You are on page 1of 2

MANUAL PENGGUNAAN MODEL

Murid melihat model Sistem Suria


yang berskala kecil. Guru
menerangkan konsep Jarak Relatif
di antara Planet dengan Matahari.
Murid diberikan jadual
mengandungi jarak planet dari
matahari yang sebenar dalam unit
km dengan anggaran jarak planet
dari Matahari dengan
menggunakan skala petak tisu
tandas.
Murid dibahagikan ke dalam 9
kumpulan kecil, iaitu mewakili
Matahari dan kelapan-lapan
planet yang lain.
Murid dibekalkan bahan-bahan
seperti surat khabar, musking
tape, warna air, kertas label dan
tisu tandas.
Murid membina model planet
mengikut kumpulan yang telah
ditetapkan.

Murid menggumpalkan surat
khabar menjadi bulat dan
membalut di luarnya dengan
musking tape

Murid mengecat mengikut warna
sebenar planet dan membiarkan
di bawah matahari sebentar untuk
mengeringkan cat basah itu.
Murid mengambil gulungan tisu
tandas dan mengira berapa
bilangan kotak tisu tandas
diperlukan bagi jarak planet dari
matahari (rujuk jadual diberikan)
Murid menulis kertas label nama
planet masing-masing dan
mengambil model planet yang
telah siap kering
Murid dibawa ke luar kelas dan
meletakkan kertas label nama
planet dalam 1 baris..
Murid menghamparkan kertas tisu
tandas yang telah dikira tadi dan
pada hujung tisu itu diletakkan
model planet masing-masing
Model Sistem Suria Menggunakan
Tisu Tandas telah pun siap. Murid
mendengar penerangan guru dan
menjawab soalan-soalan daripada
guru secara lisan dan bertulis.

You might also like