You are on page 1of 16

1.0.

PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Di dalam bidang pendidikan,guru seringkali terlibat di dalam mentafsir prestasi
pelajarnya. Pengukuran,pengujian dan penilaian merupakan konsep-konsep penting
dalam bidang pendidikan, malah ianya juga turut dikatakan konsep yang tidak boleh
dipisahkan dalam kehidupan manusia. Dikatakan ramai ahli pengukuran yang
menggunakan istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti.

1.1. Konsep pentaksiran dan penilaian.

a.) Pentaksiran.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai
sesuatu produk di dalam proses pendidikan dikenali sebagai Pentaksiran.
Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham
(2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan
secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga
Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat
dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Dimana nilai dan segala
yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan bagi melihat tahap
pencapaian dan perkembangan murid-murid itu.
Jika pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran dimana menginteragrasi strategi pentaksiran
yang baru ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan
konsep yang begitu praktikal sedang berlaku.

b.) Penilaian
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal
atau perbuatan menilai. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat
kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku
dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
sesebuah kurikulum.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Justeru sebelum
suatu keputusan dibuat perlulah menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar
keputusan yang telah dibuat memberikan kepuasan dan tidak dapat disangkal oleh
mana-mana sebab yang lain.
Sekarang, penggunaan istilah pantaksiran dan penilaian telah berleluasa
sebagaiman yang telah dinyatakan oleh Popham (2000) telah menyatakan bahawa
istilah pengukuran,pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar ganti dan
dianggap sinonim. Namun Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan bahawa penilaian
merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai
sesuatu perkara atau benda.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian.guru mengukur tahap
pencapaian murid adalah melalui ujian yang dijalankan,seterusnya guru itu akan menilai
ukuran pencapaianitu berdasarkan keputusan ujian dan bersama-sama dengan
maklumat lain yang berkaitan. Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan
sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.
Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran,
menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.

1.2. Ciri-ciri pentaksiran dan penilaian.

a. Ciri-ciri pentaksiran.
Pentaksiran dikatakan sah apabila merujuk kepada ciri skor berhubung dengan
kerelevan dan kecukupan skor yang menggambarkan prestasi murid yang ditaksir.
Selain itu ia juga boleh dipercayai dengan merujuk kepada cirri skor iaitu dari segi
ketepatan seorang pentaksir itu memberikan skor murid.
Ciri-ciri lain ialah keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip
jawapan. Kemudian dilihad dari kebolehtadbiran iaitu kelicinan dan kerja-kerja susulan
yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran pula
maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan
mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Akhir sekali, kekomprehensifan iaitu
mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

b. Ciri-ciri penilaian.
Ciri-ciri penilaian pula ialah dengan mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
Selain itu, ciri lain bagi penilaian adalah dengan menetapkan suatu criteria bagi
pengukuran dan ciri yang terakhir ialah membuat sesuatu pentaksiran mengenai hasil
pengukuran. Penilaian merupakan aspek proses pembelajaran yang penting jika ia
mrnggalakan pelajar untuk membaiki pencapaian mereka dan membantu guru dalam
membuat pentaksiran tentang pengajaran mereka.




2.0. REKOD ANALISIS
2.1. Data mentah pelajar.

Markah dikatakan sebgai data yang paling penting untuk menganalisis dan
mentafsir pencapaian murid-murid. Markah murid-murid ini dianggap sebagai skor
mentah

Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), Data meupakan fakta, maklumat atau angka
yang membolehkan kita membuat ringkasan tentang sesuatu perkara iaitu
perkara yang menjadi kajian.












KELAS 4 NILAM
Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx
10 2 2 20
11 1 3 11
13 2 5 26
14 5 10 70
15 1 11 15
16 2 13 32
17 6 19 102
19 1 20 19
20 1 21 20
22 4 25 88
24 2 27 48
25 2 29 50
JUMLAH 29 29 501

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing
Hasil tambah kekerapan
= 501 / 29
= 17.28

b) Median = skor ke - (N+1) / 2
= skor ke - (29+1) / 2
= skor ke - 15 (terletak diantara skor 13 dan 19)
= (16+17) / 2
= 16.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi
= skor 17 / kekerapan 6

KELAS 4 PERMATA
Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx
13 3 3 9
14 1 4 14
15 4 8 60
16 2 10 32
17 2 12 34
18 1 13 18
19 2 15 38
20 6 21 120
21 3 24 63
22 5 29 110
23 2 31 46
24 2 33 48
25 1 34 25
26 3 37 78
29 1 38 29
JUMLAH 38 38 754

