You are on page 1of 1

Ayam Jantan Dengan Musang

Seekor ayam jantan yang pintar telah bertindak sebagai


pengawal.Ia bertenggek di atas dahan pokok di tepi padang
sambil memerhatikan sekumpulan ayam mencari makanan.

Seekor musang ke bawah pokok itu lalu berkata, "Wahai
adikku ayam, usahlah kita berkelahi lagi!Marilah turun dan
bermaaf-maafan serta berpelukan sebagai kawan."

Jawab ayam jantan itu, "Itu berita baik untuk
aku. Lagipun masanya memang tepat lebih-lebih lagi
dengan kehadiran dua ekor anjing di belakang kamu. Jadi,
bolehlah kita berpelukan bersama-sama!"

Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang
ketakutan lalu berkata,"Lain kali sahajalah kita
berpelukan!" Dengan sekelip mata musang itu pun
menghilangkan dirinya.

Sebenarnya tiada seekor pun anjing yang datang ke
tempat itu. Ayam-ayam yang lain pula sibuk mencari
makanan di tempat itu dengan aman. Ayam jantan yang
pintar itu telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka.

You might also like