You are on page 1of 13

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GURU
Pengamal Ilmu
Pengetahuan
dan Kemahiran
Penerap Nilai Pendidik
Pengurus Bilik
Darjah dan
Pembelajaran
Pakar Rujuk Mentor Penyelidik
Agen
Sosialisasi
Agen
Perubahan
Pembina
Negara Bangsa
Pengamal Ilmu Pengetahuan Dan
Kemahiran
2 bentuk amalan guru sebagai pengamal ilmu:-
Mengamalkan ilmu untuk diri sendiri.
Pengajaran guru tidak bermakna sekiranya guru tidak
mengamalkan apa yang diajarkan kepada murid-
murid.
Menyebarkan ilmu kepada orang lain.
Tanggungjawab menyebarkan ilmu adalah tuntutan
dan salah satu daripada ciri modal insan.
Guru perlu mencari kaedah yang berkesan bagi
memastikan murid dapat menguasai dan seterusnya
mengamalkan ilmu.
Guru perlu menyebarkan disiplin ilmu berhubung
perkembangan dan psikologi murid-murid.

Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang
berkesan yang mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan berkesan.

Guru perlu mengemaskini kandungan ilmu dan strategi
pengajarannya dengan penggunaan pelbagai sumber,
peralatan serta input-input terkini.
Penerap Nilai
Pengajaran guru amat berkesan melalui
perlakuan dan tingkahlakunya.

Perlakuan yang baik perlu seiring dengan
pengajaran guru.

Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni melalui
pengintegrasian nilai dalam kurikulum.

Perancangan yang teliti membolehkan guru
memilih nilai dengan berkesan sewaktu
menyampaikan pengajaran.
Pendidik
Educare membimbing, menunjuk cara dan
mendedahkan. Bagi pendidikan, skop tanggungjawabnya
perlu mampu mencakupi persoalan-persoalan berikut:-
Apakah hala tuju pendidikan kepada seseorang yang sedang
dididik?

Apakah perkara yang hendak ditunjukkan kepada golongan
yang dididik?

Sejauh manakah pendidik dapat memaparkan kualiti peribadi
dan kualiti intelektual kepada murid?

Adakah semua murid akan menerima pendidikan dengan
cara yang sama memandangkan mereka mempunyai ciri-ciri
dalaman yang sama sekiranya pendidik menggunakan
kaedah terbaik?
Educere mengasuh atau mendidik bagi
memastikan seseorang itu menjadi manusia
seperti yang dihajatkan.
Pengurus Bilik Darjah dan
Pembelajaran
Mengawal disiplin murid
Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
Memastikan rutin bilik darjah berjalan lancar
Memastikan keselamatan dan kebajikan murid
Mengurus dan menyimpan rekod peribadi dan rekod
prestasi murid
Mengurus bahan-bahan pengajaran dalam memastikan
penggunaan bahan yang sesuai dan berkesan kepada
murid
Tugas-tugas perkeranian, mengisi dan melengkapkan
borang-borang tertentu mengikut keperluan, serta
menulis laporan berhubung perkembangan murid
Pakar Rujuk
Guru bukan sahaja pakar rujuk dalam bidang
yang diajarkan kepada murid-muridnya, malahan
turut menjadi pakar rujuk kepada masyarakat.
Guru kerap menjadi pakar rujuk dalam hal-hal
sosial dan prospektus kerjaya kepada masyarakat
sekeliling.
Karisma kepimpinan guru yang terserlah telah
melahirkan tokoh-tokoh seperti Zaba dan
Aminuddin Baki
Mentor
Guru berperanan dalam memberikan bimbingan dan
sokongan, menunjuk cara serta memandu murid bagi
memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan yang
dihadapi oleh murid-murid.

Guru mentor juga berperanan dalam membimbing murid
supaya mampu menghadapi sebarang kesusahan dan
kesukaran.

Guru mentor adalah role model yang harus berkelakuan
baik, serta mengamalkan nilai-nilai murni, berbudi bahasa,
penyayang, mempunyai ketegasan dan falsafah yang suci
dan mempunyai sumber maklumat.
Penyelidik
Peranan guru mencakupi bidang-bidang yang
mencerminkan pemikiran reflektif, kritis dan kreatif,
ingin meneroka dan mencari bukti.

Guru perlu mengkaji dan meyelidik supaya
menemukan jawapan atas setiap kemusykilan dan
permasalahan.

Penyelidikan menyumbang banyak kebaikan dalam
bidang pendidikan apabila guru dapat mengesan dan
mengenalpasti punca sesuatu permasalahan yang
melibatkan PDP serta disiplin pelajar.
Agen Sosialisasi
Guru perlu melatih murid supaya mampu
menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan
serta mematuhi peraturan hidup bermasyarakat.

Murid perlu dilatih supaya tidak bersikap
pentingkan diri sendiri.

Guru perlu melengkapkan diri dengan keindahan
tingkahlaku dan disiplin diri yang kuat.
Agen Perubahan
Guru bertanggungjawab untuk mengubah
danmembentuk muridnya agar menjadi seperti yang
diinginkan kerajaan.

Guru perlu bersikap positif dan terbuka untuk
menambah pengetahuan dan kemahiran bagi
membolehkannya menunaikan peranannya dengan
berkesan.

Guru hendaklah memperbaharui pendekatan dan
strategi PDP supaya seiring dengan perkembangan
teknologi semasa.
Pembina Negara Bangsa
Pendidikan ialah agen PNB, maka guru adalah
penggerak utama dalam mencapai matlamat PNB.

Contoh aktiviti PNB yang boleh dilakukan di
sekolah:-
Menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Aktiviti bahasa, sastera dan kebudayaan melalui
persatuan.
Aktiviti perkhemahan.
Lawatan dan projek sejarah.
Pembelajaran berasaskan projek.
Kajian perpustakaan.

You might also like