You are on page 1of 24

1

1.0 Pengenalan.

Renang menurut Kamus Pelajar ialah menggerakkan badan ketika menyelam
atau ketika mengapung di air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Renang
juga adalah perbuatan menggerakkan badan dalam air dengan menggunakan kaki,
tangan dan sebagainya.
Wikipedia pula memberikan penerangan bahawa renang ialah menghuraikan
bagaimana haiwan dan manusia menggerakkan diri di dalam air tanpa bantuan
buatan.
Renang atau berenang adalah satu aktiviti yang dilakukan ketika kita berada
di air. Aktiviti renang pada sesetengah individu adalah sangat menyeronokkan
manakala individu yang tidak pandai berenang akan menganggap aktiviti renang ini
adalah berbahaya. Sepatutnya setiap individu harus mempelajari teknik berenang
kerana ianya adalah aktiviti yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Kita semestinya sudah menyedari bahawa satu pertiga permukaan bumi ini
diliputi oleh air. Oleh itu adalah sangat merugikan dan berbahaya kepada individu
yang tidak mahu belajar berenang. Jika kita pandai berenang kita boleh mencuba
pelbagai aktiviti sukan air seperti selam skuba, sukan polo air, terjun papan anjal,
berkeno, berperahu bermain ski dan sebagainya tanpa rasa gentar. Malah
kemahiran berenang itu sendiri memberikan keyakinan kepada kita untuk melakukan
aktiviti tersebut. Oleh itu setiap orang perlu mempelajari teknik berenang yang betul.
Ini kerana renang membuat tubuh badan kita menjadi sihat. Ini adalah akibat aktiviti
renang yang melibatkan pergerakan hampir semua otot.

Seperti yang kita tahu,tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada
air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih
kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara,
ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di
sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh
itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah,
2

dengan pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang
bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan
dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang
kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak
sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air
lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar seperti di kolam renang ,
maka tidaklah terlalu sukar untuk kita untuk mengapung diri di dalam air masin
berbanding dengan air tawar.

Berenang juga adalah aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
melakukannya. Kita hanya perlu ada pakaian renang, topi renang dan gogal
(pelindung mata). Jika peralatan yang sedikit itu mampu kita sediakan, kita sudah
boleh memulakan aktiviti renang di kolam-kolam renang yang berhampiran dengan
tempat tinggal kita. Kolam-kolam renang juga sebanyak banyak dibina. Lazimnya
taman-taman perumahan ada menyediakan kemudahan kolam renang di dalam
komuniti mereka. Kebelakangan ini juga ada sekolah-sekolah di Malaysia
terutamanya sekolah-sekolah sukan mempunyai kolam renang di sekolah mereka.
Ini menunjukkan renang adalah satu kegiatan yang baik untuk kesihatan kita.

Sememangnya aktiviti renang menyihatkan tubuh badan kita. Berenang
boleh meningkatkan kecergasan badan kita. Aktiviti renang boleh meningkatkan
daya tahan otot. Otot yang baik mampu melakukan sesuatu aktiviti berulang tanpa
rasa penat dan sakit. Ini juga menunjukkan otot kita semakin kuat akibat daripada
aktiviti renang itu. Ketika berenang gerakan otot yang dinamis bekerja terus-
menerus akan membuat serabut otot bertambah banyak dan bertambah kuat. Ini
akan membuatkan otot-otot badan kita akan lebih kelihatan berisi atau padat. Kita
akan berasa selesa dan tidak mudah merasa lesu dan letih. Berenang juga
meningkatkan kekuatan dan ketahanan system daya kardiovaskular kita. Jantung
kita akan berdegup dengan stabil kerana kita melakukan aktiviti renang yang juga
adalah aktiviti bersenam.

3

Renang juga meningkatkan kapasiti udara didalam paru-paru kita renang
melatih paru-paru kita bekerja lebih kuat untuk menyedut lebih banyak oksigen.
Paru-paru yang dipenuhi dengan oksigen maka proses pembakaran dalam tubuh
menjadi lancar sehingga tenaga yang diperlukan dapat dipenuhi. Senaman yang
dilakukan selama 30 minit dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu akan
mengekalkan kecergasan tubuh badan kita. Kecergasan tubuh badan kita adalah
penting untuk menjamin kesihatan yang unggul dan mengelakkan daripada
serangan penyakit hipokinetik iaitu penyakit akibat kurang bergerak.

