You are on page 1of 24

1

TAJUK KAJIAN:
Perbezaan pencapaian mengikut jantina bagi skor pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan

TUJUAN KAJIAN:
i Mengkaji samada terdapat perbezaan antara jantina dalam skor pencapaian Bahasa Arab
dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan
ii Mengkaji samada terdapat perbezaan antara jantina dalam skor pencapaian Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan
iii Menentukan samada terdapat perbezaan antara pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan
iv Menentukan samada terdapat hubungan antara pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.

SOALAN KAJIAN:
i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Arab antara murid
lelaki dan murid perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Inggeris antara
murid lelaki dan murid perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan?
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan?




2

METODOLOGI KAJIAN
Populasi Kajian:
Populasi kajian seramai 150 orang murid tahun 4 merangkumi tiga kelas perdana di sebuah
sekolah kebangsaan di negeri Perak.
Gay dan Diehl (1992) menganalogikan bahawa semakin banyak sampel yang diambil maka akan
semakin representatif sesebuah penyelidikan. Sekiranya penyelidikan mengkaji korelasi,
sampel minimunya adalah 30 subjek. Kajian yang saya jalankan adalah bagi mengkaji korelasi
antara skor Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mengikut jantina dalam kalangan murid tahun 4 di
sekolah kebangsaan.
Roscoe (1975) juga memberikan beberapa panduan untuk menentukan ukuran sampel iaitu
ukuran sampel lebih dari 30 dan kurang dari 500 adalah tepat untuk kebanyakan
penyelidikan. Berdasarkan teori di atas saya telah memilih seramai 30 sampel bagi
melaksanakan kajian ini.

Sampel Kajian:
Pemilihan sampel kajian dilakukan secara rawak berstrata. Pada awalnya, populasi kajian
disusun mengikut kelas. Seterusnya, sampel dipilih secara rawak iaitu seramai 10 orang bagi
setiap 3 kelas yang terdapat di sekolah ini.

Instrumen Kajian:
Kajian ini menggunakan 2 set Ujian Pertengahan bagi matapelajaran Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris yang ditadbir pada 20 dan 23 Mei 2013. Soalan ini disediakan oleh Majlis Guru Besar
(MGB) Negeri Perak dan telah disediakan oleh guru pakar matapelajaran berkenaan yang
berpengalaman di negeri Perak. Kertas ujian ditanda oleh guru matapelajaan bagi kelas
berkenaan berpandukan skema jawapan yang disediakan. Seterusnya, markah yang diperoleh
dimasukkan ke dalam aplikasi SAPS.


3

KEPUTUSAN ANALISIS DATA:

Soalan kajian 1
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Arab antara murid lelaki
dan murid perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan?

PENGUJIAN HIPOTESIS

Langkah 1:
Hipotesis nul, H :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Arab dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.
H : pencapaian Bahasa Arab murid lelaki = pencapaian Bahasa Arab murid perempuan

Hipotesis alternatif, H :
Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Arab dalam kalangan
murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.

Langkah 2 : Menetapkan aras keertian,
= .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak


4

Langkah 3 : Mengumpul data daripada sampel dan menjalankan ujian statistik ke atas data
dengan menggunakan perisian SPSS.
Ujian Normaliti









Berdasarkan Q-Q plot, diandaikan bahawa skor Bahasa Arab murid bertaburan secara normal
dalam populasi.
Bagi menguji hipotesis nul untuk soalan kajian, pengkaji telah menjalankan ujian-t untuk min
tidak bersandar dengan menggunakan perisian SPSS. Berikut adalah output daripada perisian
tersebut:
5






Independent Samples Test

Levene's Test
for Equality of
Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df
Sig. (2-
tailed)
Mean
Differenc
e
Std. Error
Difference
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
MARKAH
BA
Equal
variances
assumed
3.327 .079 -1.412 28 .169 -10.867 7.698 -26.636 4.902
Equal
variances not
assumed

-1.412 24.84
2
.170 -10.867 7.698 -26.727 4.993


Ujian Levene

p > = tidak signifikan , varians adalah sama
= 0.05, p = 0.079
0.079 > 0.05 = tidak signifikan , varians adalah sama

Hipotesis nul bagi ujian Levene gagal ditolak kerana p>0.05. Maka skor jantina terhadap
pencapaian Bahasa Arab adalah diandaikan mempunyai varians yang sama dalam populasi.
Keputusan dibuat berdasarkan baris pertama.

