You are on page 1of 17

KOORDINASI SARAF

Sistem saraf manusia


Sistem saraf pusat Sistem saraf periferi
Otak Saraf tunjang
Sistem motor
(eferen)
Sistem sensori
(aferen)
Sistem saraf
somatik
Sistem saraf
autonomik
FUNGSI SISTEM
SARAF
Mengintergrasikan
rangsangan yang diterima.
Menterjemah rangsangan.
Mencetuskan pergerakan motor.
Menyimpan maklumat.
Menjana pemikiran dan idea.
NEURON
Neuron ialah unit anatomi dan
unit berfungsi sistem saraf.


Bahagian Neuron
Neuron terdiri daripada jasad sel
dan dua jenis unjuran yang
disebut dendrit dan akson.
Dendrit
Dendrit ialah unjuran pendek yang
merupakan cabang unjuran jasad
sel. Dendrit mengkondusi impuls
saraf ke arah jasad sel.
Akson
Akson ialah unjuran terpanjang
jasad sel. Akson ini berasal dari
bahagian hilok akson jasad sel.
Setiap akson membentuk setiap
serat saraf. Akson mengandungi
mitokondrion dan neurofibril.
PENGELASAN NEURON

neuron berbilang kutub (multipolar)
Mempunyai beberapa dendrit dan satu
akson.
Contoh:-
neuron di dalam otak dan korda spina.
neuron dwikutub (bipolar)
Neuron ini mempunyai satu dendrit dan
satu akson sahaja.
Contoh:-
neuron yang terdapat di retina mata,
telinga dalam dan kawasan olfaktori
hidung.
neuron ekakutub palsu (unipolar palsu)
Unjuran jasad sel tunggal ini
membahagi kepada cabang pusat dan
cabang periferi.
Cabang pusat berfungsi sebagai akson
dan cabang periferi pula berfungsi
dendrit.
Contoh:-
neuron di dalam ganglion akar posterior
(dorsal) saraf spina.
Neuron berbilang kutub
(multipolar)
Neuron dwikutud
(bipolar)
Neuron ekakutub palsu
(unipolar palsu)
JENIS NEURON DAN FUNGSI
Neuron aferen (neuron deria)
terdapat di luar sistem saraf pusat.
Fungsi neuron aferen ialah membawa impuls dari reseptor atau organ deria
ke sistem saraf pusat. Dendrit yang menerima impuls dari reseptor akan
terus menghantar ke arah jasad sel. Impuls dialirkan dari jasad sel melalui
akson ke neuron yang berikutnya. Jasad sel terdapat di dalam ganglion akar
dosal.
Neuron eferen (neuron motor)
terdapat di luar sistem saraf pusat. Neuron eferen menerima impuls saraf
dari interneuron.
Neuron ini juga berfungsi membawa impuls dari sistem saraf pusat ke
efektor seperti otot atau kelenjar untuk bergerak balas yang sewajarnya.
Jasad sel terdapat di dalam jirim kelabu sistem saraf pusat.
Neuron aferen Neuron eferen Interneuron
SAMBUNGAN
Interneuron (neuron perantaraan)
terdapat di dalam sistem saraf pusat. Fungsi neuron ini ailah
menghubungkan neuron aferen kepada neuron eferen. Jasad sel terdapat
secara berkelompok di dalam jirim kelabu sistem saraf pusat.
Sinaps
Apabila dua neuron bertemu rapat, komunikasi interneuron fungsian akan
bermula. Tempat komunikasi ini berlaku disebut sinaps. Komunikasi pada
sinaps berlaku pada satu arah sahaja. Sinaps berlaku dengan berbagai-
bagai cara.
Salut Meilin
Neuron disaluti oleh lapisan lemak yang disebut salut meilin. Akan tetapi
bukan semua bahagian neuron disaluti oleh salut meilin. Terdapat bahagian
terputus-putus yang tidak disaluti pada sela tetap di sepanjang neuron.
Fungsi salut meilin adalah untuk meningkatkan kelajuan konduksi impuls
saraf, menebat (insulate) dan mengekalkan keadaan akson, melindungi
neuron daripada kecederaan, dan juga membekalkan nutrien kepada
neuron.
SISTEM SARAF PUSAT
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang
yang terletak pada kaviti dorsal badan. Sistem ini
berperanan sebagai pusat intergrasi dan kawalan sistem
saraf.
OTAK
Pusat koordinasi dan
kawal atur yg
menerima,
menganalisis,
mengintegrasi dan
menyimpan maklumat
serta memberi arahan.
Otak terdiri drpd
beberapa bahagian
utama iaitu serebrum,
serebelum, medula
oblongata,hipotalamus
dan talamus.
SARAF TUNJANG
Tisu saraf yg terdapat di dlm salur saraf
pd tulang vertebra.
Terdapat dua jenis jirim iaitu jirim putih di
bhgn luar dan jirim kelabu di bhgn dlm.
Jirim kelabu adalah kaw. yg menempatkan
interneuron dan badan sel neuron eferen, jirim
putih hanya terdiri drpd gentian saraf dan tidak
terdapat badan sel.
Gentian dr badan sel neuron aferen berpecah
kpd 2; 1 menjalar ke reseptor utk membawa
masuk maklumat aferen dan 1 lg menjalar ke
dlm saraf tunjang utk mengalirkan maklumat
rangsangan ke interneuron

