You are on page 1of 30

HAMPARAN ELEKTRONI K

MI CROSOFT EXCEL


6.1 PENGENALAN

Aplikasi hamparan elektronik yang digunakan ialah Microsoft Excel 2000.


6.2 MEMULAKAN APLIKASI EXCEL

Untuk mendapatkan aplikasi EXCEL:

1) Klik butang Start ( )di bahagian bawah sebelah kiri
tetingkap.
2) Klik Program.
3) Klik Microsoft Excel.

Apabila Excel dimulakan, satu hamparan elektronik atau buku kerja
kosong akan dibuka
Bar Tajuk. Bar tajuk memberitahu apa yang terdapat di dalam
tetingkap Excel.
Bar Menu. Bar menu mengandungi semua perintah EXCEL.
Untuk membatalkan pilihan, klik
mana mana kawasan pada
desktop.
Penggunaan Teknologi Maklumat
2
Bar Alat Standard. Kedudukannya di sebelah kiri bar. Merupakan
cara pintas bagi perintah yang kerap digunakan.
Bar Alat Pemformat. Kedudukannya di sebelah kanan bar. J uga
merupakan cara pintas bagi perintah yang kerap digunakan.
Bar Formula. Digunakan untuk membina formula bagi proses
pengiraan dalam hamparan elektronik.
Tab tab Helaian. Satu tab mewakili satu helaian kerja. Excel
memberikan tiga (3) helaian kerja. Helaian kerja ini boleh ditambah
dan dikurangkan. Klik tab tertentu bagi mengaktifkan helaian yang
dikehendaki.

6.3 TETINGKAP MICROSOFT EXCEL

Rajah di bawah menunjukkan hamparan elektronik atau buku kerja
kosong bagi aplikasi EXCEL.





Penggunaan Teknologi Maklumat
3
J ika bar skrol dan bar bar lain yang terdapat pada tetingkap EXCEL
tidak wujud, ia boleh diwujudkan dengan:
1) Klik Tools ada Bar Menu.
2) Pilih Options.
3) Klik View dan klik kotak semak yang belum ditanda.
4) Klik OK.





6.4 MEMBUKA HAMPARAN KERJA

Untuk membuka hamparan kerja:

1) Buka menu File.
2) Klik Open.



Penggunaan Teknologi Maklumat
4




3) Kotak dialog Open akan dibuka.
4) Cari fail yang hendak dibuka.
i. Klik anak panah menghala ke bawah untuk mencari fail di lokasi
yang lain.
5) Klik Open.
Penggunaan Teknologi Maklumat
5



6.5 MEMASUK DAN MENGEDIT DATA

Apabila kita memulakan dokumen yang baru, satu helaian kerja kosong
diberikan. Data perlu dimasukkan ke dalam sel helaian kerja.

6.5.1 Memasukkan Data

Untuk memasukkan data:

1) Pilih sel dengan klik sel yang dikehendaki.
2) Taipkan input (sama ada nombor atau huruf).
3) Tekan kekunci ENTER.


6.5.2 Memasukkan Berbilang Data

Data yang berbilang sama ada berbilang lajur atau berbilang baris boleh
dimasukkan dalam helaian EXCEL.
Penggunaan Teknologi Maklumat
6

Untuk memasukkan berbilang data di dalam lajur dan baris:

1) Pilih sel yang dikehendaki (klik sel).
2) Taipkan input (sama ada nombor atau huruf).
3) Tekan kekunci Tab untuk berpindah atau beralih ke kanan di dalam
baris yang sama.
4) Tekan kekunci ENTER untuk berpindah ke baris yang seterusnya.

6.6 MENCETAK HAMPARAN KERJA

Untuk mencetak hamparan kerja:

1) Buka menu File.
2) Pilih Print.
3) Kotak dialog box akan dibuka.
4) Klik OK.

