You are on page 1of 1

Cara Solat Istikharah

a. Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami.
Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat
Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f. Membaca doa solat sunat Istikharah:





















"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan
daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang
besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha
Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara
yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah
baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau
mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku
daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian
redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

You might also like