Group Statistics

jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
MARKAH BA LELAKI 15 59.67 24.555 6.340
PEREMPUAN 15 70.53 16.911 4.366
6

Langkah 4 : Dapatkan nilai-p yang terdapat dengan menggunakan perisian SPSS
Nilai-p yang tepat diperolehi dengan membaca daripada jadual di bawah yang dijanakan oleh
output SPSS:
Independent Samples Test

Levene's Test
for Equality of
Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df
Sig. (2-
tailed)
Mean
Differenc
e
Std. Error
Difference
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
MARKAH
BA
Equal
variances
assumed
3.327 .079 -1.412 28 .169 -10.867 7.698 -26.636 4.902
Equal
variances not
assumed

-1.412 24.84
2
.170 -10.867 7.698 -26.727 4.993

Berdasarkan output SPSS di atas, nilai p yang tepat ialah 0.169, iaitu:
p=0.169, = .05
Langkah 5 : Menentukan samada hipotesis nul diterima atau ditolak berdasarkan nilai-p lebih
besar atau lebih kecil daripada aras keertian,
P=0.169, = .05



Oleh kerana p=0.169 lebih besar daripada aras keertian, = 0.05, maka hipotesis nul gagal
ditolak. Keputusan ujian-t adalah signifikan secara statistik pada aras keertian .05.
p < = H ditolak
p > = H gagal ditolak
7


Langkah 6 : Membuat interpretasi samada menerima hipotesis alternatif/ hipotesis kajian atau
tidak
Pada aras keertian 5% , data tidak memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian Bahasa Arab antara murid lelaki dan murid
perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan. Hipotesis nul diterima bagi kajian ini.

Pelaporan
Soalan kajian 1
Daripada ujian-t min tidak bersandar, keputusan menunjukkan bahawa pencapaian Bahasa
Arab murid lelaki tahun 4(M = 59.67, SP = 24.55)tidak berbeza daripada pencapaian Bahasa
Arab murid perempuan(M = 70.53, SP = 16.91) di sekolah kebangsaan secara signifikan, t(28) =
-1.412, p= 0.169
Oleh itu, data tidak memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Arab dalam kalangan murid tahun
4 di sekolah kebangsaan.










8

Soalan kajian 2
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Inggeris antara murid
lelaki dan murid perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan?

PENGUJIAN HIPOTESIS

Langkah 1:
Hipotesis nul, H :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.
H : pencapaian Bahasa Inggeris murid lelaki = pencapaian Bahasa Inggeris murid perempuan

Hipotesis alternatif, H :
Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.

Langkah 2 : Menetapkan aras keertian,
= .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak



p < = H ditolak
p > = H gagal ditolak
9

Langkah 3 : Mengumpul data daripada sampel dan menjalankan ujian statistik ke atas data
dengan menggunakan perisian SPSS.
Ujian Normaliti

JANTINA LELAKI

JANTINA PEREMPUAN
Berdasarkan Q-Q plot, diandaikan bahawa skor Bahasa Inggeris murid bertaburan secara
normal dalam populasi.
10

Bagi menguji hipotesis nul untuk soalan kajian, pengkaji telah menjalankan ujian-t untuk min
tidak bersandar dengan menggunakan perisian SPSS. Berikut adalah output daripada perisian
tersebut:

Group Statistics

jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
MARKAH BI LELAKI 15 46.60 14.495 3.743
PEREMPUAN 15 45.27 11.799 3.046


Independent Samples Test

Levene's Test
for Equality of
Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df
Sig. (2-
tailed)
Mean
Difference
Std. Error
Difference
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
MARKAH BI Equal variances
assumed
.415 .524 .276 28 .784 1.333 4.826 -8.552 11.219
Equal variances not
assumed

.276 26.89
2
.784 1.333 4.826 -8.570 11.237

Ujian Levene

p > = tidak signifikan , varians adalah sama
= 0.05, p = 0.524
0.524 > 0.05 = tidak signifikan , varians adalah sama