Penggunaan Teknologi Maklumat
7





6.7 MEMILIH SEL

Sel sel dalam helaian kerja boleh dipilih sama ada menggunakan
kekunci atau tetikus. Memilih sel menggunakan tetikus adalah lebih
mudah berbanding dengan kekunci. Pemilihan sel boleh dibuat kepada:

Satu sel Klik sel yang hendak dipilih.
Julat sel Klik sel pertama dalam julat sel. Tekan butang kiri tetikus tanpa
lepaskannya, seret tetikus yang merangkumi sel sel dalam
julat yang dikehendaki.
Keseluruhan
sel
Klik butang Select All di sebelah kiri label lajur.


Penggunaan Teknologi Maklumat
8
6.7.1 Memilih Julat Sel

Untuk memilih julat sel:

1) Klik sel yang pertama dalam julat sel sel yang dikehendaki.
2) Tekan butang kiri tetikus tanpa melepaskannya.
3) Seret tetikus merangkumi sel sel yang dalam julat yang
dikehendaki.
4) Lepaskan butang tetikus.

6.7.2 Memilih Keseluruhan Sel / Helaian Kerja

Untuk memilih keseluruhan sel / helaian kerja klik butang Select All.



Apabila sel telah dipilih, anda boleh melakukan perkara berikut:

Mengubah stail fon dan format perenggan menggunakan
butang butang toolbar atau menu Format.
Membuang data Tekan kekunci Delete.
Mengalih data sila lihat bagaimana mengalihkan data dalam
Seksyen 6.9.

Penggunaan Teknologi Maklumat
9
6.7.3 Mengedit Data

J ika ingin mengemas kini atau mengedit data di dalam sel.

Pilih sel yang hendak diedit.
Buat perubahan pada data.

Mengemas kini data boleh dibuat sama ada pada sel atau pada bar
Formula.

Klik sel untuk mengemas kini sel secara terus
Klik bar Formula dan taipkan perubahan.

6.8 MENYALIN DATA

Menyalin data bermaksud membuat salinan pada sel baru tanpa
membuang data asal.

Untuk menyalin data:
1) Pilih data yang hendak disalin (klik sel)
2) Tekan butang Copy (salin)
3) Pilih sel di mana data hendak disalin.
4) Tekan butang Paste (tampal)

6.9 MENGALIH DATA

Untuk mengalih data:

1) Pilih julat sel yang hendak dialihkan.
2) Tunjuk sempadan julat sel dengan menggunakan Penuding.
3) Tekan tanpa lepas butang kiri tetikus.
Penggunaan Teknologi Maklumat
10
4) Seret ke sel (kedudukan) yang hendak dipindahkan lokasi baru.
5) Lepaskan butang tetikus.

6.10 MENAMBAH BARIS DAN LAJUR

Penambahan baris dan lajur selalunya dilakukan apabila kita perlu
memasukkan data tambahan kepada helaian kerja yang telah sedia ada.

6.10.1 Menambah Baris

Untuk menambahkan baris:

1) Pilih baris yang berada di bawah baris yang hendak ditambah (klik
nombor baris).
2) Klik butang kanan tetikus pada baris yang dipilih.
3) Pilih Insert dari menu yang dibuka.
4) Lepaskan butang tetikus.



Penggunaan Teknologi Maklumat
11



6.10.2 Menambah Lajur

Untuk menambahkan lajur:

1) Pilih lajur yang berada di sebelah kanan lajur yang hendak
ditambah.
2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.
3) Pilih Insert dari menu yang dibuka.
4) Lepaskan butang tetikus.


Baris baru terhasil.
Taipkan data ke dalam
baris yang terhasil
Penggunaan Teknologi Maklumat
12



6.11 MEMBUANG BARIS DAN LAJUR

Pembuangan baris dan lajur selalunya dilakukan apabila kita merasakan
bahawa data yang berada dalam helaian kerja sudah tidak diperlukan lagi.

