You are on page 1of 4

Nama : Nur asia

Rukun Kelapan Tajarrud


Imam Asy-Syahid Berkata: Yang Saya Maksudkan Dengan Tajarrud Ialah Saudara
Membebaskan Diri Dari Prinsip-Prinsip Dan Individu-Individu Yang Lain Dari Fikrah Saudara,
Kerana Fikrah Saudara Adalah Fikrah Yang Paling Tinggi Dan Lengkap.
Firman Allah Swt:
Maksudnya : Celupan Allah, Maka Siapakah Yang Lebih Baik Celupannya Selain
Dari Allah. (Surah Al-Baqarah: 137)
Firman Allah :
Maksudnya : Adalah Bagi Kamu Pada Kisah Nabi Ibrahim Dan Pengikut-
Pengikutnya Tauladan Yang Baik, Ketika Mereka Berkata Kepada Kaum Mereka : Kami
Berlepas Diri Daripada Kamu Dan Apa Yang Kamu Sembah Selain Allah, Kami Mengingkari
(Kekufuran) Kamu Dan Telah Nyata Antara Kami Dan Kamu Permusuhan Serta Kebencian
Buat Selama-Lamanya. Sehinggalah Kamu Beriman Kepada Allah Sahaja. (Surah Al-
Mumtahanah: 4)
Golongan Manusia Menurut Pandangan Al-Akh Yang Sebenarnya Terbahagi Kepada
Enam Kumpulan : Muslim Yang Berjuang, Muslim Yang Berdiam Diri, Kefir Zimmi Atau
Muahid, Kafir Muhayid, Dan Kafir Harbi. Setiap Golongan Ini Telah Dijelaskan Hukum-
Hukumnya Mengikut Neraca Islam. Dari Pembahagian Inilah Setiap Individu Atau Jamaah
Dinilai Samada Ianya Boleh Diberi Wala Atau Dijadikan Seteru.
Dari segi syarak : Membebaskan diri dalam beribadat kepada Allah dari yang selainNya. Gerak
diam, samada secara rahsia ataupun terang-terangan hanyalah semata-mata kerana Allah dan
tidak dicampur adukkan dengan hawa nafsu, ikutan, kebanggan dan kekuasaan.
Firman Allah :
Maksudnya: Adalah bagi kamu pada kisah nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya teladan yang
baik, ketika mana mereka berkata kepada kaum mereka: Kami berlepas diripada kamu dan apa
yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari (kekufuran) kamu dan telah nyata diantara
kami dan kamu permusuhan serta kebencian buat selama-lamanya. Sehinggalah kamu beriman
kepada Allah sahaja. (Surah Al-Mumtahanah: 4)
Al-Imam asy-syahid berkata:
Tajarrud ialah saudara membebaskan diri dari prinsip-prinsip dan peribadi-peribadi
yang lain dari fikrah saudara dan membulatkan diri untuk fikrah saudara kerana fikrah tersebut
adalah fikrah yang paling tinggi dan lengkap.
Firman Allah:
Maksudnya: Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya selain dari
Allah dan kepadanyalah kami mengabdikan diri. (Surah Al-Baqarah : 178)
Mizan
Di antara tanda-tanda sifat tajarrud yang sebenar ialah: Seseorang itu meletakan
dakwah sebagai neraca penimbang ke atas individu, jamaah dan setiap perkara serta menentukan
pendiriannya terhadap semua itu berdasarkan kepada mizan tersebut. Di kalangan umat Islam
terdapat golongan mujahid: Kita mengasihi, menolong, menziarahi, memenuhi keperluan dan
memperbaiki hubungan dengan mereka. Di sana juga terdapat golongan muslim yang berdiam
diri: Kepada mereka ini kita hidupkan kesungguhan mereka dan berusaha menasihati mereka di
samping memaafkan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Golongan yang
seterusnya pula ialah: Mereka yang melakukan dosa, kepada mereka kita berikan peringatan dan
pengajaran serta menyeru supaya kembali kepada Allah.
Golongan terakhir ialah golongan kafir zimmi: Mereka ini tidak memutuskan
perjanjian dan tidak menimbulkan permusuhan dengan golongan muslim. Bagi golongan ini, kita
hendaklah bertoleransi dan berlaku adil. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama
seperti kita di dalam negara. Beginilah pendirian mereka yang memiliki sifat tajarrud terhadap
golongan manusia. Pendirian mereka ditentukan berdasarkan tajarrud dan ikhlas mereka kepada
dakwah. Sifat tajarrud amat perlu bagi saf mumin yang bekerja dan ianya merupakan salah satu
rukun penentu kepada kejayaan dawah. Tanpanya al-akh tidak akan dapat melaksanakan
peranannya dengan sempurna.
Ustaz Al-Maududi r.a. berkata:
Sesungguhnya daulah fikriah yang diseru oleh rijal-rijal yang bersifat benar, lemah
lembut, bersih hati, ikhlas di dalam amal, berpegang teguh dengan prinsip serta tajarrud dari
kebendaan dan tuntutan syahwat tentulah ianya menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan
yang berterusan kepada manusia. Di sana terdapat hati-hati yang mempunyai sedikit kebaikan
