You are on page 1of 11

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang


berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh
menyebabkan
kematian.Tanah runtuh merupakan kejadian
geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan
tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan
aliran sampah cetek, lihat aliran.

PUNCA TANAH RUNTUH
hakisan oleh sungai, glasier,atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
Gempa bumiyang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah
runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran
sampah.
gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu
atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang
memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang
mengikat colluvium kepada batu asas.

KESAN-KESAN
Antara kesan sosial yang dapat diterangkan seperti:
1. Kemerosotan ekonomi negara
Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan
harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi
sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik
pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh.
Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak
menggangu ekonomi sesebuah negara.


2. Kehilangan nyawa.
Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya
apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar
dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya
tanah runtuh.

3.Perubahan landskap permukaan bumi.
Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara
terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur
daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah
tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga
boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai
atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung
jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan
kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.
Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan
menjadi semaki cerun dan tidak stabil.
LANGKAH-LANGKAH
1.Menanam tumbuhan
Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit dan
gunung yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia
seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput.
Litupan bumi dapat mencengkam tanah melalui akar-
akarnya. Lagipun lapisan tanah kurang terdedah kepada
tindakan air hujan.


2. Teres
Kawasan-kawasa permukaan bumi yang bercerum curam
seharusnya di teres mengikut garis konturnya. Tindakan ini
bukan sahaja mengurangkan kecuramana lereng-lereng
bukit bahkan dapat mengurangkan daya graviti terhadap
lapisan tanah di sesuatu bukit atau tanha tinggi. Teres juga
mengurangkan air larian permukaan yang juga boleh
mempengaruhi pergerakan jisim.




3. Tembok
Pergerakan jisim juga boleh di atasi dengan cara
mebina suatu tembok konkrit atau batu merentasi
cerun sesuatu bukit yang dijangka boleh berlaku
pergerakan jisim. Kaedah ini sangat sesuai mengatasi
pergerakan jisim jenis kesotan tanah dan tanah
runtuh di lereng-lereng bukit dari menjadi berat dan
bergerak ke bahagian bawah.

You might also like