You are on page 1of 2

1/2

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN


MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
18 March 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap
pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu
Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-
mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula
dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan
mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang
menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid
dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan
segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru
serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu
dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.
2/2


Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan
guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya
mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian
mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.
Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens
hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

You might also like