akan tertarik kepada dawah ini. (Kitab Pandangan Islam dan Petunjuknya: 84)
Di antara tanda-tanda tajarrud yang seterusnya ialah: Mengorbankan jiwa pada jalan
Allah.
Maksudnya: Syaddad b. Al Had telah berkata: Telah datang seorang Arab Badwi kepada nabi
s.a.w., lalu dia beriman dan menjadi pengikut baginda. Dia berkata: Adakah aku perlu
berhijrah bersama RasululLah s.a.w?. Lalu sahabatnya berpesan agar berbuat demikian.
Apabila berlaku peperangan Khaibar RasululLah s.a.w. telah mendapat harta rampasan perang
lalu baginda membahagikan harta tersebut. Baginda menyerahkan bahagian orang Badwi
tersebut kepada para sahabat agar diberikan kepada beliau. Beliau adalah pengembala unta-
unta mereka. Apabila si Badwi itu datang, bahagian itu diserahkan kepadanya. Beliau lantas
bertanya: Apakah ini? Sahabat-sahabat menjawab: Inilah bahagian harta rampasan perang
yang diberikan oleh RasululLah kepada kamu. Beliau mengambil harta tersebut dan pergi
berjumpa dengan RasululLah seraya berkata: Apakah ini wahai RasululLah? baginda
menjawab: Inilah bahagian yang telah ku berikan kepada mu. Badwi itu menjawab : Bukan
kerana ini aku mengikuti ajaran mu, tetapi sebaliknya aku mengikuti mu supaya aku dipanah di
sini (mengisyaratkan kepada halqumnya) dan dengan itu aku dapat memasuki syurga. Baginda
bersabda: Sekiranya engkau berkata benar nescaya Allah akan membenarkannya. Kemudian
para sahabat berangkat ke medan perang memerangi musuh. Di dalam peperangan tersebut
Badwi itu mati terbunuh (syahid) lalu mayatnya di bawa kepada nabi s.a.w., lantas baginda
bersabda:Benarkah ini dia? Sahabat-sahabat menjawab: Ya. Sabda RasululLah s.a.w.:Dia
membenarkan Allah lantas Allah menerimanya. (Sunan An-Nasaai Kitab Jenazah Bab solat
ke atas syuhada: 4/60)
Sesungguhnya sesiapa yang menerima keagongan Islam yang dibentangkan oleh Al
Quran dan As-sunnah, mengakui bahawa Islam adalah ajaran yang benar dan tidak ada selepas
kebenaran itu melainkan kesesatan, mestilah bertajarrud untuk Allah dan tunduk patuh
melaksanakan segala suruhanNya. Di samping itu, beliau juga mesti menjalankan kehidupannya
mengikut hukum dan perintah Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang berhasrat untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini,
mestilah menegakkannya di dalam diri, jiwa dan kehidupan mereka terlebih dahulu samada
dalam bentuk aqidah, akhlak, ibadah mahupun suluk. Alangkah tepatnya ungkapan yang di
laungkan oleh Mursyidul Am Hassan Al-Hudhaibi r.a: Wahai Ikhwan, tegakkanlah daulah
Islamiah di dalam hati-hati kamu, nescaya akan tertegaklah daulah Islamiah itu di bumi kamu.
Di antara contoh tajarrud yang sebenarnya ialah: Sifat Abu Bakar Assidhiq r.a.: Beliau
telah membelanjakan hartanya untuk menyelamatkan golongan manusia yang diseksa dan lemah
di Mekkah. Dia juga melindungi orang-orang asing yang memberi baiah, yang thabat, tajarrud
serta mengikhlaskan diri kepada Allah. Lantas turun ayat Al Quran yang memberikan berita
gembira kepada Abu Bakar kerana amalan tersebut yang dilakukannya hanya mengharapkan
keredhaan Allah s.w.t.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling bertaqwa dari neraka itu, iaitu
mereka yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada
seseorang pun memberikan suatu nimat kepadanya yang harus di balasnya, tetapi (dia
memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi,dan
kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. (Surah Al-Lail: 17-21)
Sebenarnya pendirian Abu Bakar dalam hal ini tidak terkira banyaknya. Suatu ketika
apabila beliau ditanya: Adakah kamu ada meninggalkan sesuatu untuk keluarga kamu? Maka
beliau menjawab: Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya. (Nurul Yaqin Perang
Tabuk: 245). Daripada sikap Abu Bakar dalam masa yang penuh kesusahan ini kita dapat
mengambil beberapa pengajaran yang bermanfaat:
1. Sifat tajarrudnya dari semua harta hanya kerana Allah semata-mata.
2. Sifat tawakkalnya yang mutlak kepada Allah berdasarkan kata-katanya: Aku tinggalkan
untuk mereka Allah dan RasulNya.
3. Menjelaskan bahawa harta itu sebenarnya milik Allah dan beliau hanyalah sebagai
wakilNya sahaja.

You might also like