You are on page 1of 6

Jean Piaget, berasal dari Switzeland, merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal

dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada umur 25
tahun, tetapi selepas itu, beliau menumpukan perhatiannya kepada kajian perkembangan
kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif kanak-kanak ini adalah dipengaruhi dengan
perkembangan potensi dari aspek lain, misalnya fizikal, intelek dan sosio-emosi.
Terdapat huraian lima konsep yang asas yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget, iaitu
skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan keseimbangan yang berkaitan rapat dengan
pembelajaran kognitif seseorang individu.
A. Skema
Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Skema dibina semasa kanak-kanak cuba
mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di
persekitarannya. Skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan
ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku. Skema individu merupakan tingkah
lakunya yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkat-peringkat
perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke
semasa, biasanya daripada kasar kepada halus dan daripada mudah kepada kompleks.
Misalnya, seorang bayi yang baru lahir mempunyai skema yang terhad atau umum.
Apabila kanak-kanak membesar dan melalui pengalaman tertentu seperti memegang
sebiji bola, kanak-kanak telah membina skema perlakuan iaitu mennyentuh dan
mencengkam. Apabila membaling bola, kanak-kanak tersebut telah membina skema
melihat dan mengarahkan bola pada sasarannya. Mengikut Piaget, perubahan skema
kanak-kanak ini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.
B. Asimilasi
Jean Piaget (1896-1980)
Ahli psikologi yang terkenal, khasnya dalam kajian
perkembangan kognitif kanak-kanak
Asimilasi merupakan proses kognitif, iaitu individu mengintegrasikan maklumat atau
pengalaman baharu ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa aktif memproses dan menginterpretasikan segala peristiwa
yang berlaku di sekitar mereka. Sebagai contoh, kita mengumpamakan skema sebagai
belon dan asimilasi seperti memasukkan angin ke dalam belon tersebut. Angin yang
dimasukkan menyebabkan belon bertambah besar tetapi masih mengekalkan bentuk
yang sama. Skema (belon) berkembang kerana telah membuat asimilasi kepada
maklumat baharu (angin).
C. Akomodasi
Proses akomodasi merupakan proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang
individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan
mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Semasa proses
pembelajaran, seseorang individu akan cuba mengasimilasikan maklumat baharu ke
dalam skema yang sedia ada tetapi jika perkara tidak berjaya, dua perkara mungkin
berlaku iaitu mengubahsuai skema sedia ada untuk menerima maklumat baharu atau
membentuk skema baharu untuk menerima maklumat baharu. Kedua-dua proses ini
dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitif dan perkembangan skema.
Individu yang hanya mengasimilasikan dan tidak mengakomodasikan akan
menghasilkan beberapa skema besar.
D. Adaptasi dan Keseimbangan
Mengikut teori Piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras dengan
keperluan situasi. Proses adaptasi yang berlaku adalah kerana kehilangan
keseimbangan buat sementara di antara individu dengan alam sekitar. Oleh itu, individu
hendaklah mengubahsuai diri melalui proses adaptasi untuk mengekalkan
keseimbangan ini. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya
(bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan
keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi
memperolehi pengalaman baru dan pembelajaran baru tidak akan berlaku. Keadaan ini
bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah. Oleh itu,
perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan
keseimbangan. Sebaliknya, keadaan keseimbangan di antara seseorang individu
dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap jika individu itu tidak dapat
menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam
sekitar. Dalam keadaan ini, individu itu harus mengubah skemanya untuk
mengadaptasikan keperluan alam sekitar bagi mencapai keseimbangan. Oleh itu,
mengikut huraian Piaget, proses perubahan tingkah laku individu untuk
mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya merupakan proses
pembelajaran. Piaget juga menegaskan bahawa pembelajaran sebagai motivasi individu
yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitar.
Secara umumnya terdapat dua peringkat kognitif mengikut kajian Jean Piaget, iaitu peringkat
prasimbolik dan simbolik.
Peringkat prasimbolik ialah berkaitan dengan kegiatan deria motor, pengamatan dan kemahiran.
Manakala peringkat simbolik terbahagi kepada jangka masa tertentu iaitu:
1. Perkembangan fungsi simbolik ialah cara penggunaan bahasa dan kewujudan
pemikiran prakonsep kanak-kanak.
2. Perkembangan pemikiran intuitif ialah berkaitan dengan pemikiran kanak-kanak dari
segi bentuk sesuatu benda seperti besar, panjang dan sebagainya.
3. Pengendalian konkrit kepada kelas-kelas tertentu, iaitu melihat bagaimana kanak-kanak
dapat membezakan dan menyusun benda-benda seperti daripada kecil ke besar.
4. Peringkat kebolehan kendalian formal iaitu kanak-kanak dapat membuat beberapa
andaian sesuatu masalan.
Selain peringkat perkembangan intelek yang diterangkan itu, Jean Piaget juga telah
membahagikan beberapa peringkat keseluruhan perkembangan intelek dan struktur kognitif
kanak-kanak secara terperinci. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa
terdapat perbezaan dan perubahan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui empat
peringkat mengikut perubahan umur mereka. 4 peringkat telah dibahagikan oleh Piaget, iaitu
Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit
(7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan
kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep,
sama ada konkrit atau abstrak.
I. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
Kanak-kanak yang berusia 0-2 tahun sudah mula menggunakan deria motornya untuk
memahami, menerokai dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua
bulan, seorang bayi dapat membezakan objek-objek di sekelilingnya. Antara 4 hingga 8 bulan,
bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Pada
peringkat ini, mereka mempelajari sesuatu melalui tindakan ulangan dan masih tidak
mempunyai kebolehan simbol. Oleh itu, masih belum boleh bertutur dengan lancar dan
bersedia untuk membaca huruf. Seterusnya, apabila dia berusia satu tahun, dia mula
menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Di antara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak
cuba menggunakan berbagai-bagai skema (iaitu: struktur-struktur kognitif yang digunakan untuk
mengadaptasikan persekitarannya) untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dia hadapi.
Pada akhir 2 tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang
mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara
deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-
objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Piaget menganggap pemerolehan proses
kognitif yang nyata pada peringkat sensori motor ialah pengekalan objek. Pada peringkat awal,
bayi belum mempunyai pengekalan objek. Oleh itu, bayi tidak faham objek yang hilang daripada
penglihatan masih wujud. Pada akhir peringkat sensori motor (10 bulan), bayi sudah
mempunyai pengekalan objek. Pembelajaran menjadi lebih terancang dan tidak lagi melalui
tindakan ulangan. Kanak-kanak boleh memikirkan sesuatu dan merancang tindak balasnya
dengan memikirkan tentang objek dan dikaitkan dengan peristiwa atau pengalaman.
II. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol yang merupakan
pemikiran bukan benar, iaitu prakonsep untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila
mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa
yang dikuasainya, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. (Rujuk kepada Video 1)
Budak perempuan dalam Video 1 mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental
terhadap benda-benda yang tidak kelihatan di depan matanya. Dia mampu melukis bentuk
mata walaupun lukisan matanya kelihatan tidak begitu betul. Dia juga mampu bertutur dengan
fasih.
Keupayaan pemikiran simbol bererti kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan untuk
berbahasa. Ini telah menjelaskan bahawa dunia kognitif kanak-kanak pada peringkat ini telah
memasuki satu dimensi baharu. Perkembangan kognitif tidak lagi terikat pada aktiviti motor.
Bahasa dan konsep mereka berkembang dengan kadar yang menakjubkan.
Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua
objek mempunyai jiwa. Oleh itu, mereka tidak dapat membezakan angan-angan dengan
kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transduktif, iaitu daripada contoh khusus
kepada contoh khusus sahaja. Mereka tidak boleh memikir secara deduktif (umum kepada
contoh khusus) dan secara induktif ( contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini,
mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.
Video 2 telah menunjukkan bahawa budak perempuan yang berusia 4 tahun belum menguasai
konsep pengabadian. Mereka mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang
diperhatikannya. Misalnya, mula-mulanya kanak perempuan telah ditunjukkan dengan dua buah
bekas yang sama saiz serta diisikan dengan air yang sama banyak. Apabila air daripada dua
bekas dituangkan ke dalam dua bekas yang mempunyai saiz berlainan, kanak perempuan
menyatakan bahawa bekas yang tinggi dan sempit itu mempunyai lebih banyak air. Kanak
perempuan yang dipengaruhi oleh tinggi menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas yang
tinggi dan sempit lebih banyak daripada kuantiti air pada bekas yang rendah dan diameter luas.
Peringkat perkembangan psikomotor kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak yang berumur
di antara tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, mereka banyak mendapat kemahiran motor
kasar seperti melompat, memanjat, berlari dan menendang bola kerana mereka berani
mencuba sesuatu yang baru. Sebaliknya, kemahiran motor halus belum dikuasai sepenuhnya
oleh mereka. Misalnya, menggunting ikut garisan, menampal gambar dan melukis gambar.
Video 3 telah menunjukkan perbezaan antara kemahiran motor halus kanak-kanak dalam
peringkat pra operasi dengan peringkat operasi konkrit.
III. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Piaget mendapati bahawa egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur
7 tahun hingga 12 tahun. Mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan.
Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa
dan dapat menguasai konsep pengabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang
sama ke dalam dua silinder berbeza ukuran, kanak-kanak dapat menyimpulkan bahawa kuantiti
air tidak berubah walaupun bentuk berubah.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun dan membezakan objek-
objek. Mereka dapat juga memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses
matematik. Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan
pengalaman secara langsung. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas
kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak.
Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.
IV. Peringkat Operasi Formal (Selepas 12 tahun)
Peringkat ini bermula dari umur 12 tahun dan perkembangan kognitif biasanya mencapai
kemuncak di penghujung umur 16 tahun.
Dalam peringkat ini, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan
atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Selain daripada itu, remaja juga boleh
menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik.
Peringkat perkembangan kognitif ini membolehkan remaja menyelesaikan masalah operasi
songsang seperti

dan masalah-masalah yang abstrak tanpa memerlukan


wujudnya andaian konkrit.

You might also like