You are on page 1of 11

Bab 12 : ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGENALAN:
Teknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web
(www), CD-ROM dan video disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi,
adalah menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil
perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Di
samping itu, topik ini akan meneliti masalah-masalah yang mungkin wujud akibat
perkembangan pesat teknologi. Antara isu dan trend yang akan dikemukakan
termasuklah hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam
penggunaan teknologi. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan
teknologi dalam perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan
dalam teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.

HAK CIPTA TERPELIHARA
Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan
terdapat panduan yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk
menggunakan bahan yang berhak cipta. Undang-undang yang melindungi hak cipta di
Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Di bawah akta ini, perlindungan diberikan kepada
karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan
pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya
tersebut tertulis atau direkod dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan
atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia
(Wikipedia,2008).

Tujuan hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik
untuk mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh
yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM,2008). Mengikut
Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, karya-karya asal yang layak
mendapat hak cipta termasuklah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, seni
bina dan siaran. Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya
agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya. Dalam konteks ini,
pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan.
Ada kalanya kita harus mengemukakan bayaran supaya dapat menggunakan bahan
berkenaan. Secara umumnya, adalah baik untuk menghubungi pengedar atau penerbit
bahan daripada menghubungi penulis atau pereka jika ingin meminta kebenaran untuk
menggunakan bahan yang telah mempunyai hak cipta terpelihara. Kebiasaannya,
penerbit atau pengedar akan menguruskan hal kebenaran atau yuran penggunaan.


Dalam proses permohonan, kita perlu spesifik dari segi memberikan halaman dan
perenggan yang ingin digunakan. Jika boleh, hantar satu salinan bahagian yang ingin
digunakan. Maklumat terperinci mengenai bagaimana dan di mana bahan itu ingin
digunakan perlu dikemukakan kepada pihak berkenaan. Ada kala kita perlu berunding
dengan pihak berkenaan mengenai amaun yang perlu dibayar jika ia terlalu tinggi. Jika
dalam proses ini kita tidak menggunakan bahan yang dipohon, kita seharusnya
memaklumkan kepada pihak berkenaan supaya tidak dikenakan bayaran. Semua
urusan surat-menyurat dan rekod tentang hubungan dengan penerbit atau pengedar
mengenai permohonan kebenaran harus disimpan untuk rujukan.

Dalam situasi ini, terdapat juga koleksi bahan media dalam CD-ROM yang digelar
sebagai bebas daripada royalty dan boleh digunakan untuk persembahan. Namun,
sebagai pengguna kita harus menggunakan secara berhati-hati terhadap maksud
bebas daripada royalti kerana ia berbeza daripada satu koleksi dengan yang lain. Ada
antaranya tidak ada had penggunaan, manakala ada yang mengehadkan penggunaan
bahan dalam apa jua bentuk produk elektronik.
Dari segi hak cipta terpelihara, para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari
Internet dalam cara yang sama seperti bahan bercetak. Seperti bahan bercetak, kita
tidak boleh muat turun dan atau mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain
tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya bahan. Membaca bahan daripada
Internet atu laman web adalah seperti membaca daripada buku bercetak, maka kita
tidak boleh memuat turun bahan yang dibaca tanpa memohon kebenaran daripada tuan
punya.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam
bentuk menayang, mempamer, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel
atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu,
adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen
pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes pendidikan, terdapat buku
teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa mata
pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap
buku tersebut. Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung
kawalan dan pengurusan hak cipta diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan
persetujuan kerajaan.

Apa jua jenis buku teks di mana hak cipta dipegang oleh kontraktor atau penerbit. Jenis
ini dikawal dan diurus oleh penerbit sepenuhnya. Bagi mengetahui sepenuhnya
mengenai hak cipta buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan harus sentiasa
dibuat kepada Bahagian Buku Teks dalam laman web rasminya agar tidak melakukan
sesuatu yang melanggar akta hak cipta.

Selain itu, setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya
yang sah untuk penggunaan sesebuah computer sahaja atau lesen untuk jaringan.
Walaupun begitu, terdapat banyak perisian cetak rompak yang dijual dengan ,murah
dalam pasaran. Namun, pengguna seharusnya berhati-hati kerana penggunaan
perisian cetak rompak adalah salah dari segi undang-undang hak cipta terpelihara
Malaysia.