Apa yang menariknya lagi tentang aktiviti renang ini ialah ianya boleh
dilakukan oleh sesiapa saja tidak kira golongan bayi, kanak-kanak, remaja mahupun
golongan dewasa atau tua. Golongan orang kurang upaya juga boleh melakukan
aktiviti renang ini. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi sakit saraf atau
semput dan juga pesakit yang baru sembuh daripada kecederaan patah tulang.

2.0. Sejarah renang dunia.
Renang dipercayai telah dilakukan oleh manusia sejak zaman prasejarah lagi.
Lukisan-lukisan yang ditemui di dinding dalam gua perenang telah menjadi bukti
tentang aktiviti renang pada zaman itu. Gua ini terletak dekat Wadi Sora di
bahagian Barat Daya Mesir. Gambar-gambar ini menunjukkan gaya dada dan gaya
anjing mengayuh. Catatan tertua tentang berenang juga telah tertulis sejak dari
2000 SM. Antaranya ialah Epos Gilgamesh, lliad, Odyssey dan Alkitab (Kitab
Yehezkiel 47:5, Kisah para Rasul 27:42, Kitab Yesaya 25:11) serta Beowulf dan
hikayat-hikayat yang lain.
Kolam-kolam renang untuk aktiviti renang mula dibina seperti di Istana Indian
Mohanjan Daro yang memiliki kolam renang berukuran 30m X 60 m. Istana Minoan
Minos of Kroos di Kreta juga dilengkapi bak mandi. Oleh itu bolehlah dikatakan
golongan-golongan bangsawan pada zaman itu amat menitikberatkan tentang aktiviti
renang ini.
4

Pada tahun 1538, Nicolas Weyman telah menulis buku berjudul
Colymbetes. Ini merupakan buku pertama yang menulis tentang aktiviti renang di
dunia. Weyman yang juga seorang professor bahasa di Jerman menulis buku ini
bukanlah untuk tujuan bersukan. Buku ini lebih kepada keselamatan ketika berada di
air. Beliau juga memberikan cadangan kepada orang ramai tentang penggunaan alat
bantu renang seperti kantung berisi udara, ikatan buluh dan sabuk pelampung.
Beliau juga mengajarkan kepada pembaca bukunya teknik renangan gaya dada.
Renang pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun1800, kebanyakannya
menggunakan gaya dada.. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen,
diperkenalkan pada tahun 1873 oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya
daripada orang-orang Asli Amerika.
Pada tahun 1896, Sukan Olimpik telah dianjurkan di Athens. Acara renang
telah dipertandingkan. Hanya peserta lelaki sahaja dibenarkan mengambil bahagian.
Antara acara yang dipertandingkan ialah 100m, 500m dan 1200m gaya bebas. Pada
tahun 1900, gaya kuak lentang telah dimasukkan ke dalam sukan Olimpik. Pada
tahun 1902 gaya trudgen diperbaiki oleh Richard Cavill menggunakan tendang
keribas. Sejarah renang semakin berkembang dengan pesatnya. Pada tahun 1908,
asosiasi renang sedunia telah ditubuhkan dengan menggunakan nama Federasi
Renang Amatur International (FINA / Federation International de Nasation de
Amateur). Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu pilihan
kepada gaya dada telah diterima sebagai gaya yang tersendiri pada tahun 1952.
Kini keempat-empat gaya yang dipertandingkan di sukan Olimpik ialah gaya
kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada dan gaya bebeas. Gaya-gaya
ini dipertandingkan dalam kategori individu dan berkumpulan.




5

3.0 Sejarah renang di Malaysia.

Perkembangan sukan renang turut dirasai di Malaysia. Penduduk di Tanah
Melayu turut menunjukkan minat terhadap aktiviti renang. Persatuan renang yang
terawal ditubuhkan di Malaysia ialah Penang Swimming Club pada tahun 1908.
Selepas itu muncullah kelab-kelab renang seperti ;
i. Penang Chinese Swimming Club 1928.
ii. European Swimming Club 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala
Lumpur.
iii. Kinta Swimming Club, Ipoh 1936.
Kejohanan sukan renang telah diadakan pada tahun 1931 oleh The Malayan
Chinese Olympiad. Kejohanan ini berlangsung setiap tahun hingga tahun 1937.
Kejohanan disertai oleh kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan
Melaka.
The Malayan Amateur Swimming Union telah ditubuhkan pada tahun 1955.
Pertandingan yang pada mulanya antara kelab-kelab renang telah bertukar kepada
pertandingan renang antara negeri-negeri.
Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di
Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan iaitu olahraga,
angkat berat, renang, menembak dan hoki. Untuk sukan renang hanya dua
perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong Seow Hor dan Lim Heng Chek
Kini persatuan renang di Malaysia telah dikenali sebagai Amateur Swimming
Union Malaysia (ASUM) yang berpejabat di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks
Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ASUM adalah ahli gabungan dengan
badan renang dunia iaitu Federation Internationale de Nation Amateur (FINA).
Sejak tahun 1956 lagi, Malaysia telah menyertai pertandingan renang
antarabangsa termasuklah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan
SEAP / SEA dan Kejohanan renang peringkat dunia dan Asia yang lain.
6

Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda
Abdullah, perenang Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta rekod
renang Sukan SEA untuk acara 200 meter gaya bebas (2:05.75), acara 400 meter
gaya bebas (4:21.98) acara 200 meter medley individu (2:22.74) dan acara 400
meter medley individu (4:59.61). Nurul Huda juga dihadiahkan The Coca-cola
Outstanding Female Athlete of the 15th SEA games.
Seorang lagi perenang kita yang cemerlang ialah Jeffrey Ong yang dikenali
sebagai King of Malaysia pools memungut dua pingat emas untuk acara 400 meter
dan 1,500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat Sukan SEA berturut-turut iaitu
pada 1987 di Jakarta, 1989 di Kuala Lumpur, 1991 di Manila dan 1993 di Singapura.
Dia memungut dua pingat perak untuk acara-acara yang sama di Kejohanan
Renang Asia pada 1988 di Beijing dan Sukan Asia, 1990 di Beijing juga. Di World
Student Games, Sheffield, 1991 dia memungut satu pingat perak untuk acara 1,500
neter gaya bebas. Dia juga mewakili Malaysia di Sukan Olimpik pada tahun 1988 di
seoul dan 1992 di Barcelona. Dia telah bersara daripada pertandingan. Seorang
pemegang biasiswa Kementerian Sukan, Jeffrey telah menerima Sarjana Muda
Penyiaran Bachelor of Broadcasting) dari University of Southern

4.0 Gaya Renang
Ada empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat sukan
Olimpik iaitu gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang dan gaya
bebas.
4.1 Gaya kuak dada.
Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang
rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini memerlukan
tubuh stabil dan kepala boleh berada di luar atau di dalam air untuk suatu tempoh
yang lama.

Kedua-dua belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-dua belah
tangan diluruskan ke hadapan. Kemudian kedua-dua beelah tangan dibuka ke arah
7

sisi badan seperti gerakan membelah air supaya badan maju ke hadapan. Gerakan
ini seolah-olah meniru gaya seekor katak yang sedang berenang. Perenang
melakukan pernafasan ketika mulut berada di permukaan air. Ini di selang seli
dengan satu kali gerakan tangan kaki atau dua kali gerakan tangan kaki.

Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk
berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada ini adalah
renang yang paling lambat sekali mengikut aturan yang dikeluarkan olah Federasi
Renang Internasional.

4.2 Gaya Kuak Lentang
Gaya kuak lentang ialah perenang melakukan renangan dengan cara
menelentang di atas permukaan air. Wajah perenang menghadapa ke atas dan ini
memudahkan perenang bernafas. Namun perenang hanya boleh memandang ke
atas dan tidak boleh memandang ke hadapan. Ketika berlumba perenang
mengetahui jarak dinding dengan mengira jumlah gerakan kayuhan renang mereka.
Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa dengan gaya
bebas. Kedua dua belah tangan secara bergilir digerakkan menuju ke pinggang
seperti pergerakan mengayuh. Di dalam pertandingan, permulaan acara gaya kuak
lentang adalah berbeza dengan gaya bebas, kuak dada dan gaya kupu kupu yang
semuanya bermula di atas blok permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril
bermula di dalam kolam. Perenang akan menghadap dinding dengan kedua-dua
belah tangan memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua dua lutur
dibengkokkan ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam. Apabila siren
dibunyikan perenang akan menolak dinding dengan dan badan akan mula
membelah air kolam.
Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak zaman
kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di Olimpiade Paris.
Oleh itu ianya merupakan gaya renang kedua tertua selepas gaya bebas.
8


4.3 Gaya Kupu kupu
Gaya kupu kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya berenang
dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara
bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke
depan. Kaki pula digerakkan dengan cara menendang ke atas dan ke bawah
bersama-sama. Udara dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum
kepala muncul dipermukaan air. Udara dihirup ketika berada di luar air.

Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya renang yang
paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya ini perlu mempelajari gaya renang
ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya renang yang lain. Ini kerana gaya
renang ini memerlukan waktu yang lebih lama untuk koordinasi gerakan tangan dan
kaki.

Gaya renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang menggunakan tenaga
yang lebih banyak. Kelajuan gaya renang ini diperolehi daripada ayunan kedua
belah tangan secara sama. Perenang yang berenang dengan menggunakan gaya
renang kupu-kupu ini boleh mengatasi kepantasan perenang yang berenang dengan
gaya bebas.

4.4 Gaya bebas
Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan
air. Kedua belah lengan secara bergantian digerakkan jauh ke depan dengan
gerakan mengayuh, sementara kedua belah kaki secara bergantian digerakkan naik
turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu berenang gaya bebas, posisi wajah
menghadap ke permukaan air. Pernafasan dilakukan semasa lengan digerakkan
keluar dari air, semasa tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa
mengambil nafas, perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan

9

4.4.1. Bagaimana berenang gaya bebas dengan cara yang betul:

4.4.1.1 Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang
mengambil nafas
4.4.1.2 Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian (tanpa
henti).
4.4.1.3 Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan
menyentuh permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari
tangan yang menyentuh permukaan air terlebih dahulu.
4.4.1.4 Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil
nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke
dalam air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri)
selesai.
4.4.1.5 Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih
stabil, pengambilan nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan
tangan. Jadi jangan sesekali gerakan tangan sambilmengambil
nafas.


5.0 Kemudahan dan peralatan renang.
Sebelum seseorang itu ingin menyertai aktiviti renang, dia perlulah memiliki
alatan renang yang sesuai untuknya. Alatan renang ini akan memudahkan dirinya
dan membuatkan dirinya selesa ketika beerenang nanti. Kolam renang yang dipiih
untuk melakukan aktiviti renang juga mestilah kita ketahui tahap kualiti yang perlu
dipenuhi oleh pengusaha kolam renang itu. Ini penting supaya kita tidak mendapat
sebarang jangkitan dan kecederaan ketika berenang di kolam itu. Berikut adalah
alatan yang perlu ada pada seorang perenang.




10

5.1 Gogal atau kaca mata renang.


Gogal

Gogal atau kaca mata renang amatlah penting ketika berenang di dalam
kolam mahupun lautan. Jika di dalam kolam kaca mata renang ini dapat melindungi
mata kita dari keperihan akibat kemasukan bahan klorin ke dalam mata. Kaca mata
renang juga dapat mencegah mata kita daripada kecederaan iritasi mata.
Selain memberikan penglihatan yang jelas di dalam air, penggunaan gogal
juga penting untuk melindungi mata daripada air kolam yang tidak diketahui tahap
kebersihannya. Gogal yang baik diperbuat daripada poli-karbonat. Ia tidak boleh
pecah melalui kemalangan biasa. Manakala gogal tidak berkualiti boleh
mendatangkan kecederaan apabila ia pecah. Cukup bahaya untuk kegunaan kanak-
kanak yang sentiasa berkejaran.
Untuk kegunaan kanak-kanak, gogal dengan soket mata berkusyen lembut
dan tebal dapat mengelakkan kesakitan mata akibat pemakaian gogal yang ketat.
Untuk memaksimumkan fungsi, elakkan mencelup gogal ke dalam air kolam
sebelum atau selepas berenang kerana air kolam boleh menjadikannya lebih kotor
dan masalah berkabus.




11

5.2 Kicking board.


Kicking Board

Kicking board adalah satu alatan renang untuk membantu kanak-kanak yang
baru belajar renang. Orang dewasa yang baru menceburi sukan renang juga
digalakkan menggunakan kicking board. Alatan ini memudahkan kita untuk
memahirkan gerakan kaki ketika melakukan aktiviti renang terutamanya gaya kuak
dada.