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing
Hasil tambah kekerapan
= 754 / 38
= 19.84
b) Median = skor ke - (N+1) / 2
= skor ke - (38+1) / 2
= skor ke 19.5 (terletak diantara skor 19 dan 20)
= (19+20) / 2
= 19.5
c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi
= skor 20 / kekerapan 6
KELAS 4 KECUMBUNG
Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx
8 1 1 8
11 2 3 22
12 1 4 12
13 2 6 26
14 1 7 14
15 2 9 30
16 5 14 70
17 3 17 151
18 2 19 6
19 4 23 76
20 2 25 40
21 2 27 42
22 1 28 22
23 1 29 23
JUMLAH 29 29 472

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing
Hasil tambah kekerapan
= 472 / 29
= 16.28

b) Median = skor ke - (N+1) / 2
= skor ke - (29+1) / 2
= skor ke - 15 (terletak diantara skor 16 dan 17)
= (16+17) / 2
= 16.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi
= skor 16 / kekerapan 5
KESELURUHAN TAHUN 4
Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx
8 1 1 8
10 2 3 20
11 3 6 33
12 1 7 12
13 7 14 91
14 7 21 98
15 7 28 105
16 9 37 144
17 11 48 187
18 3 51 54
19 7 58 133
20 9 67 180
21 5 72 105
22 10 82 220
23 3 85 69
24 4 89 96
25 3 92 75
26 3 95 78
27 1 96 27
29 1 97 29
JUMLAH 97 97 1764

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing
Hasil tambah kekerapan
= 1764 / 97
= 18.20

b) Median = skor ke - (N+1) / 2
= skor ke - (97+1) / 2
= skor ke - 49 (terletak diantara skor 17 dan 18)
= (18+17) / 2
= 17.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi
= skor 17 / kekerapan 11























NO 4P 4N 4K JUMLAH PERATUS TAHAP CATATAN
1 5 13 11 29 29.9%
PENGETAHUAN

2 2 10 8 20 20.62%
3 25 34 24 83 85.57%
4 26 36 23 85 87.63%
5 13 21 7 41 42.27%
KEFAHAMAN

6 17 18 20 55 56.70%
7 7 11 3 21 21.65%
8 14 7 4 25 25.77%
9 17 34 15 66 68.04%
APLIKASI

10 15 23 22 60 61.86%
11 23 27 22 72 74.23%
12 28 36 22 86 88.66%
13 14 25 16 55 56.70%
14 8 17 8 33 34.02%
15 25 33 27 85 87.63%
16 1 4 2 7 7.22%
17 3 9 7 19 19.59%
18 14 18 7 39 40.21%
19 14 17 11 42 43.30%
20 18 10 12 40 41.24%
21 16 24 11 51 52.58%
ANALISIS










22 8 14 10 32 32.99%
23 6 15 10 31 31.99%
24 15 21 11 47 48.45%
25 12 16 10 38 39.18%
26 4 15 8 27 27.84%
27 24 30 15 69 71.13%
28 3 5 3 11 11.34%
29 8 15 11 34 35.05%
30 19 27 17 63 64.99%
31 10 14 11 35 36.08%
32 13 18 19 50 51.55%
33 11 27 18 56 57.73%
SINTESIS

34 20 28 18 66 68.04%
35 4 2 7 13 13.40%
36 6 20 6 32 32.99%
37 12 21 11 44 45.36%
PENILAIAN

38 9 9 10 28 28.87%
39 5 15 15 35 36.08%
40 10 17 4 31 31.96%
3.0 LAPORAN ANALISIS SOALAN UJIAN KHSR TAHUN 4
Berdasarkan hasil jawapan yang kami terima dari kesemua responden, kami
telah melakukan beberapa bentuk analisis dengan bertujuan untuk mendapatkan
kesimpulan secara kasar sama ada soalan-soalan yang telah kami sediakan mencapai
piawai yang telah ditetapkan atau tidak. Antara bentuk analisis yang kami lakukan ialah
melakukan pengumpulan dan pemindahan skor mentah kepada bentuk histogram dan
lengkung kekerapan, pengiraan mod, median dan min serta mencari jumlah murid yang
dapat menjawab dengan betul bagi setiap soalan.
Melalui angka peratusan yang kami perolehi dari setiap soalan, secara kasar
kami mendapati terdapat beberapa soalan yang tidak mencapai standart yang
ditetapkan dan kesannya terdapat soalan dimana peratus murid dapat menjawab
dengan betul adalah sangat rendah walaupun soalan itu dikategorikan dalam aras
rendah. Namun begitu, jika peratusan yang dapat menjawab soalan dengan betul juga
agak tinggi, faktor keesahan soalan itu juga boleh dipertikaikan.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keberhasilan analisis yang telah
kami lakukan ialah pembahagian jumlah soalan yang tidak seimbang kepada
empat tahap utama iaitu tahap kefahaman, pengetahuan, analisis dan aplikasi.
Contohnya bagi soalan 12, soalan 15 dan soalan 26. Soalan 12 dan soalan 26 pada
asalnya diletakkan didalam tahap analisis dan sintesis. Namub begitu, setelah
menyemak kembali soalan tersebut, soalan-soalan tersebut hanyalah terletak pada
tahap kefahaman pelajar. Seperti juga soalan 15 yang pada awalnya diletakkan sebagai
soalan aplikasi, setelah disemak kembali ianya hanyalah soalan ditahap pengetahuan.
Ini adalah disebabkan, hasil analisis kami mendapati jumlah peratusan yang dapat
menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul adalah tinggi iaitu melebihi 85%.
Faktor seterusnya ialah kekeliruan dari segi pilihan jawapan yang disediakan
atau boleh dikatakan pilihan jawapan yang diberikan adalah agak rapat. Contoh soalan
yang mengalami masalah ini ialah soalan 1, soalan 2 dan soalan 17 dimana ketiga-tiga
soalan ini mendapat jumlah peratusan yang sangat rendah iaitu tidak melebihi 30%.
Akibat dari itu, majoriti daripada responden tidak dapat menjawab soalan dengan betul
malah terdapat beberapa responden menandakan jawapan lebih daripada satu
jawapan. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada soalan 1 dimana berlakunya masalah
kekeliruan memilih jawapan pada pilihan jawapan B dan C kerana jawapan yang terlalu
rapat.
Soalan 1.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh murid-murid sebelum masuk ke dalam
bengkel?
A. Masuk tanpa kebenaran guru.
B. Beratur dalam keadaan senyap.
C. Beratur dan bersedia untuk masuk.
D. Berbuat bising untuk mendapatkan perhatian.

