You are on page 1of 3

Terjemahannya:

Peranan sembahyang dalam kehidupan muslim.




Sembahyang dari sudut bahasa bermaksud meminta(doa)yang
menghampirkan,mendekatkan seorang hamba dengan Tuhan-Nya.Dari sudut
istilah ia membawa maksud perkataan,perbuatan yang dimulai dengan takbiratul
ihram dan disudahi dengan salam.Ia merupakan satu kefardhuan yang besar
didalam Islam.Allah Taala telah menfardhukan sembahyang keatas setiap orang
Islam lima waktu sehari semalam.

Sembahyang pada dasar maknanya sendiri iaitu menjelaskan sesuatu
hajat dan keperluan kepada Allah Taala.Manusia akan ditimpa dengan pelbagai
kesusahan dan ujian dalam kehidupan yang amat memerlukan pertolongan
dalam mengurangkan bebanan tersebut.Maka telah difardhukan sembahyang itu
bagi menghubungkan diantara manusia dan pencipta-Nya,meminta pertolongan
dan mempersembahkan pengaduan kepada Allah Taala.Sepertimana telah
berfirman Allah Taala:
mintalah pertolongan dengan kesabaran dan dirikanlah sembahyang

Diantara syarat-syarat sahnya sembahyang iaitu wudhuk.Ia merupakan
persediaan awal seorang muslim sebelum menunaikan sembahyang bagi
membersihkan segala kekotoran di tubuh badan.Maka ini merupakan hikmah
yang besar dengan persediaan manusia untuk bertemu Tuhan-Nya dengan
membersihkan diri dari segaka kekotoran samada kekotoran zahir mahupun
batin ,sebelum atau selepas sembahyang .Ini telah dijelaskan dalam firman Allah
TaalaDirikanlah solat,sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan
kemungkaran

Dan diantara syarat syarat sah sembahyang ialah menghadap qiblat
.Qiblat yang dihalakan oleh semua umat Islam ialah qiblat yang satu iaitu kaabah
yang mulia,yang melambangkan suatu kesatuan diantara ummat islam yang
tidak lain dan tidak bukan merupakan kesatuan bagi ketaatan pada Allah
Taala.Ia juga akan menanam dalam jiwa ummat islam satu kekuatan,persamaan
dan ummat yang satutanpa mengira kaum dan bangsa.

Sembahyang mempunyai rukun dan syarat tertentu yang harus dipelajari
oleh ummat islam bagi menghormati disiplin dan kaedah solat yang betul.Orang
yang menunaikan sembahyang akan dipersoalkan dihadapan Allah Taala
tentang perihal solatnya samaada dalam perkataan mahupun perbuatan

You might also like