6.11.1 Membuang Baris

Untuk membuang baris:

1) Pilih baris yang hendak dibuang (klik nombor baris).
2) Klik butang kanan tetikus pada baris yang dipilih.
3) Pilih Delete dari menu yang dibuka.
4) Lepaskan butang tetikus.

Menambah berbilang
lajur boleh dilaksanakan
dengan melakukan proses
yang sama. Hanya dalam
langkah 1), pilih julat lajur
yang hendak ditambah
Lajur baru terhasil.
Taipkan data ke dalam
baris yang terhasil
Penggunaan Teknologi Maklumat
13






6.11.2 Membuang Lajur

Untuk membuang lajur:

1) Pilih lajur yang hendak dibuang (klik huruf lajur)
2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.
3) Pilih Delete dari menu yang dibuka.
4) Lepaskan butang tetikus.

Membuang berbilang
lajur boleh dilaksanakan
dengan melakukan proses
yang sama. Hanya dalam
langkah 1), pilih julat lajur
yang hendak dibuang
Baris yang mengandungi
data Munir telah
dibuang
Penggunaan Teknologi Maklumat
14



6.12 MEMBUANG SEL

Untuk membuang sel:

1) Pilih selyang hendak dibuang (klik sel).
2) Klik butang kanan tetikus pada lajur yang dipilih.
3) Pilih Delete dari menuyang dibuka.
4) Lepaskan butang tetikus.


Lajur yang
mengandungi data
Ujian 2 telah dibuang
Penggunaan Teknologi Maklumat
15
6.13 MENGUBAH TINGGI BARIS DAN LEBAR LAJUR

Tinggi baris dan lebar jalur boleh diubah dengan menyeret ke saiz yang
dikehendaki atau dengan menggunakan kotak dialog.

6.13.1 Mengubah Tinggi Baris Dengan Menyeret

Untuk mengubah tinggi baris dengan menyeret:

1) Halakan penunding pada sempadan bawah nombor baris anak
panah dwi kepala akan wujud.
2) Tekan butang kiri tetikus.
3) Seret sempadan
i. ke atas (kurangkan tinggi) atau
ii. ke bawah (tingkatan tinggi)
4) Lepaskan butang tetikus.















Mengubah Saiz berbilang baris
boleh dilaksanakan dengan
melakukan proses yang sama.
Hanya dalam langkah 1), pilih
julat baris yang hendak diubahkan
saiz barisnya (kurangkan atau
tingkatkan).
Penggunaan Teknologi Maklumat
16

6.13.2 Mengubah Tinggi Baris Dengan Menggunakan Kotak Dialog

Untuk mendapatkan tinggi baris yang tepat kotak dialog perlu digunakan.
Berikut adalah langkah langkah bagaimana kotak dialog digunakan:

1) Pilih baris
2) Buka menu Format.
3) Pilih Row.
4) Pilih Height.
5) Taipkan tinggi baris pada kotak dialog.
6) Tekan butang OK.









Penggunaan Teknologi Maklumat
17
6.13.3 Mengubah Lebar Lajur Dengan Menyeret

Untuk mengubah lebar lajur dengan menyeret:

1) Halakan penunding pada sempadan kanan huruf lajur anak
panah dwi kepala akan wujud.
2) Tekan butang kiri tetikus.
3) Seret sempadan
i. ke kiri (kurangkan lebar) atau
ii. ke kanan (tambahkan lebar)
4) Lepaskan butang tetikus.

6.13.4 Mengubah Lebar Lajur Dengan Menggunakan Kotak Dialog

Untuk mendapatkan lebar jalur yang tepat kotak dialog perlu digunakan.
Berikut adalah langkah langkah bagaimana kotak dialog digunakan:

1) Pilih lajur.
2) Buka menu Format.
3) Pilih Column.
4) Pilih Width.
5) Taipkan lebar jalur pada kotak dialog.
6) Tekan butang OK.

