You are on page 1of 18

Menyediakan Medium Semaian

Medium semaian yang baik hendaklah


mempunyai ciri-ciri berikut :
- Mengandungi bahan organik yang dapat
membekalkan nutrien kepada tumbuhan
dan mampu menahan air.
- Mestilah gembur untuk saliran dan
pengudaraan yang baik.
Bahan-bahan yang sesuai digunakan sebagai
medium semaian ialah:
- Tanah loam
- Bahan-bahan organik seperti najis ternakan
yang reput, kompos atau tanah gambut.
- Pasir sungai untuk menjadikan medium lebih
gembur dan memberikan pengudaraan yang
baik.
Tapis bahan-bahan tersebut secara
berasingandengan menggunakan penapis.


Tujuan menapis bahan- bahan semaian adalah
untuk mengasingkan bahan-bahan kasar dan sampah sarap.


Ketiga-tiga bahan itu dicampur dan disukat
mengikut kadarnya, iaitu 2:1:1.
- 2 bahagian tanah loam.
- 1 bahagian bahan organik.
- 1 bahagian pasir sungai.

Fungsi bahan medium adalah seperti yang
berikut:
- Tanah Loam: Mengukuhkan tumbuhan.
- Bahan Organik: Membekalkan nutrien serta
berupaya menyimpan air dan
membaiki struktur tanah.
Pasir sungai: Memastikan saliran dan
pengudaraan yang baik.
Jenis Keratan Batang
Keratan kayu lembut
Keratan kayu sederhana
Keratan kayu keras
Rajah 1.1
Pembiakan cara ini menggunakan bahagian
tertentu batang,dahan, atau ranting yang
dikerat dan disemai untuk mengeluarkan akar.
Keratan batang terbahagi kepada 3 jenis
seperti rajah 1.1.
Keratan yang dipilih hendaklah diambil
daripada tumbuhan yang bebas daripada
serangan penyakit, dan haiwan perosak, sihat
dan baik, serta berdiameter 1cm-1.5cm.
Contoh pokok hiasan yang boleh
dibiakkan melalui keratan batang
Siantan
Bunga raya
Angsana
Menyediakan keratan batang
Gunakan pisau yang tajam dan bersih atau
sekateur untuk membuat keratan 10-15cm
panjang dengan dua atau lebih mata tunas.
Bahagian pangkal dipotong serong di bawah
paras mata tunas.

Keratan kayu lembut Daun ditinggalkan
Keratan kayu sederhana

Daun bawah dibuang
Keratan kayu keras

Semua daun dibuang
Menyemai keratan batang
Renjiskan air pada pangkal keratan batang dan
celupkan ke dalam serbuk hormon pengakaran.
Jentikkan keratan batang perlahan-lahan untuk
membuang serbuk hormon yang berlebihan.
Keratan yang segar perlu ditanam secepat
mungkin.
Buatkan lubang penanaman dengan
mencucukkan sebatang kayu kecil ke dalam
medium sedalam 2-3 cm.
Masukkan keratan batang ke dalam lubang dan
padatkan medium di sekelilingnya.
Jarak antara lubang jangan terlalu rapat, iaitu 8-
10 cm.
Siram medium dan letakkan bekas semaian di
tempat yang teduh.
Menjaga keratan batang
Siram medium untuk mengekalkan
kelembapannya.
Pastikan keratan tidak terganngu.
( Gerakan pada keratan mungkinmengakibatkan
akar yang baru tumbuh akan rosak dan ini akan
merancatkan pertumbuhan akar)
Rumpai yang tumbuh di dalam kotak semaian
dicabut dan dibuang.
Sila tekan ini

You might also like