You are on page 1of 1

Bagaimana integrasi dapat diaplikasikan dalam aspek pendidikan dan budaya di malaysia ?

Apakah yang dimaksudkan dengan Integrasi. integrasi berasal dari bahasa


Inggris, integration yang artinya pembauran hingga menjadi kesatuan yang bulat dan
utuh. Paul B. Horton memberikan definisi, integrasi iaitu proses pengembangan masyarakat
yang mana segenap kelompok ras dan etnik mampu hidup secara bersama dalam kehidupan
budaya dan ekonomi
Integrasi dapat diaplikasikan dalam aspek pendidikan di malaysia melalui
pembelajaran subjek sejarah di sekolah-sekolah, dimana ia merupakan satu mata pelajaran
yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam masyarakat
multietnik di negara ini. Matapelajaran Sejarah dilihat dapat membentuk sikap toleransi,
patriotisme, kewarganegaraan dan nilai-nilai murni ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu selari dengan konsep 1 Malaysia. Hal ini adalah kerana matapelajaran sejarah
menceritakan tentang kesusahan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dalam
mendapatkan kemerdekaan demi kesenangan anak bangsa pada masa hadapan. Hal ini akan
dapat membantu mereka memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan
kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan,
kemanusiaan dan semangat bermasyarakat. Selain itu, kokurikulum memainkan peranan
penting untuk menerapkan nilai integrasi dalam diri pelajar-pelajar sekolah. Antaranya ialah
kepentingan dalam pemupukan sahsiah dan pembentukan perpaduan. Ia juga dapat menyemai
perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan menyemai nilai-nilai murni secara tidak
langsung dan langsung semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
Integrasi dapat diaplikasikan dari aspek kebudayaan di malaysia melalui amalan
kujung mengunjung rumah terbuka yang akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila
tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke
rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah
orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha
menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu
datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil
berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan
menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari
Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa
terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-
masing.

You might also like