5.3 Baju Renang



Pakaian renang direka bukan hanya untuk dipakai semasa pertandingan. Ia
memberi banyak kelebihan yang diperlukan semasa berada di dalam air dengan
meningkatkan daya apungan, lebih fleksibel, kurang menyerap peluh dan lebih
ringan.
12

Baju dan seluar renang yang baik diperbuat daripada lycra iaitu sejenis
gentian spandeks yang menggantikan penggunaan nilon pada pakaian renang
terdahulu. Lycra adalah bahan yang ringan dan mengurangkan geseran semasa
berada di dalam air, sekali gus meningkatkan kepantasan berenang. Untuk kanak-
kanak yang menghabiskan lebih banyak masa di kolam, pakaian yang menutupi
seluruh anggota badan adalah perlindungan terbaik.
Selain menutup kulit daripada panas terik, satu lagi perlindungan penting
semasa mereka berendam adalah pakaian yang tebal. Baju dan seluar daripada
neoprene iaitu getah sintetik dengan ketebalan 1.5 milimeter adalah pilihan yang
ideal. Ketebalan dapat menambah daya apungan yang membantu kanak-kanak
selesa di dalam air.
5.4 Topi Renang


Topi Renang

Selain baju dan seluar renang, pemakaian topi renang juga antara alat yang
semakin kerap dikuatkuasakan. Di kalangan mereka yang aktif berenang,
pemakaian topi renang adalah satu kemestian.
Topi renang dapat melindungi rambut daripada air klorin yang menyebabkan
rambut kesat dan kekuningan. Selain itu, ia juga mengelakkan minyak pada rambut
mencemari air kolam.
Antara perlindungan lain yang mungkin diperlukan untuk mereka yang kerap
menghabiskan masa di kolam renang atau di pantai termasuk juga krim penghalang
13

sinaran matahari (sun block) yang melembapkan kulit dan melindungi daripada
pancaran ultraungu.
5.5 Kolam Renang




Kolam renang.
Kolam renang menurut Freedman (1977) ialahsebarang bentuk binaan sama
ada besen atau tangki air yang digunakan untuk berenang, terjun, renang rekreasi
dan mempunyai kedalaman air sedalam dua kaki atau lebih.
Kolam renang perlu diselenggara dengan baik. Apabila menyebut tentang
penyelenggaraan, tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha
kolam renang atau individu yang mempunyai kolam renang iaitu recirculation
(system pusingan semula air), filtratrotion (penapisan) dan water chemistry (bahan
kimia).
Kolam renang yang yang tidak diuruskan akan menyebabkan kecederaan,
jangkitan kuman dan masalah kesihatan kepada perenang-perenang yang
menggunakan kolam renang tersebut.
14

Oleh itu sebagai pengguna, kita perlulah memilih kolam renang yang
diuruskan dengan baik.

6.0 Organisasi dan Aktiviti Persatuan Renang.
Di negara kita sudah banyak kelab atau persatuan renang yang ditubuhkan.
Kelab-kelab ini ditubuhkan dengan tujuan memberikan pendedahan kepada
masyarakat tentang kebaikan berenang. Kelab-kelab renang ini jug memudahkan
orang ramai belajar bagaimana hendak berenang. Ramai ibu bapa kini menghantar
anak mereka ke kelab-kelab untuk berlatih berenang. Anak-anak yang belajar
berenang pada usia yang muda pasti akan menjadi seorang perenang yang hebat
suatu hari nanti. Mungkin mereka akan menjadi pelapis kepada ahli sukan renang
negara kita.

6.1 Carta Organisasi Dolphin Swimming
Academy
Salah satu kelab renang yang terdapat di Negeri Sembilan ialah Dolphin
Swimming Academy yang berpusat di Seremban 2. Berikut ialah carta organisasi
Dolphin Swimming Academy :

Pengurus / Ketua Jurulatih/ Master Coach : Ab. Aziz Bin A. Rahman PJK
Penolong Pengurus : Puan Katijah bte Musa.
Eksekutif Akaun : Nur Izzah Sakinah
Jurulatih Senior : Ab Azim Farhan
Mohd Pazin bin Hashim
Fauzy Alias
Trainers : Shahrizal Musa bin Saiful


15


6.2 Aktiviti persatuan renang Dolphin
Swimming Academy

Aktiviti utama kelab ini ialah memberi latihan kepada ahli-ahlinya tentang
aktiviti renang. Terdapat kelas-kelas renang yang boleh diikuti untuk kanak-kanak
berumur 7 hingga 12 tahun. Kelas renang untuk golongan dewasa juga turut
disediakan. Manakala jurulatih yang memberikan tunjuk ajar terdiri daripada mereka
yang bertauliah dan berpengalaman.