OTAK
SISTEM SARAF
PERIFERI

Saraf-saraf sensori (aferen) membawa impuls dari reseptor sensori
pelbagai bahagian tubuh ke sistem saraf pusat sementara saraf motor
(eferen) membawa impuls dari sistem saraf pusat ke organ-organ, otot-
otot dan kelenjar untuk menghasilkan sesuatu perlakuan.
Sistem saraf periferi boleh diklasifikasikan kepada sistem saraf
somatik dan sistem saraf autonomik.
Sistem saraf somatik membolehkan kawalan otot-otot rangka.
Sistem ini terdiri dari saraf-saraf unjuran dari otak dan saraf tunjang.
Sistem saraf autonomik mengawal atur aktiviti-aktiviti otot-otot kardiak
dan licin serta kelenjar yang di luar kawalan.

PERKAITAN ANTARA SARAF
PUSAT DAN SARAF PERIFERI
SARAF KRANIAL

Saraf yang berhubung langsung
dengan otak
Terdapat 12 pasang saraf kranial
pada manusia, 31 pasang saraf
spina yang membentuk sistem
saraf periferi.
Secara umumnya, semua struktur
di kepala dan leher yang
berkembang dari arkus brankial
dan kebanyakan organ visera di
dalam toraks dan abdomen
dibekalkan oleh saraf kranial.

SARAF SPINA

Saraf yang keluar dari korda
spina.
Terdapat 31 pasang saraf spina
iaitu:
8 pasang saraf servikal (C1-C8);
12 pasang saraf toraks (T1-T12);
5 pasang saraf lumbar (L1-L5);
5 pasang saraf sakrum (S1-S5);
1 pasang saraf koksiks
Secara umumnya setiap saraf
spina terdiri daripada serat saraf
motor, deria dan autonomik.

