You are on page 1of 4

9/6/2014 3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda

http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/3-idea-pemasaran-internet-untuk-perniagaan-anda/ 1/4
http://www.IrfanKhairi.com
Perniagaan, Kewangan & Motivasi
Tip satu minit setiap hari!

Dari Pakar Perniagaan Internet, Irfan Khairi, Irfan Khairi
"Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet"
Klik di sini untuk maklumat lanjut!
Mon 19 Aug 2013
3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
No Comments
Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk
meningkatkan jualan anda. Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal. Sebab utamanya?
Tidak melakuka promosi.
Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

Buat laman web yang menjual
Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah
mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan dimana anda mesti
mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran
produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara
tempahan atau pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana
5 Like
9/6/2014 3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/3-idea-pemasaran-internet-untuk-perniagaan-anda/ 2/4
Bio Latest Posts
produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.
Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya
menjual, maka orang masih tidak akan membeli.
Menawarkan hadiah percuma
Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda ,
menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma
dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga
yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio
atau surat berita adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga
boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah anda berpeluang mengumpul alamat email pelawat
anda untuk kegunaan masa depan.
Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan
memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.
Manfaatkan medium Media Social untuk perniagaan anda.
Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online.
Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat
berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter boleh menjadi medium untuk
pelanggan anda berhubung dengan perniagaan anda.
Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan
mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap
perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat
halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk
mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada
perniagaan anda.
Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina
hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan
lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!
*Artikel oleh trainer Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial Open University
Malaysia IPD. Lawati www.OpenUni.com.my
Related Posts
5 Kesilapan utama perniagaan Internet
Motivasi Dalam Menjalankan Perniagaan Internet
Hangat-hangat tahi ayam..
Talk PERCUMA Perniagaan Internet bersama IK di Cititel, Midvalley 4hb June
Kerja sambilan melalui perniagaan Internet
Menambahkan keuntungan #2: Menambahkan conversion rate
Irfan Khairi
5
Share
1
Share Share
9/6/2014 3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/3-idea-pemasaran-internet-untuk-perniagaan-anda/ 3/4
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan
personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah
berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya
melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi
03-77292277.
Pendapat Anda? No Comments
Leave a Reply
Name
Mail (will not be published)
Website
Submit Comment
9/6/2014 3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/3-idea-pemasaran-internet-untuk-perniagaan-anda/ 4/4
Nama:
Email:
Sertai Newsletter
Archived Entry
Post Date :
Monday, Aug 19th, 2013 at 9:43 am
Category :
Tip Perniagaan
Do More :
You can leave a response, or trackback from your own site.
Hakcipta Terpelihara 2006-2012 . Irfan Khairi Sdn. Bhd. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan
mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik,
fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis (RSS
dibenarkan). Irfan Khairi: Pakar Perniagaan Internet

You might also like