PROJEK RAKAN ALAM SEKITAR,LATA MENGKUANG,SIK,KEDAH
NAMA PENSYARAH:PN.FADZILA ABDUL RAHMAN [JPA] 1. CLEMENT A/L PATRIC 16DEP13F1052 DEP 2B 2. NANTHA GOBALAN A/L POBALAN 16DEP13F1067 DEP 2B 3. SESHAPATHI A/L ANGIAH 16DET13F1121 DET 2C 4. MIITHULESH A/L GANESON 16DTP13F1033 DTP 2A 5. JEEVIND A/L VELOO 16DTP13F1035 DTP 2A SESI:DISEMBER 2013
SENARAI KANDUNGAN
TOPIK/SUB TOPIK NO.MUKA SURAT OBJEKTIF Obektif Projek METODOLOGI Lokasi Projek PERBINCANGAN KAJIAN Pengenalan kepada projek yang dibuat Kerjasama dengan pihak terlibat Kerjasama dalam kumpulan Hasil Projek 1. sebelum projek 2. semasa projek 3. selepas projek RUMUSAN Rumusan Projek RUJUKAN LAMPIRAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF PROJEK INI DIJALANKAN UNTUK :
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian kita.
Mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan.
Memupuk nilai memelihara dan memulihara alam sekitar dalam setiap individu.
Mengenal pasti pucnca utama kemusnahan alam sekitar pada masa kini.
Menyedari bahawa menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap individu untuk menghargai alam ciptaan tuhan .
METODOLOGI
LOKASI PROJEK
HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG, SIK, KEDAH
HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG terletak dalam hutan simpan rimba teloi kawasan 72. Ia terletak sekitar 11 km daripadapekan sik atau 95 km dari alor setar. Hutan lipur lata mengkuang terdiri daripada hutan dipterokarp pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok meranti melantai,meranti langgong, meranti tembaga serta palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama sungai chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.
PERBINCANGAN KAJIAN
PENGENALAN KEPADA PROJEK YANG DIBUAT
Alam sekitar merupakan tautan antara tanah , angin, api dan juga air. Ia merupakan hubungan kitar antara dalam proses kesemulajadian. Malaysia merupakan sememangnya terkenal dengan sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pelancongan. Tetapi kemajuan tersebut dihalang oleh kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan telah menyebabkan berlakunya pencemaran di negara ini. Selain itu , kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah menganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Sebernanya , punca utama kemusnahan alam seitar adalah sikap manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu- isu sosial dalam masyarkat, bertanggungjawab , boleh membuat pertimbangan. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut kerajaan telah menawarkan sukarelawan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem demi kepentingan ekosistem sistem manusia. Jabatan alam sekitar dengan kerjasama jabatan perhutanan negara telah mewujudkan rakan alam sekitar di setiap sekolah, dan juga di setiap pengajian tinggi seperti di polieknik untuk menggalakan setiap insan perlu memahami persekitaran dan keperluannya, penglibatan segenap peringkat masyarkat dalam peranaan pemeliharaan alam sekitar, membina kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di peringkat rendah, menengah, universiti, dan juga masyarkat dewasa dan juga mengetatkan dan juga menguatkuasa undang-undnag berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
KERJASAMA DALAM KUMPULAN
Semasa melakukan projek tersebut, untuk memudahkan pelaksaaan projek telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang. Kumpulan tersebut dibahagi kepada beberapa tempat seperti menyapu tempat yang kurang dipandang, mengutip sampah bahan plastik kaca surat khabar yang ditinggalkan oleh pelancong . Dengan membahagikan kumpulan dan juga tugasan mereka dapat menyiapkan tugasan sebagai satu pasukan yang prihatin terhadap alam sekitar dan juga dapat mewujudkan hubungan keharmonian antara satu sama lain. Mereka juga dapat mengetahui cara untuk berkerjasama antara satu sama lain. Sikap pelajar yang mengamalkan berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan berkerjasama dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangunkan dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Usaha perlu diteruskan untuk mewujudkan generasi muda khususnya generasi muda yang bakal mewarisi keseimbangan alam sekitar
HASIL PROJEK
SEBELUM PROJEK
Pada pukul 6.45 pagi semua pelajar yang terlibat dengan projek telah berkumpul di garaj bas politeknik, setelah berkumpul di garaj pensyarah terlibat telah mengambil kehadiran untuk memastikan semua pelajar mencukupi untuk projek tersebut sebelum bertolak semua pelajar dihidang sarapan pagi pada 7.00 pagi 2 buah bas telah bertolak dari politeknik ke lata mengkuang tepat pada jam 9.15 pagi semua pelajar telah sampai ke destinasi lata mengkuang. Sebelum sesi program bermula seramai 7 orang renjer dari jabatan perhutanan telah sampai ke destinasi tersebut. Renjer daripada jabatan hutan dan alam sekitar telah merasmikan projek tersebut dengan memberikan ucapan tentang projek yang ingin dilaksanakan dengan memecahkan pelajar mengikuti kumpulan dan juga telah diberikan seorang jaket yang berlambang politeknik dan juga bertulisan sukarelawan yes politeknik . Selepas itu pelajar telah diberikan bahan seperti penyapu plastik hitam untuk mengutip sampah dan juga diagihkan tempat untuk melaksanakan Projek tersebut
SEMASA PROJEK
Sewaktu projek berlaku , kumpulan kami melakukan kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan bukit Bersebelahan kawasan air terjun. Mereka telah membahagikan tugas seperti 3 orang mengutip sampah seperti kaca, surat khabar , tin, plastik yang dibuang dimerata tempat oleh pelancong dan juga orang yang datang melawati tempat tersebut semasa cuti sekolah Dan 4 orang lain telah menyapu sampah dan juga daun kering di merata tempat dan juga kami dapat menyiap kerja tersebut dengan sekelip mata dengan kerjasama pasukan yang diamalkan oleh semua ahli kumpulan kami
SELEPAS PROJEK
Kami telah melakukan tempat pembersihan di seluruh Kawasan lata mengkuang selama 4 jam dan pada jam 12. 45 tengah hari dan kami memberhentikan kerja kami untuk makanan tengah hari. Selepas makanan tengah hari kami telah diberi peluang untuk melihat dan merasai persekitaran alam di hutan lipur lata mengkuang dan juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar hutan dan di kawasan air terjun dan sekali kala kami membasahakan kaki kami untuk merasakan kesejukan air yang dilimpah dari kawasan bukit tinggi. Pada 2.30 petang kami semua dipanggil oleh pensyarah kami untuk berkumpul dataran untuk memastikan semua pelajar mencukupi . Sebelum kami bertolak dari lata mengkuang kami bersempat bersalam dengan renjer yang membantu sesama projek dijalankan dan juga sempat bergambar sebagai kenangan.
RUMUSAN
Kesimpulannya daripada projek ini kami dapat banyak kebaikan antaranya adalah dapat mempercepat sesuatu kerja berbanding jika dilakukan secara bersendirian.selain itu,melalui projek inikami dapat menjimatkan kos dan masa untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.di samping itu,projek ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar ptsb.tuntasnya,kita haruslah menghidupkan budaya mulia ini.
RUJUKAN
BUKU/MAJALAH/ARTIKEL Ahmad bin mohd.salleh ( 1997 ), pendidikan islam falsafah,pedagogi dan metodologi.shah alam: penerbit fajar bakti sdn. Bhd.
MODUL Modul pendidikan moral,AB 202 Pendidikan Moral 2