You are on page 1of 5

HMN3033 ETIKA PROFESIONAL

KUMPULAN A
ULASAN JURNAL : AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU,
KULAI JOHOR. SATU TINJAUAN
NAMA PENSYARAH : DR TAN BEE PIANG

NAMA : MUZALIFAH BINTI SHAARY
NO MATRIK : D20102039704
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
MANUSIA
PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER : 4


ULASAN JURNAL

Kajian ini dilakukan untuk melihat amalan Etika Profesion Perguruan dalam kalangan
guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kulai,Johor . Guru adalah pendidik dan
pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi pewaris kebudayaan dan ilmu pengetahuan
untuk kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan
penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan
menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan
mempunyai sifat kepimpinan. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan
bahawa para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan
sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah para pelajar. Realitinya,
sama ada guru itu bertugas di sekolah rendah,di sekolah menengah atau di mana-mana institusi
pendidikan guru perlu sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
kualitinya. Profesion guru sangat penting kepada masyarakat dan negara dalam melahirkan
modal insan yang berjaya. Pada amnya, guru perlu pakar atau professional dalam segala bidang.
Menurut Robiah,1988 untuk menjadi guru yang profesional,seorang guru harus menekankan tiga
aspek penting dalam diri mereka iaitu Kepakaran,Pengetahuan dan Pembentukan Sahsiah.
Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,malah
sikap,tingkahlaku dan disiplin diri dan harus dibentuk kearah profesional. Bidang perguruan atau
pendidikan merupakan satu profesion yang besar tanggungjawabnya serta cabaranya. Setiap
insan yang menceburkan dirinya dalam profesion perguruan bertanggungjawab menjaga nama
baik profesion tersebut dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan
tugas sebagai seorang guru. Secara amnya kajian ini dikaji untuk mengetahui sejauh manakah
guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kulai,Johor melaksanakan amalan Etika
Profesional Perguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara
objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauhmanakah guru-guru SRK Kg
Melayu,Kulai bertangggungjawab terhadap pelajar,rakan sejawat dan profesionnya,masyarakat
dan negara serta terhadap ibu bapa.
Guru-guru SRK KG. Melayu Kulai,Johor adaah sampel dalam kajian ini. Sampel-sampel
dalam kajian ini dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah tersebut iaitu sebanyak
48 orang yang dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Berdasarkan keputusan kajian yang telah
dilakukan,dalam kajian 1 iaitu tanggungjawab guru terhadap pelajarnya menunujukkan
keputusan yang positif dimana guru-guru di sekolah berkenaan amat bertanggungjawab kepada
para pelajarnya bukan sahaja didalam kelas malah memastikan keselamatan serta pendidikan
pelajar sentiasa diutamakan. Ini menunjukkan guru-guru sangat mengutamakan kebajikan pelajar
daripada hal-hal lain. Antara item soalan yang diselidik dalam kajian tanggungjawab terhadap
pelajar ialah guru harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk kepentingan
muridnya,sentiasa membimbing pelajar mengembangkan potensi rohani mereka serta
merahsiakan maklumat peribadi pelajar. Berdasarkan keputusan kajian, guru di sekolah
berkenaan amat bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Seorang guru yang berdedikasi akan
bertanggungjawab atas segala perbuatannya dalam memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Menurut etika profesional perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seorang guru itu haruslah bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor
jasmani,mental.emosi,politik,ekonomi,sosial serta agama. Selain itu, guru juga perlu
menunjukkan cara berpakaian,pertuturan,tingkah laku yang baik kepada pelajar.
Menurut kajian tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion menunjukkan
keputusan yang agak baik juga ini menunjukkan guru di sekolah berkenaan menjalankan
tanggungjawab terhadap rakan sekerja seperti yang termaktub dalam etika profesional perguruan.
Antara item yang disoal dalam kajian terhadap tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion ialah sentiasa berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan agama,sentiasa berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan serta sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral. Pekerjaan
sebagai guru merupakan pekerjaan dalam sesebuah organisasi dimana segala tugas yang perlu
dilakukan dengan bekerjasama dengan rakan sejawat. Guru perlulah sentiasa berganding bahu
dengan rakan-rakan guru yang lain untuk meningkatkan mutu pendidikan dalam memastikan
semua pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Tidak dapat disangkal lagi tugas sebagai seorang guru begitu besar tanggungjawabnya
bulan sahaja terhadap pelajar it sendiri malah meliputi tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara juga. Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Kampung Melayu Kulai,Johor ini memberikan komitmen yang tinggi berhubung dengan
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Ini dibuktikna dengan item-item soalan yang
dikemukakan mendapat keputusan yang positif. Antara item soalan yang dikemukan kepada
responden adalah bersikap adil tanpa mengira bangsa dan keturunan,memberikan sepenuh
perhatian dalam pengajaran tanpa mengira kaum. Ini menunjukkan guru di sekolah berkenaan
mematuhi dan mengikuti kandungan dalam etika profesion perguruan iaitu guru hendaklah
bertingkahlaku dan menjalankan tanggungjawab dengan mengambil kira keperluan masyarakat
dan negara serta adil dalam menghormati kehendak masyarakat tanpa mengira kaum.
Dapatan kajian yang terakhir adalah kajian yang melaporkan tentang tanggungjawab guru
terhadap ibu bapa. Daripada dapatan kajian yang dibuat menunjukkan responden dalam kalangan
guru-guru di sekolah berkenaan menjalan tanggungjawab terhadap ibu bapa bagi merapatkan
hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar. Antara item soalan yang dikemukan kepada
responden adalah guru bersedia meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar
bagi merapatkan hubungan persahabatan serta guru bersedia berbincang dengan ibu bapa bagi
membantu menangani masalah disiplin pelajar. Seseorang guru hendaklah menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa dan sentiasa mewujudkan hubungan mesra dengan ibu bapa
pelajar. Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid juga adalah penting
dalam mengekalkan hubungan yang baik diantara kedua-dua pihak serta menjamin hubungan
yang baik diantara guru dengan pelajar
Secara konklusinya kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru di SRK. Kg.
Melayu, Kulai Johor ini telah mengamalkan etika profesion perguruan yang merangkumi aspek
tanggungjawab guru terhadap pelajar,tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru
terhadap ibu bapa. Namun begitu keputusan kajian menunjukkan peratusan tanggungjawab guru
terhadap pelajar adalah yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sangat
mengambil berat terhadap kebajikan pelajar. Sebagai seorang guru,perlulah menghayati serta
mematuhi etika profesion perguruan dalam bagi merealisasikan impian untuk melahirkan pelajar
yang celik ilmu. Secara amnya, semua bidang profesion mempunyai etika yang tersendiri.
Sebagai seorang guru di negara yang sedang pesat membangun ini perlu juga mengambil kira
nilai-nilai seperti kerohanian,sosial sebagai asas dalam pengajaran dan tugas lain dalam
pendidikan. Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah
mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan, namun terdapat juga segelintir guru yang tidak mengamalkan etika profesion
perguruan. Persoalannya disini dimana silapnya mengapa segelintir guru tidak menjadikan etika
professional perguruan sebagai amalan dalam menjalankan tugas sebagai guru. Oleh hal yang
demikian guru-guru khususnya hendaklah sentiasa memberi perhatian dan sedar akan peranan
dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

You might also like