Objektif kelas-kelas renang diadakan adalah untuk melatih kemahiran ikhtiar
hidup pelajar ketika berada di dalam air. Mencegah kejadian kelemasan dan
membolehkan pelajar bergerak menjauhkan diri dari bahaya berada di dalam air.
Membina keyakinan pelajar untuk terus mengikuti pembangunan dan kemahiran
akuatik. Lampiran disertakan untuk rujukan tambahan.

7.0 Etika, peraturan asas kolam dan
keselamatan kelas.

Apabila kita mengunjungi sesebuah kolam renang, kita mestilah mematuhi
etika dan peraturan yang terdapat di kolam renang itu. Ini penting untuk menjamin
keselamatan dan keselesaan diri kita dan pengunjung yang lain.

7.1 Etika dan peraturan asas kolam.
Di antara kawasan berair seperti laut, sungai, tasik dan sebagainya, kolam
renang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan air yang paling selamat. Namun, ia
bukanlah tanpa bahaya. Sama penting bagi kita untuk memerhatikan dan mengawai
keadaan sekeliling dan persekitaran kolam tersebut.
16


Antara potensi bahaya di kolam termasuklah:

7.1.2 Kedalaman air -
Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang
jelas antara kawasan cetek dan dalam. Malah, ada juga kolam renang yang tidak
dituliskan dengan jelas kedalaman dalam tersebut.

7.1.3 Lantai yang licin -
Sesetengah kolam renang, terutama yang telah lama dibina menggunakan jubin
halus seperti mozek, yang mudah licin selepas terkena air.

7.1.4 Jubin yang pecah -
Dasar kolam dan bucu kolam sering mengalami masalah jubin/seramik yang pecah.
Ini boleh menimbulkan kecederaan jika terpijak di tempat tersebut.

.
7.2 Peraturan peraturan di kolam renang.
7.2.1 Pekerja yang berpenyakit tidak boleh bekerja di kolam
renang. Pekerja pekerja di sesebuah kolam renang perlukan
disahkan tahap . kesihatannya oleh pakar perubatan yang
bertauliah.
7.2.2 Pengunjung yang berpenyakit berjangkit atau luka tidak boleh
berada di kolam.
7.2.3 Pengunjung tidak dibenarkan membawa barangan berbahaya seperti
pisau, kaca, bahan kimia dan sebagainya ketika berada di kolam
renang.
7.2.4 Kemudahan untuk keselamatan dan kecemasan seperti telefon,
pelampung, kotak kecemasan (peralatan dressing, bandage dan
antiseptik) sepatutnya harus ada dan berfungsi dengan baik.
17

7.2.5 Setiap kolam renang harus ada papan tanda yang jelas dan
ditempatkan di tempat yang strategik. Papan tanda ini bertujuan
menerangkan tentang peraturan-peraturan serta larangan-larangan
seperti berikut :
7.2.5.1 dilarang menyelam.
7.2.5.2 Dilarang mengunyah Chewing Gum.
7.2.5.3 Dilarang membawa makanan dan minuman.
7.2.5.4 Tanda haluan perenang.
7.2.5.5 Tiada alkohol.
7.2.5.6 Jangan berlari di tepi kolam renang.
7.2.5.7 Rehat ketika penat.

7.2.6 Pengunjung digalakkan mandi sebelum turun ke dalam kolam
renang. Ini bertujuan agar pengunjung dalam keadaan bersih
ketika berada di dalam kolam renang.
7.2.7 Penyelamat ataupun lifeguard mesti sentiasa berada,
memerhati dan bersedia menghadapi segala kemungkinan
semasa pengunjung menggunakan kolam renang.
Penyelamat selalu duduk di atas kerusi setinggi sekurang-
kurangnya satu meter untuk memudahkan membuat
pemantauan.
7.2.8 Alat pelampung untuk aktiviti menyelamat perlu diikat dengan
tali yang panjangnya sekurang-kurangnya menyamai lebar
kolam.
7.2.9 Kayu galah yang bukan diperbuat daripada jenis konduktor
seperti kayu untuk aktiviti menyelamat perlu ada dengan
panjang sekurang- kurangnya 3.6 meter.
7.2.10 Bagi kolam jenis separuh awam khidmat penyelamat tidak
semestinya ada tetapi alatan menyelamat perlu disediakan.



