You are on page 1of 6

Tema : Sumber

Sumber Tenaga di Negara Lain


Isi kandungan Mukasurat

1.0 Taburan Pelbagai Sumber 1

1.1 Sumber Tenaga Di Negara Lain 1

1.1.1 Tenaga Suria di Jepun 1

Rumusan

1.1.2 Tenaga Ombak di Perancis 2

Rumusan

Rujukan





TEMA 7 : SUMBER
1.0 TABURAN PELBAGAI SUMBER
1.1 Sumber Tenaga Di Negara Lain
Banyak negara, terutamanya negara maju, telah mula menggunakan tenaga alternatif bagi
menggantikan sumber petroleum atau nuklear yang banyak mendatangkan kesan negatif
kepada alam sekitar. Penggunaan tenaga suria di Jepun, tenaga ombak di Perancis, tenaga
pasang surut di Negara China, tenaga angin di Belanda, tenaga biomas di India, dan tenaga
geoterma di Iceland bukan sahaja lebih kekal malah merupakan tenaga yang bersih dan mesra
alam.
1.1.1 Tenaga Suria di Jepun
Program tenaga di Jepun telah bermula sejak tahun 1974 dengan pengenalan Sunshine Project
yang menumpu kepada penyelidikan dan pembangunan tenaga alternatif. Kerajaan Jepun
mensasarkan penggunaan tenaga ini pada tahap 5.3 peratus daripada jumlah tenaga yang
digunakan menjelang tahun 2010. Jepun juga sedang menumpu kepada penggunaan sistem
tenaga suria yang lebih luas bagi kegunaan industri.
Tenaga suria merupakan sumber tenaga yang semakin penting di Jepun. Jepun merupakan
pengeluar sel photovoltaic yang terbesar di dunia. Di Jepun, tenaga suria digunakan untuk
mengeringkan pakaian dan hasil pertanian, serta memanaskan air dan bangunan.Tenaga suria
juga digunakan bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah dan pejabat.
Pada akhir tahun 2000, penggunaan tenaga elektrik yang dijana oleh tenaga suria di Jepun
berjumlah 317 ribu kilowatt. Sebahagian besarnya untuk kegunaan di rumah. Kerajaan Jepun
juga memberi subsidi bagi pemasangan sistem panel suria di bumbung bangunan. Pada tahun
2000, sebanyak 33 000 rumah telah mendapat subsidi kerajaan bagi memasang sistem
tersebut. Sehingga kini, berjuta-juta sistem panel suria bagi memanaskan air telah dipasang di
bumbung-bumbung rumah di Jepun bagi kegunaan harian terutamanya pada musim dingin.
Bagi memajukan penggunaan tenaga suria, kerajaan Jepun menubuhkan Agensi Sains dan
Teknologi Perindustrian (Agency of Industrial Science and Technology) dan organisasi Tenaga
baru dan pembangunan Teknologi Industri (New Energy and Industrial Technology
Development) bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan teknologi tenaga alternatif
seperti tenaga suria.


Foto : Bumbung bangunan dari panel suria
Rumusan
Selain daripada masyarakat Jepun, Masyarakat Greek telah menggunakan tenaga suria sejak
tahun 400 s.m. Bandar-bandar dibina sentiasa mendapat pancaran matahari pada musim
dingin. Pada tahun 1830, ahli astronomi British, John Herschel menggunakan kotak pengumpul
suria bagi tujuan memasak semasa ekspedisinya ke Afrika.













1.1.2 Tenaga Ombak di Perancis
Perancis merupakan Negara yang banyak menggunakan tenaga ombak terutamanya bagi
penjanaan tenaga elektrik. Potensi tenaga ombak di Perancis sangat besar terutamanya bagi
memenuhi permintaan tenaga elektrik di negara berkenaan. Kedudukan negara Perancis yang
menghadap ke Lautan Atlantik dan pukulan ombak yang kuat di beberapa kawasan pantai
membolehkan tenaga tersebut dimajukan. Ombak yang besar digunakan bagi menggerakkan
turbin yang akan menjana tenaga elektrik.
Stesen ombak St Malo La Rance di Perancis adalah antara beberapa stesen yang
menggunakan tenaga ombak bagi menjanakan tenaga elektrik. Stesen ini berupaya
mengeluarkan 500gWh elektrik setahun dan membekalkan 90 peratus bekalan tenaga kepada
wilayah Brittany. Boya pelayaran yang terdapat di pesisir pantai Perancis juga mendapat tenaga
yang dijana oleh tenaga ombak. Penyelidikan bagi memperluas penggunaan tenaga ombak
telah dijalankan di kawasan pantai di Gironde Estuary di wilayah Bordeaux.


Rance, Brittany, Perancis. Tenaga ombak di Perancis
Rumusan
Penggunaan tenaga pasang surut boleh mendatangkan kesan kepada alam sekitar seperti
pengurangan aliran pasang surut dan pertambahan bahan enapan. Kajian jutera Perancis
meninjukkan bahawa jika tenaga pasang surut digunakan pada tahap yang tinggi di peringkat
global, perubahan bumi akan menjadi perlahan sebanyak 24 jam bagi setiap 2000 tahun.


Rujukan
Mohd Jamil Bin Mohamed elt, 2004. Geografi Tingkatan 3. Johore Central Store Sdn. Bhd

You might also like