You are on page 1of 5

Resepi Biskut Ferrero Rocher

BISKUT FERRERO ROCHER



Bahan-bahan:
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah
dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan
sejuk & siap utk dihidang...;)
Resepi Kek Minyak


KEK MINYAK

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan
bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.







Resepi Biskut Marble Shortbread


Bahan-bahan:

220gm mentega
70gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras

Bahan Coklat Marble:

200gm coklat masakan
1 sudu teh shortening
50gm coklat putih |untuk hiasan

Cara memasak:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Gaulkan hingga
menjadi adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit.
Sejukkan.
4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening.
5. Tuangkan ke atas biskut dan ratakan.
6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah
dipotong.



Resepi Biskut Aiskrim Nestum



Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai


Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di
atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara




Biskut Makmur


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak
melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan
kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.

You might also like