Hipotesis nul bagi ujian Levene gagal ditolak kerana p>0.05. Maka skor jantina terhadap
pencapaian Bahasa Ingeris adalah diandaikan mempunyai varians yang sama dalam populasi.
Keputusan dibuat berdasarkan baris pertama.
11

Langkah 4 : Dapatkan nilai-p yang terdapat dengan menggunakan perisian SPSS
Nilai-p yang tepat diperolehi dengan membaca daripada jadual di bawah yang dijanakan oleh
output SPSS:
Berdasarkan output SPSS di atas, nilai p yang tepat ialah 0.784, iaitu:
p=0.784, = .05
Langkah 5 : Menentukan samada hipotesis nul diterima atau ditolak berdasarkan nilai-p lebih
besar atau lebih kecil daripada aras keertian,
P=0.784, = .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak
Oleh kerana p=0.784 lebih besar daripada aras keertian, = 0.05, maka hipotesis nul gagal
ditolak. Keputusan ujian-t adalah signifikan secara statistik pada aras keertian .05.

Langkah 6 : Membuat interpretasi samada menerima hipotesis alternatif/ hipotesis kajian atau
tidak
Pada aras keertian 5% , data tidak memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian Bahasa Inggeris antara murid lelaki dan
murid perempuan tahun 4 di sekolah kebangsaan. Hipotesis nul diterima bagi kajian ini.




12

Pelaporan
Soalan kajian 2
Daripada ujian-t min tidak bersandar, keputusan menunjukkan bahawa pencapaian Bahasa
Inggeris murid lelaki tahun 4(M = 46.60, SP = 14.495)tidak berbeza daripada pencapaian
Bahasa Arab murid perempuan(M = 45.27, SP = 1.799) di sekolah kebangsaan secara signifikan,
t(28) =0.276, p= 0.784
Oleh itu, data tidak memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa terdapat
pebezaan yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
tahun 4 di sekolah kebangsaan.













13

Soalan kajian 3

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan?
PENGUJIAN HIPOTESIS

Langkah 1:
Hipotesis nul, H :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.
H : pencapaian Bahasa Arab = pencapaian Bahasa Inggeris
Hipotesis nul, H :

Hipotesis alternatif, H :
Terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan.

Langkah 2 : Menetapkan aras keertian,
= .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak




14

Langkah 3 : Mengumpul data daripada sampel dan menjalankan ujian statistik ke atas data
dengan menggunakan perisian SPSS.
Ujian Normaliti




Berdasarkan Q-Q plot, diandaikan bahawa skor Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris murid tahun 4
bertaburan secara normal dalam populasi.
15

Bagi menguji hipotesis nul untuk soalan kajian, pengkaji telah menjalankan ujian-t untuk min
tidak bersandar dengan menggunakan perisian SPSS. Berikut adalah output daripada perisian
tersebut:

One-Sample Statistics

N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
MARKAH BI 30 45.93 13.004 2.374
MARKAH BA 30 65.10 21.440 3.914


One-Sample Test

Test Value = 0
t df Sig. (2-tailed) Mean Difference
95% Confidence Interval of the
Difference
Lower Upper
MARKAH BI 19.347 29 .000 45.933 41.08 50.79
MARKAH BA 16.631 29 .000 65.100 57.09 73.11

Berdasarkan output SPSS di atas, nilai p yang tepat ialah 0.000, iaitu:
p=0.000, = .05
Langkah 5 : Menentukan samada hipotesis nul diterima atau ditolak berdasarkan nilai-p lebih
besar atau lebih kecil daripada aras keertian,
P=0.000, = .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak
Oleh kerana p=0. 000 lebih kecil daripada aras keertian, = 0.05, maka hipotesis nul ditolak.
Keputusan ujian-t adalah signifikan secara statistik pada aras keertian .05.

16

Langkah 6 : Membuat interpretasi samada menerima hipotesis alternatif/ hipotesis kajian atau
tidak
Pada aras keertian 5% , data memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi
murid tahun 4 di sekolah kebangsaan. Hipotesis alternatif diterima bagi kajian ini.