18

7.3 Keselamatan kelas.
7.3.1. Perenang mestilah melakukan aktivit memanaskan badan dan
regangan sebelum turun berenang. Ini untuk mengelakkan berlakunya
kekejangan otot semasa berenang.
7.3.2 Perenang hendaklah mandi untuk membersihkan tubuh badan
sebelum turun ke dalam kolam.
7.3.3 Gerak kaki perlu dilatih terlebih dahulu sebelum mencuba gaya renang
yang lain.
7.3.4. Berenang mengikut kemampuan diri. Jangan memaksa diri untuk
melakukan aktviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
7.3.5 Perenang digalakkan memakai pakaian renang yang berwarna
berbanding dengan pakaian renang yang berwarna putih. Ini kerana air
kolam dapat mengubah warna ptuih menjadi kekuning-kuningan.
7.3.6 Bagi yang baru menceburi aktiviti renang digalakkan berjalan-jalan di
dalam kolam untuk menyesuaikan diri dengan air, kolam dan
kedalaman kolam.
7.3.7 Jangan berenang ketika perut kosong kerana berenang memerlukan
tenaga yang banyak. Perenang juga tidak boleh berenang ketika perut
penuh atau terlalu kenyang kerana badan akan menjadi lebih berat.
7.3.8. Jika telinga dimasuki air perlu dikeluarkan dengan segera.
7.3.9. Pakaian renang hendaklah dijemur di tempat yang teduh untuk
menjamin kualiti fabriknya.
7.3.10 Perenang perlu mengamalkan rehat yang cukup supaya tidak keletihan
ketika berenang.
7.3.11 Walaupun kita mahir berenang kita jangan lupa bahawa kita juga boleh
lemas.
19

8.0 Refleksi

Pertama sekali sya mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Keduanya terima kasih
kepada pensyarah Encik Jalil Bin Osman yang banyak memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar ketika saya menyudahkan tugasan ini. Terima kasih saya juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa sudi memberi bantuan dari segi idea dan
sumber maklumat.

Tugasan ini sedikit sebanyak telah mendedahkan saya kepada dunia renang
itu sendiri. Melalui sejarah renang yang saya baca dan kaji, tahulah saya bahawa
renang ini telah lama dipraktikkan oleh manusia. Sejak dari zaman kuno lagi
manusia telah pandai berenang. Ini terbukti dengan penemuan Gua Perenang di
Mesir. Mungkin manusia zaman dahulu lebih laju berenang daripada manusia
zaman moden sekarang.

Melalui tugasan ini juga saya mengetahui bagaimana manusia berusaha
menambahbaikkan gaya-gaya renang itu sendiri. Manusia mula mengkaji
bagaimanakah kita hendak berenang. Manusia juga semakin menyedari bahawa
berenang adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu supaya
tidak mendapat kecelakaan ketika berada di dalam air. Ini dapat saya temui dalam
buku yang ditulis oleh seorang Jermanyang bernama Nicolas Weyman pada tahun
1563. Beliau menulis di dalam bukunya yang berjudul Colymbetes yang mana buku
ini mengajar manusia tentang keselamatan ketika di dalam air.


Manusia mula memikirkan bahawa renang adalah salah satu sukan yang
bagus untuk manusia. Oleh itu renang mula dipertandingkan di peringkat Olimpik.
Gaya-gaya renang yang dipertandingkan juga diperbaiki dan manusia mula berlatih
untuk meningkatkan kelajuan mereka ketika berenang. Gaya renang yang
dipertandingkan ialah gaya bebas, gaya kuak lentang, gaya kuak dada dan gaya
kupu-kupu. Pertandingan renang lazimnya menjadi acara tumpuan ketika kejohanan
20

utama di dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan
sebagainya.

Melalui tugasan ini juga saya mengetahui bahawa renang juga telah wujud di
Negara kita sejak zaman era penjajahan lagi. Banyak persatuan-persatuan renang
telah diwujudkan untuk melatih dan melahirkan atlit-atlit renang yang berbakat di
Negara kita. Kemuncak aktiviti renang di Negara kita ialah dengan wujudnya ASUM
ataupun Amateur Swimming Union Malaysia. Maalaysia mula mengukir nama
sebagai antara Negara yang mempunyai ahli renang yang berbakat besar seperti
Nurul Huda Abdullah, Jeffrey Ong, Daniel Beego, Pandalela dan sebagainya.