KESELAMATAN:
Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal
computer dan bilik teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan
elektronik, maka pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk
memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara.

Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di
samping itu, perkakasan computer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan
video (monitor), kekunci, tetikus dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang
perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh
merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.

Dari segi data, keselamatan perlu dijaga dengan menyimpan data dalam cakera keras
di samping adanya salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan sekunder yang lain.
Tujuannya supaya salinan fail asal selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus.

Keselamatan computer juga dilihat dari segi persekitaran yang sesuai serta kebersihan
system computer secara keseluruhannya. Bilik computer perlu sesuai di mana cahaya
harus tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Skrin computer sebaik-baiknya 15
hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin seharusnya antara
40-70 cm.

Bagi memastikan system computer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan harus
bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara di persekitarannya
tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil. Saiz meja seharusnya
cukup sesuai untuk meletakkan computer. Jarak antara kedudukan computer dengan
dinding harus sesuai untuk peredaran udara.

Dari segi menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, pengguan harus
membersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Cara
yang paling baik adalah dengan mengelap skrin dengan kain basah. Di samping itu,
bahagian-bahagian dalam unit system computer perlu dijaga supaya tahan lebih lama.
Sebelum membersihkan bahagian dalam unit computer, pengguna harus memutuskan
hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket. Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor
juga ditanggalkan. Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas
digunakan untuk mengeluarkan habuk. Kemudian, pasang semula tudung system dan
semua kabel dipasang semula seperti asal.

Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk
mengeluarkan habuk. Celah-celah kekunci dibersihkan.

Dengan ini, pembelajaran teknologi maklumat di makmal yang dilengkapi dengan
peralatan elektronik harus dijaga dengan baik. Maka, setiap makmal mesti mempunyai
peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat
peralatan serta membolehkan pengajaran pembelajaran berlaku dengan berkesan
sepanjang masa.



Kerahsiaan
Pembangunan teknologi merupakan agenda utama di negara kita masa ini. Ini
bemakna kita harus mempunyai pengurusan yang efektif dan sistematik untuk
memelihara dan membina unsur-unsur kerahsiaan. Rahsia yang dimaksudkan ada
kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat atau objek,bahan bertulis
seperti peta, terutamanya peta topografi,pelan,model, graf,lukisan, pita perakam dan
alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini juga termasuk filem, negatif atau alat-alat
yang mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang
pengeluarannya. Ini melibatkan seseorang seperti pemegang amanah,pentadbir atau
seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam bersuhabat dan menyebarkan
sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain.

Sebagai contoh,microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan
memajukan teknologinya sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamaya di serata
dunia. Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan bagi mempertingkat dan memperkukuh
organisasi menunjukkan betapa pentingnya kerahsiaan dalam pembangunan teknologi.

Di samping itu, nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam
penggunaan alat komunikasi seperti computer di mana maklumat peribadi dari segi
status kewangan,insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada
pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau
secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan
pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data,imej atau grafik secara e-
mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati
serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat
serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia
tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negative. Ini akan menggugat
keselamatan dan kesejateraan individu berkenaan serta masyarakat atau Negara
amnya.
Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi atau Negara,teknologi maklumat
digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan. Pembangunan
teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan
penguatkuasaan undang-undang, peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan
pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan Negara, orang
perseorangan atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan,
mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data/ maklumat yang
diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab,
amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi atau
Negara, maka, pedidikan yang merupakan tonggak kemajuan Negara harus
mementingkan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi
supaya dapat membina kekuatan mental pelajar untuk tidak mudah dipengaruhi oleh
anasir-anasir negative.

Kawalan kendiri
Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah
laku, tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada
kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan
yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak dilatih untuk mengawal
kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh
mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan
berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu
harus mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai
tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua
bahan sedia ada dengan baik demi mencapai keseimbangan dan integrity sebagai ahli
dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada
teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan
bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika
pengguanaan bahan dan teknologi.