Pelaporan
Soalan kajian 1
Daripada ujian-t min tidak bersandar, keputusan menunjukkan bahawa pencapaian Bahasa
Arab di sekolah kebangsaan (M 65.10., SP = 21.440) tidak berbeza daripada pencapaian Bahasa
Inggeris(M = 45.93, SP = 13.004) secara signifikan, t(28)=19.35, p= 0.000
Oleh itu, data memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan antara jantina dengan skor Bahasa Arab dalam kalangan murid tahun 4 di
sekolah kebangsaan.








17

Soalan kajian 4:
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan?

Pengujian hipotesis (Ujian Pekali Korelasi Pearson r)

Langkah 1: Hipotesis

Hipotesis nul, H :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan

Hipotesis alternatif, H :
Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Bahasa Arab dan Bahaa Inggeris dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan

Langkah 2 : Menetapkan aras keertian,
= .05
Jika p .05, maka hipotesis nul ditolak
Jika p > .05, maka hipotesis nul gagal ditolak







18

Langkah 3 : Mengumpul data daripada sampel dan menjalankan ujian statistik ke atas data
dengan menggunakan perisian SPSS.
Correlations

MARKAH BI MARKAH BA
MARKAH BI Pearson Correlation 1 .530
**

Sig. (2-tailed)

.003
N 30 30
MARKAH BA Pearson Correlation .530
**
1
Sig. (2-tailed) .003

N 30 30
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Langkah 4 : Dapatkan nilai-p yang terdapat dengan menggunakan perisian SPSS
Nilai-p yang tepat diperolehi dengan membaca daripada jadual di atas yang dijanakan oleh
output SPSS.
p = 0.003

Langkah 5 : Menentukan samada hipotesis nul diterima atau ditolak berdasarkan nilai-p lebih
besar atau lebih kecil daripada aras keertian,
= 0.05, p = 0.003

Hipotesis nul ditolak kerana p < 0.05

Langkah 6 : Membuat interpretasi samada menerima hipotesis alternatif/ hipotesis kajian atau
tidak
Pada aras keertian 5% , data memberikan bukti yang cukup untuk menyimpulkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara skor Bahasa Arab dan skor Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid tahun 4 di sekolah kebangsaan. Justeru, hipotesis nul ditolak.
19

Pelaporan
Koefisien = 0.530
Berdasarkan indeks Davis(1971), terdapat korelasi positif yang sangat kuat dan signifikan antara
skor pencapaian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris Bahasa Arab dalam populasi, r (28) = 0.530,
p <0.05, r = 0.28. Pekali penentuan menunjukkan bahawa 28% daripada varians dalam skor
pencapaian Bahasa Arab berkait dengan varians dalam skor pencapaian Bahasa Inggeris.
Df = n 2
= 30-2
= 28



















20

ANALISIS DESKRIPTIF
PERBEZAAN PENCAPAIAN SKOR BAHASA ARAB ANTARA JANTINA MENGGUNAKAN PLOT KOTAK


Perbandingan minimum antara antara dua plot kotak ini menunjukkan bahawa hujung
terbawah misai bagi jantina perempuan lebih tinggi berbanding jantina lelaki bagi skor Bahasa
Arab. Hal ini bermakna nilai minimum bagi jantina perempuan lebih tinggi daripada jantina
lelaki.
Perbandingan maksimum antara dua plot kotak ini menunjukkan bahawa hujung teratas misai
bagi jantina lelaki berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding jantina perempuan. Hal ini
bermakna nilai maksimum bagi jantina lelaki lebih tinggi daripada jantina perempuan.
Berdasarkan perbandingan minimum dan maksimum ini, dapat disimpulkan bahawa
pencapaian murid bagi jantina lelaki berbeza dengan pencapaian murid bagi jantina perempuan
dalam skor Bahasa Arab.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
antara 2 kes individu sahaja. Terdapat bukti lain daripada plot kotak ini yang perlu
dipertimbangkan sebelum keputusan dapat dibuat dengan pasti.
Perbandingan dua plot kotak menunjukkan hujung terbawah kotak bagi jantina perempuan
lebih tinggi berbanding jantina lelaki. Hal ini bermakna, kuartil pertama bagi jantina perempuan
lebih tinggi berbanding jantina lelaki.
Ini boleh diinterpretasikan sebagai skor kuartil pertama jantina perempuan bagi pencapaian
Bahasa Arab lebih tinggi daripada jantina lelaki. Berdasarkan perbandingan ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pencapaian Bahasa Arab mengikut jantina adalah berbeza.
Perbandingan dua plot kotak menunjukkan hujung teratas kotak bagi jantina perempuan lebih
tinggi berbanding jantina lelaki. Hal ini bermakna, kuartil ketiga bagi jantina perempuan lebih
tinggi berbandig jantina lelaki.
21