Mengubah Saiz Berbilang Baris
boleh dilaksanakan dengan
melakukan proses yang sama.
Hanya dalam langkah 1), pilih julat
baris yang hendak diubahkan saiz
barisnya (kurangkan atau
tingkatkan).
Mengubah Saiz Berbilang
lajur boleh dilaksanakan
dengan melakukan proses yang
sama. Hanya dalam langkah 1),
pilih julat lajur yang hendak
diubahkan saiz lajurnya
(kurangkan atau tambahkan).
Penggunaan Teknologi Maklumat
18




6.14 FORMULA

Formula diguna untuk melakukan pengiraan daripada penambahan dan
penolakan yang ringkas kepada persamaan eksponen yang kompleks ke
atas data. Pengguna EXCEL boleh mencipta formula yang dikehendaki.

6.14.1 Mencipta Formula

Untuk mencipta formula:

1) Pilih sel yang hendak dimasukkan formula (klik sel).
2) Taipkan nombor nombor yang ingin dicari hasil tambahnya di
dalam sel yang berbeza.
3) Taipkan tanda sama (=) di dalam sel yang lain

i) Nombor pertama (100).
ii) Taipkan tanda campur (+).
Penggunaan Teknologi Maklumat
19
iii) Nombor kedua (300).

4) Tekan kekunci ENTER.

6.14.2 Percampuran Otomatik (AutoSum)

Penggunaan AutoSum bertujuan untuk mempercepat penambahan data
yang banyak. Fungsi yang digunakan ialah SUM. Oleh sebab operasi
tambah sering digunakan maka terdapat butang SUM di bar alat
Standard.
Berikut ialah cara bagaimana fungsi SUM digunakan:
1) Klik sel di mana hasil tambah ingin diletakkan.
2) Klik butang AutoSum - - pada bar alat piawai.
3) Tekan kekunci ENTER.

















Penggunaan Teknologi Maklumat
20
6.15 SEMPADAN DAN CORAK

Grid yang terdapat pada helaian kerja tidak akan dicetak. Untuk
menghasilkan garisan grid pada helaian kerja maka sempadan dan juga
corak perlu ditambahkan.

Untuk membuat sempadan atau corak:

i. Pilih sel untuk ditambahkan sempadan atau corak.
ii. Klik menu Format.
iii. Pilih Cells.
iv. Kotak dialog Format Cells akan dibuka.
v. Pilih sempadan atau corak yang dikehendaki.
vi. Klik OK.




Penggunaan Teknologi Maklumat
21


6.16 MEMFORMAT SECARA OTOMATIK

J ulat sel boleh diformat dengan menggunakan format yang telah tersedia
oleh EXCEL. AutoFormat dalam Excel menyediakan 16 format jadual.

Memformat julat sel secara automatik boleh dibuat dengan mengikut
langkah langkah berikut:

i. Pilih julat sel.
ii. Buka menu Format.


Penggunaan Teknologi Maklumat
22


iii. Pilih AutoFormat.
iv. Kotak dialog AutoFormat akan dibuka.
v. Gerakkan bar skrol menegak (ke bawah) untuk mendapatkan stail
format yang lain.
vi. Pilih stail format dari kotak senarai yang diberi.
vii. Tekan butang OK.





Penggunaan Teknologi Maklumat
23
6.17 PENJAJARAN

Secara lalai atau tabie (by default), EXCEL menjajar data mengikut jenis
data (data teks dijajar ke kiri manakala data nombor dijajar ke kanan).
Dalam Excel, data boleh dijajar sama ada ke tengah, ke kiri atau ke
kanan. Untuk menjajarkan sesuatu data atau masukan:

i. Pilih data / masukan yang ingin dijajarkan.
ii. Klik butang penjajaran yang dikehendaki. Dalam contoh ini penjajaran
tengah dipilih.







