You are on page 1of 3

ISL 2

Melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang pelbagai jenis media. Cuba buat
klasifikasi dengan menggunakan pengurusan grafik.
1. INTERNET
Internet adalah satu rangkaian berjuta komputer di seluruh dunia. Komputer yang
dimiliki secara peribadi, sekolah, organisasi, tentera dan lain-lain yang telah disambung
secara talian tetap atau secara dail.
Di Malaysia pula, TM Net, Time.net, Celcom.net dan Jaring adalah jaringan-
jaringan yang terdapat di Malaysia untuk seluruh rakyat bagi menghubungkan komputer
masing-masing ke dalam rangkaian. Akan tetapi, ianya tidak bermakna bahawa semua
fail itu boleh dicapai oleh pengguna yang lain.
2. MEDIA
Media boleh didefinisikan sebagai satu medium untuk saluran komunikasi yang
membawa maklumat. Ia juga berperanan untuk mendorong minat pelajar dalam
mengikuti sesi pengajaran dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman
terhadap isi pelajaran.
Jenis media terbahagi kepada dua, iaitu:

Jenis
Media
Saluran
komunikasi
Radio
Televisye
n
Surat
khabar
Alatan
fizikal
teknologi
Filem
Slaid
Gambar
Pita
rakaman
Peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran, ialah:

Pembantu Guru

Guru dapat menggunakan jenis media yang sesuai.
Pengganti Guru

Pelajar akan belajar sendiri berdasarkan media yang telah disediakan oleh guru.
Pembelajaran Berasaskan Projek

Mendorong pelajar untuk mengakses internet untuk mencari maklumat.
Media dalam Pendidikan Khas

Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah penglihatan dapat mengarang melalui
komputer dengan menggunakan papan kekunci Braille.
Media dalam Pendidikan Jarak Jauh

Guru dapat mengirim bahan pembelajaran melalui e-mel.
Media dalam Folio Pembelajaran

Pelajar mendokumentasikan bahan-bahan pembelajaran yang dicari melalui internet
dalam satu fail.
Media Penyebar Ilmu

Pelajar boleh menggunakan bahan media yang lain untuk menambah ilmu. Contoh,
program pendidikan.
Jenis-jenis dan klasifikasi media, ialah:




JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA
Media Bergerak:
Rakaman video
Animasi
Filem
Orang:
Guru
Pelajar
Orang ramai
Objek atau model yang
boleh disentuh dan
dipegang oleh pelajar.
Teks:
Poster
Buku
Surat
khabar
Majalah
Risalah
Modul
Visual:
Digram
Poster
Lukisan
Foto/gambar
Kartun
Grafik
Slaid
Transparensi
Audio:
Suara
Bunyi-bunyian
Muzik
Lagu

You might also like