Ini boleh diinterpretasikan sebagai skor kuartil ketiga jantina perempuan bagi pencapaian
Bahasa Arab lebih tinggi daripada jantina lelaki. Berdasarkan perbandingan ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pencapaian Bahasa Arab mengikut jantina adalah berbeza.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
dua kes individu sahaja. Terdapat bukti lain yang perlu dipertimbangkan bersama sebelum
sebarang kesimpulan dibuat.
Perbandingan antara dua plot kotak ini menunjukkan garis dalam kotak bagi jantina perempuan
berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding garis dalam kotak bagi jantina lelaki. Hal ini
bermakna median bagi jantina perempuan lebih tinggi berbanding median bagi jantina lelaki.
Ini boleh diinterpretasikan sebagai pusat yang mewakili keseluruhan skor bahasa arab bagi
jantina perempuan lebih tinggi nilainya berbanding pusat yang mewakili keseluruhan skor
bahasa arab bagi jantina lelaki.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
antara pusat yang mewakili kesuluruhan skor sahaja. Terdapat bukti lain yang perlu
dipertimbangkan bersama sebelum sebarang keputusan dibuat dengan pasti.
Perbandingan antara dua plot kotak ini menunjukkan garis dalam kedua-dua kotak bagi jantina
lelaki dan perempuan lebih hampir kepada hujung bawah misai. Hal ini bermakna bentuk
keseluruhan data bagi kedua-dua jantina adalah pencong positif.
Hal ini boleh diinterpretasikan bahawa skor bagi kedua-dua jantina lebih terkumpul pada skor
lebih rendah. Berdasarkan perbandingan ini, disimpulkan bahawa terdapat perbezaan dan
persamaan antara jantina dalam skor pencapaian Bahasa Arab.
Berdasarkan perbandingan yang dibuat antara kedua-dua plot kotak ini, terdapat banyak bukti
yang menunjukkan perbezaan pencapaian antara jantina perempuan dan lelaki. Antara bukti
yang menyokong ialah perbandingan nilai minimum dan maksimum, perbandingan antara pusat
data, perbandingan kuartil pertama dan ketiga. Walaubagaimanapun, terdapat persamaan
antara skor kedua-dua jantina iaitu bentuk taburan. Justeru, kesimpulan ini masih belum cukup
meyakinkan.
Kesimpulan ini akan lebih meyakinkan setelah dianalisa menggunakan statistik inferensi. Hal ini
kerana jawapan yang diperoleh akan memberi keputusan yang signifikan untuk soalan kajian.

22

PERBEZAAN PENCAPAIAN SKOR BAHASA INGGERIS ANTARA JANTINA
MENGGUNAKAN PLOT KOTAK

Perbandingan minimum antara antara dua plot kotak ini menunjukkan bahawa hujung
terbawah misai bagi jantina perempuan lebih tinggi berbanding jantina lelaki bagi skor Bahasa
Inggeris. Hal ini bermakna nilai minimum bagi jantina perempuan lebih tinggi daripada jantina
lelaki.
Perbandingan maksimum antara dua plot kotak ini menunjukkan bahawa hujung teratas misai
bagi jantina lelaki berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding jantina perempuan. Hal ini
bermakna nilai maksimum bagi jantina lelaki lebih tinggi daripada jantina perempuan.
Berdasarkan perbandingan minimum dan maksimum ini, dapat disimpulkan bahawa
pencapaian murid bagi jantina lelaki berbeza dengan pencapaian murid bagi jantina perempuan
dalam skor Bahasa Inggeris.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
antara 2 kes individu sahaja. Terdapat bukti lain daripada plot kotak ini yang perlu
dipertimbangkan sebelum keputusan dapat dibuat dengan pasti.
Perbandingan dua plot kotak menunjukkan hujung terbawah kotak bagi jantina lelaki lebih
tinggi berbanding jantina perempuan. Hal ini bermakna, kuartil pertama bagi jantina lelaki lebih
tinggi berbanding jantina perempuan.
Ini boleh diinterpretasikan sebagai skor kuartil pertama jantina lelaki bagi pencapaian Bahasa
Inggeris lebih tinggi daripada jantina perempuan. Berdasarkan perbandingan ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pencapaian Bahasa Arab mengikut jantina adalah berbeza.
Perbandingan dua plot kotak menunjukkan hujung teratas kotak bagi jantina lelaki lebih tinggi
berbanding jantina perempuan. Hal ini bermakna, kuartil ketiga bagi jantina lelaki lebih tinggi
berbandig jantina peempuan.
23