Tambahan pula, kita harus mempratikkan tanggungjawab dalam menggunakan
system teknologi dan teknologi maklumat dengan wajar serta menyedari implikasi
tentang tindakan diri dalam ruang lingkup system laman web. Semasa menggunakan
bahan, seseorang perlu berkebolehan untuk mengawal diri daripada segi melayari
bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri serta mempunyai disiplin diri
dalam menentukan priority dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada
berkaitan dengan tugas atau peribadi.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan
yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam
bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati
semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar
peraturan atau prosedur undang-undang.

Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab
dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam
bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini, pengguana harus memahami isu-isu etika dan
masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping itu, amalan dalam
penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan
nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

Trend-trend Teknologi Pendidikan Masa Depan
a) Penggunaan Media Tradisional secara berterusan
Smaldino et al. (2005) telah menyatakan bahawa ramai guru ingin melupakan media
tradisional dan memberikan fokus kepada teknologi baharu. Namun demikian,
pemikiran ini adalah tidak betul. Para pendidik haruslah terus menggunakan media
tradisional kerana antara jenis media ini lebih memberi manfaat berbanding teknologi
baharu yang lain. Yang penting adalah guru harus bijak dalam memilih pelbagai media
yang sedia ada dan yang terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan bilik darjah masih menggunakan papan kapur atau papan
putih. Begitu juga dengan OHP yang masih berkesan sebagai alat bantu mengajar yang
dapat menarik dan mengekalkan minat pelajar walaupun terdapat teknologi digital dan
komputer. Di samping itu, buku teks dan bahan bercetak merupakan alat pengajaran
yang paling popular sehingga kini.

b) Pembelajaran elektronik
Jenis pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Perkembangan ini
merupakan satu kemudahan di mana pendidik dapat memberikan bimbingan kepada
pelajar secara berleluasa berbanding pembelajaran kini yang terhad kepada kehadiran
peserta di sekolah.

Dengan perkembangan ini, seseorang pendidik dapat menghubungi dan mendidik
kumpulan kecil pelajar, tetapi bilangan yang akan dilatih adalah ramai. Internet dan
komputer merupakan punca utama untuk melaksanakan e-pembelajaran ini kerana
komputer adalah alat untuk menghubung ke internet yang mempunyai pelbagai
maklumat kepada pelajar dan guru. Pemerolehan maklumat untuk penyelidikan,
penerbitan dan pembelajaran melalui internet semakin meningkat.
Melalui e-pembelajaran, perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan dan
dapat menggiatkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan. Pelajar masa kini tidak semestinya memperoleh bahan daripada buku teks,
tetapi boleh mengakses laman web berkenaan. Di samping itu, CD-ROM dengan
elemen-elemen animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran
dilaksanakan secara lebih menyeronokkan.

Dengan pelaksanaan e-pembelajaran, ia dapat membantu guru yang tidak dapat
menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu. Pelajar boleh menerima
pembelajaran daripada modul e-pembelajaran melalui internet atau CD. Ia juga
membantu untuk mengembangkan potensi pelajar dalam melayari maklumat untuk
penyelesaian pembelajaran serta memenuhi perasaan ingin tahu mereka.

Perubahan dalam Peranan Guru.
Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam
penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Walaupun tempat guru tidak dapat diambil
alih oleh teknologi, akan tetapi peranan guru telah berubah daripada seorang
penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran. Tambahan pula,
guru juga akan menjadi fasilitator, pengurus dan penggerak di mana pelajar dibantu
dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca. Pada masa
ini, guru menjadi pembimbing di sisi pelajar bukan lagi sebagai penyampai di atas
pentas. Dengan ini, permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran komputer kian
meningkat. Oleh yang demikian, amat penting untuk guru berkemahiran dalam
menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah cara pelajar serta dapat
mengekalkan minat pelajar dengan pelbagai jenis media pengajaran.


Penggunaan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas.

Pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah telah membantu guru menangani
kepelbagaian keperluan pelajar sama ada mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran atau masalah fizikal selain mereka yang pintar cerdas. Sekolah boleh
dilengkapkan dengan alat-alat teknologi dan kemajuan dalam perkembangan teknologi
agar dapat mengakomodasi pelajar-pelajar berkeperluan khas. Pelajar boleh mengawal
kadar penyampaian selain membesarkan saiz teks supaya dapat dibaca dengan
bantuan komputer.

Sumber : http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-12-isu-isu-dan-trend-terkini-
dalam.html

You might also like