You are on page 1of 1

MELAYU MERDEKA ATAU MELAYU BERHUTANG?

Tika ini Malaysia telah menyambut 50 tahun merdeka, tetapi adakah kemerdekaan ini mencerminkan
kemerdekaan bangsa? Tentu tidak bukan, Kemerdekaan pada peringkat Nasional mungkin, tetapi
kemerdekaan pada peringkat individual mungkin tiada. Melayu di belenggu dengan hutang dan juga
krisis kewangan. Kenaikan harga barang dan juga harga bahan api semakin menekan dan terasa. Boleh
di bilang dengan jari Melayu yang benar benar merdeka atau financially free. Mungkin kelompok Multi
Level atau skim kaya cepat menyangkal dakwaan ini, mereka mungkin mengatakan bahawa ramai
jutawan Melayu yang telah menjadi kaya melalui skim network marketing mereka. Sinis bukan jika
kita mengatakan di sebalik tabir rahsia multi level mereka sebenarnya pembahagian kekayaan mereka
tidak sama atau adalah lebih bersifat elusi. Manakan tidak setiap skim menjanjikan pulangan tetapi di
bawah tetap di bawah, di atas semakin kaya dengan pukauan kereta besar mereka dan kebanggaan
kekayaan mereka. Saya selalu menyindir rakan MLM saya, jomlah kita berniaga mancis api yang di
jual pada RM 1.00 maka kita berkongsi hanya 30 sen atau 30 peratus, diantara kita yang menggunakan
mancis api. Keahlian pula hanya Seringgit dan kita kongsi tiga dua orang.
Perumpamaan ini mengecohkan dan membawa kepada pelbagai tanggapan. Saya bertemu dengan
seorang cina multilevel pendapatan beliau menjangkau jutaan ringgit sebulan, konsep beliau hanyalah
satu pertiga daripada apa apa barangan, saya pun boleh menjual apa apa barang kepada skim beliau.

Cerita ini boleh di panjangkan, tetapi cukuplah sampai di sini.Jadi kemerdekaan apakah yang bangsa
Melayu perolehi selepas 50 tahun merdeka melainkan sistem kapitalis dan berhutang yang
menyebabkan permasaalan kewangan yang berpanjangan. Sekiranya anda tidak berkerja atau sakit
maka anda perlulah mempunyai insuran atau juga sumber kewangan yang lain untuk menampung
kehidupan anda. Berapakah saving atau simpanan rezab Melayu? Fikirkanlah.

Menyentuh isu hutang atau kemerdekaan ini terpanggil untuk saya mencoret tajuk di bawah sebagai
prakata buku ”The Lost Nation Of Islam- Individual to Statehood”, Ismail Mf,

You might also like