Ini boleh diinterpretasikan sebagai skor kuartil ketiga jantina lelaki bagi pencapaian Bahasa
Inggeris lebih tinggi daripada jantina perempuan. Berdasarkan perbandingan ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pencapaian Bahasa Inggeris mengikut jantina adalah berbeza.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
dua kes individu sahaja. Terdapat bukti lain yang perlu dipertimbangkan bersama sebelum
sebarang kesimpulan dibuat.
Perbandingan antara dua plot kotak ini menunjukkan garis dalam kotak bagi jantina lelaki
berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding garis dalam kotak bagi jantina perempuan. Hal
ini bermakna median bagi jantina leaki lebih tinggi berbanding median bagi jantina perempuan.
Ini boleh diinterpretasikan sebagai pusat yang mewakili keseluruhan skor Bahasa Inggeris bagi
jantina lelaki lebih tinggi nilainya berbanding pusat yang mewakili keseluruhan skor Bahasa
Inggeris bagi jantina perempuan.
Walaubagaimanapun, kesimpulan ini belum cukup pasti kerana ia berdasarkan perbandingan
antara pusat yang mewakili keseluruhan skor sahaja. Terdapat bukti lain yang perlu
dipertimbangkan bersama sebelum sebarang keputusan dibuat dengan pasti.
Perbandingan antara dua plot kotak ini menunjukkan garis dalam kedua-dua kotak bagi jantina
lelaki adalah di tengah-tengah kotak manakala jantina perempuan pula lebih hampir kepada
hujung bawah misai. Hal ini bermakna bentuk keseluruhan data bagi jantina lelaki adalah
simetri dan jantina perempuan adalah pencong positif.
Hal ini boleh diinterpretasikan bahawa skor bagi jantina lelaki adalah seimbang dan perempuan
lebih terkumpul pada skor lebih rendah. Berdasarkan perbandingan ini, disimpulkan bahawa
terdapat perbezaan dan persamaan antara jantina dalam skor pencapaian Bahasa Inggeris.
Berdasarkan perbandingan yang dibuat antara kedua-dua plot kotak ini, terdapat banyak bukti
yang menunjukkan perbezaan pencapaian antara jantina perempuan dan lelaki. Antara bukti
yang menyokong ialah perbandingan nilai minimum dan maksimum, perbandingan antara pusat
data, perbandingan kuartil pertama dan ketiga serta bentuk taburan. Walaubagaimanapun,
data yang diperoleh masih belum cukup meyakinkan.
Kesimpulan ini akan lebih meyakinkan setelah dianalisa menggunakan statistik inferensi. Hal ini
kerana jawapan yang diperoleh akan memberi keputusan yang signifikan untuk soalan kajian.
24

HUBIUNGAN ANTARA PENCAPAIAN SKOR BAHASA ARAB DAN BAHASA INGGERIS
BERDASARKAN RAJAH SERAKAN


Rajah serakan ini menunjukkan terdapat korelasi yang positif antara markah Bahasa Inggeris
dan markah Bahasa Arab. Dari rajah serakan ini boleh ditafsirkan bahawa murid tahun 4 yang
memperoleh markah Bahasa Arab yang tinggi turut memperoleh markah yang tinggi dalam
Bahasa Inggeris. Begitu juga bagi murid yang memperoleh markah yang rendah dalam Bahasa
Arab turut memperoleh markah yang rendah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.

You might also like