You are on page 1of 3

Konsep pengurusan bilik darjah (PBD)

Mohd. Mokhtar A. Majid IPGM Kampus Perlis

Para pelajar sekalian, baca nota berikut semoga memberi ilmu manfaat kepada anda.

1. Mengikut Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya 'Psychology for Teaching', PBD merupakan "...sesuatu konsep yang

komprehensif untuk pelbagaikan aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan P&P dalam bilik darjah

merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukan masa pelajaran"

2. PBD merupakan sesuatu seni atau amalan mengurus murid, kemudahan fizikal dan aktiviti, demi membentuk suatu iklim alam belajar yang

kondusif untuk aktiviti P&P dalam bilik darjah.

3. PBD boleh dihuraikan sebagai proses untuk membentuk dan mengekalkan sesuatu alam belajar dan iklimnya yang

kondusif untuk P&P demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan.

4. Konsep PBD boleh dipandang sebagai kerjasama di antara guru dan murid untuk mengurus segala aspek kehidupan

dalam bilik darjah, di samping aktiviti dan segala kemudahan yang terdapat didalamnya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah


yang berkesan
Mohd. Mokhtar A. Majid IPGM Kampus Perlis

Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah iaitu, fizikal, sosial

dan emosi.

A. Faktor fizikal

i. Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan

interaksi di antara murid dengan murid, dan guru dengan murid.

ii. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar,

ABM dapat menggalakkan aktiviti P&P.

iii. Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan

kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan.

iv. Tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam
bilik darjah. Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang cukup dapat membangkitkan semangat

belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses P&P dijalankan.

v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan P&P.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan


bilik darjah dengan berkesan
Mohd. Mokhtar A. Majid IPGM Kampus Perlis

Sambungan...

3. Faktor emosi

i.   Ia merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan

menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya

pengajarannya.

ii.  Suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-

sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan kecindan serta menjalankan tugas dengan adil,

bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih.

iii. Dengan amalan dan sifat-sifat positif ini, murid akan suka berdamping rapat dengan guru, suka

bertanya, sedia menerima pembelajaran dan nasihat dalam bilik darjah dalam suasana riang dan

gembira. Suasana emosi yang kondusif seperti ini akan meningkatkan keberkesanan P&P dalam

bilik darjah.

v. Stail kepimpinan guru merupakan faktor penting dalam mempengaruhi suasana emosi dalam bilik

darjah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah
yang berkesan
Mohd. Mokhtar A. Majid IPGM Kampus Perlis

Sambungan...

2. Faktor sosial

i.   Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid,

khasnya   di dalam bilik darjah.

ii. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.

iii. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang

mempengaruhi keberkesanan P&P, khasnya semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

iv. Kebiasaannya, murid yang dapat bekerjasama ialah murid-murid yang mempunyai taraf sosial

yang sama atau hampir sama di mana mereka berkumpul sebagai kumpulan rakan sebaya.

v. Berdasarkan kajian sosiogram akan membolehkan guru menempatkan murid-murid dalam

kumpulan yang sesuai.

vi. Dengan cara ini, aktiviti kumpulan akan dapat dijalankan dengan semangat kerjasama dan

keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan.

Ciri-ciri bilik darjah yang kondusif.

1. Perhubungan saling hormat-menghormati antara guru dengan murid.

2. Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak
pengurusan sekolah.

3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid dengan guru sebagai sebuah keluarga yang
mesra dan bahagia; dan

4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam
setiap kesempatan termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

You might also like