big issues in mobile learning. Report of a workshop by
Kaleidoscope Network of Excellence Mobile Learning Initiative, Nottingham: The
University of Nottingham.
6. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Diakses pada
11hb.Jun 2014, jam 11.11 malam.
URL : http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/130.pdf
7. Shaharuddin, Md Salleh, Zaidatun Tasir (2011). Pembinaan Sistem Pembelajaran
Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Web Bagi Kursus Telekomunikasi dan
Rangkaian, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. Jilid 1. No. 1. (Mac). Dirujuk pada
29 Mei 2014, http://www.jtpm-meta.com/arkib.php.
8. Mohd Firdaus, Yahaya (2012), Istikhdam Al-Burtfuliyu Al-Iliktruniyy Lada Al-Talabah
Al-Mutakhassisin fi Al-Lughah Al-Arabiyyah: Tatwir, wa Tanfiz, wa Taqwim (Tesis
Master). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir
(2001). Sistem Komputer & Aplikasinya. Kuala Lumpur : Venton
10. Rosli, R., & Mohamad, H. (2011). M-Pembelajaran Dalam Pendidikan teknik Dan
Vokasional (PTV) Di Malaysia. Dicapai pada 2 Jun 2014, daripada
http://eprints.uthm.edu.my/2566/1/MPEMBELAJARAN_DALAM_PENDIDIKAN_TE
KNIK.pdf.
11. Omar Zakaria,Saifol Bahary Sulaiman,Hasan Ahmad & Azman Abdullah. (2014).
HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.
12. NOTA (2010). Discovering Computers 2009. Kolej Universiti Islam Selangor.
13. Shelly & Vermaat (2010). Discovering Computers 2010 : Living in a Digital
Word. United States of America : Course Technology.
14. Syafiq Bakri (2012). Artikel Mobil Majalah PC. Selangor Darul Ehsan : Grup Majalah
Karangkraf Sdn. Bhd.
15. Abu Safian bin Amir (2009). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem
Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Di akses pada 10hb. Jun 2014, jam 10.22
malam.
URL:http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagoo
CysAAHR-IU1/ Jurnal%20 ilmiah. pdf? key= abusafianamir
:journal:13&nmid=379026446
16. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan
Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah :
Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Di akses pada 10hb. Jun 2014, jam 9.21 malam. URL
: http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf









LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
Penilaian Perisian

Tajuk Perisian : Aplikasi Belajar Solat Matapelajaran: Pendidikan Islam
Operating System: Android
BAHAGIAN A
Nama :............................................................... Jantina :....................................
Bangsa: :............................................................... Pengalaman Mengajar : ..............
BAHAGIAN B
Arahan : Bulatkan skala yang disediakan.
Sangat Tidak Setuju ( STS)
1
Tidak Setuju (TS)
2
Kurang Setuju ( KS)
3
Setuju (S)
4
Sangat Setuju (SS)
5

ITEM KRITERIA SKALA Ulasan
(Jika
ada)
STS TS KS S SS

1. ISI
KANDUNGAN




a)Ketepatan
7. Bebas daripada kesilapan
8. Maklumat terkini.
9. Pendapat yang tidak berat
sebelah.
10. Sesuai dengan
kebudayaan dan agama.
11. Penggunaan bahasa
yang betul dari segi
nahu, ejaan dan struktur
ayat.
1 2 3 4 5

b)Kesesuaian
4. Konsep dan bahasa
sesuai dengan tahap
pelajar.
5. Maklumat adalah


1


2


sesuai dengan objektif
yang hendak dicapai
6. Interaksi komputer-
pelajar hendaklah
sesuai dengan tahap
pelajar
3 4 5

c)Skop
4. Kandungan yang
disampaikan berada
dalam skop topik yang
hendak diajar.
5. Kandungan disampaikan
mengikut susunan yang
sesuai.
6. Kepelbagaian dan
kesesuaian aktiviti.
1 2 3 4 5

2. ASPEK
TEKNIKAL







a)Navigasi
4. Maklumat dapat dicari
dengan mudah dan cepat.
5. Penggunaan menu, ikon
dan arahan yang intuitif.
6. Ada pilihan untuk
mengawal perjalanan
perisian, berhenti atau
keluar
7. Bunyi yang boleh
dikawal.






4



5

1 2 3
b)Ciri-ciri penyimpanan rekod
5. Kemudahan untuk
mencetak maklumat.
6. Menyimpan maklumat
tentang kedudukan
semasa dalam suatu
perisian dan permainan
7. Mengambil dan
menyimpan nota apabila
perlu
8. Rekod penggunaan
1 2 3 4 5

perisian npelaajr untuk
memantau pelajar
c) Persembahan
8. Isi Kandungannya
disampaikan dapat
meransang pemikiran
pelajar
9. Aktiviti yang
menggalakkan
penyelesaian masalah
secara kreatif
10. Maklum balas yang
membina
11. Kemudahan untuk
mendapatkan bantuan
12. Susun atur paparan yang
menarik
13. Penerangan yang
mencukupi bagi visual
14. Teks yang mudah dibaca
yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan
kumpulan
1 2 3 4 5

d) Kualiti
4. Visual yang sesuai
dengan kandungan
pelajaran
5. Audio yang jelas dan
mudah difahami dan
dikawal
6. Suara dan muzik yang
berkaitan dengan paparan
visual
1 2 3 4 5

3.DOKUMENTASI d) Teknikal

4. Penerangan tentang
keperluan peralatan dan
system operasi computer
5. Penerangan tentang
pengoperasian perisian
6. Bantuan melalui telefon /
1 2 3 4 5

emel
e) Panduan Pengguna
6. Maklumat tentang
kumpulan sasaran
7. Ringkasan kandungan
perisian
8. Objektif
pembelajaran
9. Cadangan cara
penggunaan dalam
kelas, rancangan
mengajar dan aktiviti
10. Bahan pengajaran
dan pembelajaran
tambahan
1 2 3 4 5


Ulasan / Pandangan terhadap perisian / aplikasi ini:
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like