You are on page 1of 2

1

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Rancangan Harian membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar
pelajarnya dengan terancang dan teratur untuk memastikan keberkesanan pelajaran,
meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang disediakan dengan
jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan
mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif
pelajaran sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran. Kepentingan RPH
ini juga ialah guru dapat memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup
disampaikan dalam masa yang diperuntukkan dan menjimatkan masa kerana segala
pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan apabila segalanya telah dirancang terlebih
dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya untuk menggunakan masa pengajaran secara
optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Guru hendaklah
menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan
supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. Selain itu, apabila
guru dapat memahami dan dapat menyampaikan pelajaran dalam masa yang telah
diperuntukkan ianya akan meningkatkan keyakinan diri guru.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan
impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk
setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Salah
satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya
akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif di mana semua murid melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan BBM yang berkesan juga
akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi
mereka di dalam bilik darjah.. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih
professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai
objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan
bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah
talk and chalk. Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari
segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan
amalan dalam ikhtisas perguruan.
2

You might also like