You are on page 1of 1

PENYATAAN PROFESSIONAL

Sebelum Praktikum
Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada siswa pendidik untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah
dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui
perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.
Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat sesi
Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) semasa semester satu hingga semester empat dan
juga empat minggu Praktikum di Sekolah Kebangsaan KGV pada semester 5. Hal ini
merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum.
Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai latihan praktikum.
Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak praktikum sendiri. Sebelum
penempatan ditetapkan saya telah memilih pasangan yang serasi bersama saya sepanjang
tempoh praktikum dijalankan supaya saya dapat berkolaborasi dengan pasangan saya dalam
pelbagai tugasan yang mendatang. Apabila senarai penempatan praktikum kali ke-2 diuar-
uarkan saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman. Saya bersama
rakan saya Saifuddin bin Ibrahim telah ditempatkan di sana bersama tiga rakan daripada Unit
PISMP Matematik semester 6.
Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, iaitu Encik Mohd Izan Haji
Usop bagi pemberitahuan maklumat terbaru berkenaan praktikum. Sehari sebelum ke sekolah
untuk melapor diri, saya dan rakan saya telah pergi meninjau terlebih dahulu sekolah yang
dimaksudkan. Kami juga mengambil catatan masa dan jalan yang lebih dekat bagi mengatur
pergerakan ke sekolah dengan sistematik. Hal ini seterusnya, dapat memudahkan pergerakan
kami. Masa perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30 minit iaitu lebih kurang 25
kilometer dari institut. Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di
Pusat Koperasi institut dengan harga RM28 untuk digunakan sepanjang sesi praktikum
berjalan.

You might also like