SENSORI DAN LALUAN
MOTOR
LALUAN SENSORI
Laluan ini dikenali juga sebagai
laluan neuron aferen (neuron
deria).
Fungsinya ialah membawa impuls
dalam bentuk gelombang atau
isyarat bioelektrik dari reseptor
atau organ deria ke sistem saraf
pusat. Impuls mengalir dari jasad
sel menuju ke akson. Impuls
kemudian dihantar ke sistem saraf
pusat.
LALUAN MOTOR
Laluan motor adalah laluan
neuron eferen (neuron motor).
Ia menerima impuls saraf dari
interneuron. Seterusnya
membawa impulas saraf pusat
tadi ke efektor seperti otot atau
kelenjar untuk gerak balas yang
sewajarnya.
SAMBUNGAN
SARAF SPINA
Setiap saraf spina dihubungkan dengan korda melalui akar ventral yang
keluar dari korda di sepanjang sulkus anterolateral.
Akar dorsal memasuki korda di sepanjang sulkus posterolateral korda
spina.
Akar ventral terdiri daripada serat eferen (motor) yang membawa impuls
jauh dari korda spina. Akar dorsal terdiri daripada serat aferen (deria) yang
membawa impuls saraf ke sistem saraf pusat.
SARAF REFLEKSI
SISTEM SARAF
AUTONOMIK
Sistem saraf autonomik (auto = sendirian, nomos = peraturan/undang-
undang), neuron eferen menyampaikan impuls dari sistem saraf pusat ke
tisu otot licin, otot jantung dan kelenjar.
Neuron aferennya pula mengkonduksikan impuls dari kelenjar, pembuluh
darah dan visera ke sistem saraf pusat.
Oleh sebab sistem saraf autonomik menghasilkan respons automatik tanpa
tindakan voluntari, maka sistem ini dikatakan sistem tak voluntari.

BAHAGIAN SIMPATETIK

a) Neuron dan ganglion
Pada bahagian sistem simpatetik saraf
autonomik, jasad sel neuron eferen
praganglionik terletak di tanduk lateral
jirim kelabu segmen T1 ke L2
(bahagian torakolumbar) korda spina.
(b) Edaran neuron eferen simpatetik
Neuron-neuron eferen praganglionik
dengan jasad sel di tanduk lateral jirim
kelabu segmen T1 ke L2 korda spina
memberikan serat-serat praganglionik
(bermeilin).
Serat-serat ini meninggalkan korda
spina dan memasuki akar ventral,
trunkus dan ramus penghubung putih
saraf yang sama.
Serat-serat ini sampai di ganglion
simpatetik pravertebra aras yang sama
yang terletak di sepanjang rantai
simpatetik.

BAHAGIAN
PARASIMPATETIK
(a) Bahagian kranium
Serat parasimpatetik praganglionik
yang berasal di batang otak
meninggalkan otak melalui saraf
kranial III, VII, IX dan X.
Serat ini bersinaps pada ganglion,
dan serat postganglioniknya
mensafari otot licin dan kelenjar.
(b) Bahagian sakrum
Neuron parasimpatetik
praganglionik bahagian sakrum
berasal dari segmen S2 ke S4
korda spina.
Serat ini bersinaps dengan neuron
postganglionik di ganglion yang
terletak berhampiran dengan organ
yang dituju.
Serat ini membekalkan bahagian
distal kolon, rektum dan pundi
kencing.

FUNGSI SENSORI
Sistem saraf mampu merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di
sekitarnya yang merupakan fungsi deria.
Kedua, sistem saraf mampu mentafsirkan sebarang perubahan yang
berlaku melalui fungsi integrasi.
Ketiga, sistem saraf dapat bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat
dengan memulakan tindakan dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan
kelenjar melalui fungsi motor.
Melalui deria, integrasi dan motor, sistem saraf berupaya mengawal atur
berbagai-bagai proses dalam tubuh supaya hemeotasis terpelihara dengan
begitu cepat.
Dengan bertindak beberapa saat sahaja, sistem saraf boleh membawa
impuls saraf, dan melakukan pengubahsuaian yang perlu agar fungsi tubuh
berjalan dengan sempurna dan efisien.
Sistem saraf bersama-sama sistem endokrin mengekalkan mekanisme
hemeotasis tubuh.
Walaupun pengubahsuaian yang dilakukan oleh sisten endokrin perlahan,
namun ia tetap berkesan sebagaimana sistem saraf.

You might also like