Faktor seterusnya ialah bentuk bahasa dan susunan ayat yang tidak betul
sehingga membuatkan responden tidak memahami kehendak soalan. Cara
penyampaian soalan yang baik dan betul juga adalah amat penting kerana dari situlah
responden akan mencari kata kunci untuk memilih jawapan yang tepat dan betul.
Malah, Sebagai soalan 35 adalah salah satu contoh soalan yang menunjukkan bentuk
soalan seolah-olah tergantung dan tidak jelas. Akibat dari itu responden tidak dapat
mengenalpasti kehendak utama soalan.
Soalan 35.
Antara berikut adalah bahan untuk membuat projek.
I. Paku digunakan sebagai pengilat dalam kerja kayu atau logam kepingan.
II. Skru digunakan untuk melekatkan kepingan kayu logam dan menguatkan
tanggam.
III. Glu digunakan untuk melekatkan atau mencantumkan kepingan kayu atau
benda kerja.
IV. Gergaji putting digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan
membuat tanggam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Selain daripada faktor penyediaan kertas soalan yang menyumbang kepada
jumlah peratus yang rendah, persediaan dari pihak guru dan responden juga turut
memainkan peranan yang penting. Melalui permerhatian yang telah kami lakukan,
hampir sejumlah besar responden tidak bersedia untuk menjawab soalan yang
diberikan malah guru yang mengajar kelas tersebut turut tidak memaklumkan kepada
mereka mengenai ujian yang akan mereka duduki dan atas alasan itu juga, mereka
memberi alasan tidak sempat untuk mengulangkaji isi kandungan mata pelajaran.
Melalui perbualan dengan beberapa orang responden juga, mereka turut memberitahu
bahawa ada masa tertentu sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran ini
terganggu oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti diambil alih oleh guru mata pelajaran lain.
Ini menyebabkan mereka telah ketinggalan isi pelajaran jauh dari yang sepatutnya
kerana tidak mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek ini juga bnyak terganggu kerana kekurangan alat dan bahan
bantu mengajar yang sepatutnya. Contohnya, keadaan bengkel Kemahiran Hidup
yang tidak lengkap dengan peralatan-peralatan sepatutnya dan akibatnya mereka tidak
dapat menjalani beberapa latihan amali yang sepatutnya dilaksanakan.






























BIBLIORAFI.

RUJUKAN BUKU
Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang, HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam
Pendidikan, Unitem Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 2006
Bhasah Abu Bakar, Asas Pengukuran Bilik Darjah (edisi kedua), Quantum
Books, Perak, Malaysia, 2009.
Lee shok Mee , Mok Soon Sang, Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1989.
Mok Soon Sang, Pedagogi 3 pengujian dan penilaian,pemulihan,pengayaan dan
pendidikan inklusif, Kumpulan Budiman Sdn,Bhd, Kuala Lumpur, 1998.

RUJUKAN INTERNET
http://adilhamzah.blogspot.com/2010/07/pengertian-dan-konsep-pentaksiran.html
http://awangkuazmi.blogspot.com/2010/05/pengujian-pentaksiran-dan-
penilaian.html
http://cikguit.blogspot.com/
http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/08/pentaksiran.html
http://cikgunazifah.blogspot.com/

You might also like