6.18 MENAMAKAN HELAIAN KERJA

Untuk menamakan helaian kerja:

i. Tekan butang kanan tetikus pada helaian kerja yang hendak beri /
ditukarkan nama.
ii. Pilih Rename dari menu pintar yang dibuka.
iii. Nama helaian kerja yang hendak diberi / ditukar nama di highlightkan.
iv. Taipkan nama baru bagi contoh ini nama yang diberikan kepada
helaian kerja ialah Kewangan


J ajaran ke kanan
J ajaran ke tengah J ajaran ke kiri
Penggunaan Teknologi Maklumat
24





6.19 AUTOFILL

AutoFill dapat mempercepat proses memasukkan dengan mengisi satu
siri atau membuat penduaan data.

Sebagai contoh untuk memasukkan satu siri nombor ganjil menggunakan
Autofill:

i. Taipkan nombor 1 dan 3 di dalam dua sel yang berbeza.
ii. Pilih sel nombor 1 dan sel nombor 3.
iii. Letakkan penunding tetikus pada pemegang sisi (segi empat kecil di
sudut kanan bawah sel yang dipilih akan muncul).
iv. Seret pemegang isi bagi mengisi siri nombor ganjil yang dikehendaki.
v. Lepaskan pemegang isi (lepaskan butang tetikus).



Penggunaan Teknologi Maklumat
25
6.20 CARTA

Carta menukarkan nombor kepada persembahan grafik.


6.20.1 Membina Carta Menggunakan ChartWizard

Untuk membina carta menggunakan ChartWizard:

i. Pilih data atau senarai data (serta tajuk tetapi tidak termasuk jumlah).



ii. Pilih butang ChartWizard pada bar alatan Standard.



iii. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 1 ( Step 1 ) dibuka.
a) Pilih jenis Carta (Chart type) dan sub jenis Carta (Chart sub-type).
Sebagai contoh : Carta jenis Column dan Clustered Column dipilih.
b) Klik butang NEXT.




Penggunaan Teknologi Maklumat
26


iv. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 2 (Step 2) dibuka.
a) Klik tab Series.
b) Klik butang Next.
Penggunaan Teknologi Maklumat
27


v. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 3 (Step 3) dibuka.
a) Klik tab Titles.
b) Klik di dalam petak Chart Title Taipkan : UJIAN BULANAN
c) Klik di dalam petak Category (X) axis Taipkan : NAMA PELAJAR
d) Klik di dalam petak Value (y) axis Taipkan : Markah.
e) Klik butang NEXT.

Penggunaan Teknologi Maklumat
28



vi. Kotak dialog ChartWizard bagi langkah 3 (Step 4) dibuka.
a) Klik butang As object in.
b) Klik butang Finish.








Penggunaan Teknologi Maklumat
29

6.20.2 Menggerak dan Mensaizkan Carta

6.20.2.1 Menggerakkan Carta

Untuk mengelakkan carta:

i. Klik kawasan carta (Chart Area).
ii. Penunding akan bertukar kepada anak panah empat kepala.
iii. Seret carta (garis putus menunjukkan pergerakan carta) dan
kemudian lepaskan butang tetikus.

6.20.2.2 Mensaizkan Carta

Untuk mensaizkan carta:

i. Letakkan penunding pada bucu carta penunding bertukar menjadi
dwi anak panah.
ii. Klik dan seret.
iii. Petak garis putus menunjukkan saiz carta yang dihasilkan.


6.20.3 Menukar Jenis Carta

Untuk menukar jenis carta:

i. Klik carta.
ii. Buka menu Chart.
iii. Pilih Chart Type.
iv. Kotak dialog Chart Type akan dibuka.
Penggunaan Teknologi Maklumat
30
v. Pilih jenis carta yang dikehendaki. Carta Pie dan sub-jenis Pie with a
3-D visual effect dipilih.
vi. Klik butang OK.

6.20.4 Memformat Carta

Untuk mengedit format carta gunakan Format Data Series:

i. Dwi-klik carta sebagai contoh carta Pie.
ii. Kotak dialog Format Data Series dibuka
iii. Klik tab.

You might also like