Hasil kajian saya juga, saya mendapati banyak kelab-kelab dan persatuan-
persatuan telah diwujudkan di negara kita. Kelab-kelab ini ditubuhkan dengan tujuan
mengajak lebih ramai rakyat Malaysia menceburi dunia renang. Ini kerana renang
bukanlah bertujuan untuk pertandingan sahaja, bahkan renang boleh kita lakukan
untuk meningkatkan stamina tubuh badan kita. Ini kerana renang adalah salah satu
senaman yang terbaik untuuk tubuh badan kita. Selain itu kita perlu belajar renang
untuk keselamatan diri kita sendiri dan orang lain juga. Kelab-kelab ini menyediakan
jurulatih-jurulatih yang bertauliah untuk mengajar ahli-ahlinya berenang. Kelab-kelab
ini juga aktif menganjurkan kursus-kursus renang dan aktiviti menyelamat di air.
Semua kursus ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua.

Kolam-kolam renang juga semakin banyak dibina di negara kita. Kesemua
kolam renang yang dibina untuk individu ataupun terbuka perlulah melalui proses
yang baik untuk menjamin kualiti kolam renang yang sesuai untuk kesihatan kita.
Setiap kolam renang perlu diselenggara dengan baik bagi menjamin kualiti airnya
adalah selamat kepada perenang.

Setiap perenang juga mestilah mempunyai alatan untuk berenang yang
lengkap ketika hendak turun berenang di kolam. Hasil daripada tugasan ini saya
mengetahui mengapa kita perlu memakai alatan renang seperti baju renang, gogal,
penutup kepala dan sebagainya. Ini adalah untuk menjamin keselematan diri kita
21

daripada kualiti air yang kurang baik di kolam renang. Pakaian renang pula
memberikan keselesaan kepada kita untuk berenang.

Seterusnya tugasan ini juga menyedarkan saya tentang perlunya mengetahui
peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan ketika berda di kolam
renang. Jika kita mematuhi dan mengikuti langkah-langkah keselamatan dan
peraturan-peraturan ini kita dapat menjamin keselamatan diri kita dan pengunjung
lain ketika berada di kolam renang. Peraturan-peraturan ini diwujudkan bukanlah
untuk menyulitkan pengunjung tetapi adalah untuk keselesaan pengunjung itu
sendiri.

Sesungguhnya saya rasa amat bertuah kerana berpeluang melakukan
tugasan ini. Tugasan ini amat bermanfaat kepada saya dan saya berharap ianya
juga akan membawa kebaikan kepada orang lain juga. Kepada mereka yang tidak
yakin ketika berada di dalam air, marilah kita belajar berenang. Pasti kita akan
mendapati aktiviti renang adalah satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita
semua.















22

9.0 Rujukan

Buku

Asma Saat (2007), Renang Meniti Tangga Kejayaan. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

Bartel S.R. (1996), Swimming Fundamentals. Charles. Ohio. EMERILL Pub. Co.
Columbus.

Dewi Cendika, Mastura Abd. Bakar, Ten Boon Kim (2012), Selamat Di Kolam
Renang. Petaling Jaya. Orbit Buku Sdn. Bhd.

Helen Tan (1995), Renang. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti. Sdn Bhd

Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas (1994), Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Katz J (1993), Swimming For Total Fitness. New York. Main Street Books, Double
Day.

Mary Ann Hurley And A Zoo Design (2001), Teaching Swimming And Water Safety.
South Australia. Australia Human Kinetic.

Mas (2010), Jom Berenang! Panduan Untuk Memulakan Aktiviti Renang. AquaDolf
Swimming & Watersport. Kuala Lumpur.

Phillip Whitten (1994), The Complete Book Of Swimming. New York. Random
House Inc.

23

Siri Glosari Sukan Renang (1998), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Tam Lye Suan (1994), Renang. Utusan Publications & Distributors. Sdn Bhd.
Cheras, Kuala Lumpur.

Terry Laughlin With John Dalvesh (2204). Total Immersion The Revolutionary Way
To Swim Better, Faster And Easier. Simon & Shcuster Inc.

Internet

http ://gambargambarpelik blogspot.com/2011/03/pakaian_renang_ketahui_
keperluan_anda.html.

http://maswafi.blogspot.com/2008/05/sukan_renang.html

http://ms.wikipedia.org/renang.

http://ngorosma.wordpress.com/2010/12/03/renang/

http://sepriblog.blogspot.com/2010/06/renang_gaya_dada.html.












24

You might also like